Dalam pada memikirkan risiko orang awam terdedah Covid-19, hakikatnya frontlier yang terdiri daripada staff hospital inilah antara golongan yang terkesan berisiko sama. Entah berapa kali mereka melakukan ujian swab, berdepan dengan pesakit yang berkemungkinan positif Covid-19.
Doktor Nur Hanisah berkongsi kisah. Selepas beberapa ketika merawat pesakit, dia mula alami masalah hidung berair.. bimbang, berdebar menanti keputusan ujian swab.
Terpaksa menyerah diri di sini apabila mula terasa ada simptom malam tu.
Mana taknya, tiba-tiba saja terasa hidung berair di sebalik mask N95 dan face shield yang disarungkan.
Semuanya berlaku selepas prosedur suction terhadap seorang pesakit positif covid yang memakai tracheostomy mask.
Saturasi oksigen kurang memuaskan. Setakat 89-90% sahaja. Minimum orang biasa kita target lebih 95%.
Syak sebab banyak kahak terkumpul dalam tekak.
“Banyak kahak ke, encik?”
Dia angguk.
Maka, suction dilakukan. Sambil pesakit terbatuk-batuk.
Fuh. Bahaya!
Tak lama lepas keluar daripada kubikel dia, terasa hidung mula berair. Ingatkan sebab malam mungkin sejuk. Namun, sampai ke pagi beberapa kali terpaksa sapu guna tisu.
Habis syif malam tu, terus serah diri.
Mesej suami, “Bersedia menahan perit buat swab lagi.”
Kata dia, “Tenang… tarik nafas, hembus…”
Masa batang swab dijolok ke dalam hidung, saya teringat nasihat dia. Buka mulut. Bernafas dengan tenang sambil pejamkan mata.
Alhamdulillah. Kali ni tak main tarik kepala lagi.
Balik kuarters, kuarantin diri.
Berdebar juga nak tahu keputusannya nanti.
Pagi tadi, dapat panggilan daripada unit Occupational Safety and Health Hospital Sungai Buloh. Dimaklumkan bahawa swab yang diambil semalam negatif Covid. Simptom pun sudah tiada lagi.
“Nanti boleh cabut dah gelang hijau ya. Esok boleh kerja macam biasa.”
Maka, alhamdulillah. Saya bebas daripada ujian yang sementara ini.
Itulah nak katanya…
Staf hospital antara golongan yang berisiko terkena jangkitan Covid.
Namun, sekiranya dijaga SOP dengan betul dan memakai pakaian PPE dengan betul ketika berhadapan dengan pesakit, in syaa Allah selamat.
Lagi bahaya apabila keluar jalan-jalan, expose dengan ramai orang berbanding expose dengan ramai pesakit covid tapi masih dalam cara menjaga SOP.
Jom jaga SOP!
Bukaan 4cm, ada tanda darah. Untungnya doktor tetap jaga solat ibu bersalin ini.
Sumber/Foto : Nur Hanisah
Masih Terselamat, Dengan Izin-Nya
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita