Bersedekah tak perlu tunggu kaya, akak nasi lemak anak ramai bersyukur terima sumbangan netizen dan Beras Era. Ingat lagi pada puan Azian Abd Rahim, ibu tunggal yang menghidapi sakit saraf lebih setahun lalu? Dan setelah kematian suaminya, dialah menggalas tanggungjawab menyara sembilan orang anak dengan berniaga nasi lemak di Pasar Tani Saujana Utama setiap Sabtu.
Video Pernah Viral
Bagi yang tidak mengikuti kisahnya, gerai nasi lemak beliau telah viral menerusi rakaman video seorang TikToker yang menunjukkan kegigihan anak-anak mencari rezeki seawal pagi tanpa ibu di sisi. Namun begitu, saat rakaman disiarkan kita pula semakin menghampiri Ramadan. Tidak ramai berpeluang merasai keenakan nasi lemak kak Azian.
Betapa prihatinnya netizen tidak hairanlah apabila ramai bertanya sama ada gerai dibuka atau tidak semasa bulan puasa. Ramai berhasrat untuk membeli. Namun kini, setelah lebih sebulan bercuti sepanjang Ramadan, kini gerai kak Azian sudah beroperasi seperti biasa. Sesiapa yang ingin membeli nasi lemak beliau, bolehlah ke Pasar Tani Saujana Utama setiap pagi Sabtu.
Ads
Susulan daripada kisahnya yang tular itu dan tersentuh dengan kegigihan anak-anak berniaga, Mingguan Wanita bersama Beras Era Food menyantuni keluarga Azian menerusi kempen CSR Sempurnakan Raya Ramadan lalu. Program ini merupakan tahun ketiga dilaksanakan oleh Mingguan Wanita dan pertama kali disertai oleh Beras Era Food.
Berbeza dari kempen terdahulu, keluarga Azian bukan sahaja menerima sumbangan barangan keperluan berniaga tajaan Beras Era, tetapi juga membuka peluang orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas menerusi Tabung Skuad Sedekah Bersama Mingguan Wanita bermula 1 Ramadan 1444 Hijrah hingga 20 Ramadan lalu.
Bukan itu sahaja, pihak Beras Era juga berbesar hati menggandakan hasil kutipan sumbangan orang ramai menerusi Tabung Skuad Sedekah. Sumbangan orang ramai disalurkan terus ke akaun NGO Peduli Insan yang dilantik sebagai rakan strategik bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan.
Usaha yang baik pasti dipermudahkan Allah. Keprihatinan netizen membolehkan hasil sumbangan mencapai sasaran iaitu hampir RM10 ribu. Dan lebih bermakna lagi, pihak Beras Era bersetuju pula menggandakan jumlah hasil sumbangan orang ramai yang akhirnya mencapai jumlah keseluruhan sebanyak RM20 ribu.
Ads
Bukan sahaja keluarga Azian mendapat manfaat daripada hasil sumbangan ini, ia turut disalurkan kepada 40 keluarga asnaf lain dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai. Sesungguhnya pemberian ini walaupun jumlahnya tidak besar setelah di bahagi-bahagikan, namun ia amat bermakna buat semua keluarga penerima. Sumbangan berjaya disalurkan sebelum Syawal bagi membolehkan mereka dapat membuat persiapan hari raya.
Mingguan Wanita : Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kemurahan hati untuk menderma. Indahnya jika semangat ini terus tertanam kuat di hati sepanjang tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayangkan dunia ini tanpa kehadiran wanita! Maka hilanglah seri dunia dan kekuatan untuk lelaki. Jangan perkecilkan pengaruh dan peranan wanita dalam kehidupan kita selama ini. Mereka memainkan peranan yang besar dalam rumahtangga iaitu sebagai isteri, ibu, guru, tukang masak, pekerja, sahabat, jiran dan tidak terkecuali sebagai penasihat kewangan keluarga juga.
Selalu kita dengar, wanita digelar sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga. Jelas gelaran ini satu pengiktirafan dan bukti betapa wanita cukup bijak menyusun perancangan kewangan keluarga! Justeru itu, perancangan kewangan yang betul sepatutnya menjadi perkara penting dalam senarai keutamaan komitmen wanita. Sikap ini sebenarnya menunjukkan wanita cukup mengambil berat dalam perancangan kewangan yang kukuh demi masa hadapan keluarga.
Perancangan Kewangan Adalah Satu Proses, Ia Bukannya Produk
Sebagaimana gahnya KLCC setinggi 88 tingkat dibina atas asas tanah yang kuat, begitu jugalah dengan perancangan kewangan kita. Semua maklum bahawa perancangan kewangan melibatkan satu proses yang panjang dan bersistematik. Sememangnya perancangan yang kukuh diperlukan untuk mengurus kewangan secara menyeluruh.
Tidak dinafikan adakalanya wanita dilihat suka berbelanja, namun anda masih boleh mencapai apa sahaja matlamat atau impian sekiranya status kewangan dianalisis dengan baik dan seawal mungkin.
Sebagai permulaan untuk satu perancangan kewangan yang tersusun, segala data akan dianalisis. Proses ini sangat penting untuk mengenal pasti apa yang utama dan sebaliknya.
Sebenarnya analisis ini mampu membantu anda mengelak masalah kewangan yang boleh berlaku di setiap fasa kehidupan. Cabaran di setiap fasa kehidupan kita berbeza-beza, tidak mengenal sama ada kita bujang, telah berkahwin, berkeluarga, tua, muda atau apa sahaja status kita dalam masyarakat.
Elakkan apabila tersepit baharu nak bertindak. Oleh itu, pemantauan secara berterusan adalah sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan secara lebih efektif.
Disamping itu, perancangan kewangan boleh dilakukan secara bebas mahupun dengan bantuan perancang kewangan yang bertauliah.
Tetapi perlu diingat ya, perancangan kewangan adalah satu proses jangka masa panjang, ia bukanlah satu produk!
Adakah Ada Perbezaan Perancangan Kewangan Konvensional & Perancangan Kewangan Islam Ini?
Adakalanya kita dalam dilema sama ada ingin memilih perancangan kewangan konvensional atau Islam. Namun jika kita bercakap dari segi objektif, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu masyarakat mengumpul, melindungi dan mengagihkan kekayaan mereka.
Seperkara yang jelas, perancangan kewangan Islam adalah patuh Syariah; elemen yang sangat penting bagi kita sebagai orang Islam. Selain itu, perancangan kewangan Islam juga perlu selaras dengan prinsip Syariah iaitu tiada unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maysir (perjudian).
Terdapat beberapa komponen penting dalam perancangan kewangan Islam antaranya pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan Takaful, perancangan pelaburan Islam, zakat dan cukai, persaraan serta harta pusaka dan wakaf.
Tidak perlu lagi ragu-ragu, buat para wanita yang ingin merancang masa depan berlandaskan nilai-nilai Islam, inilah jalan terbaik untuk anda.
Mendapat Keberkatan dan Keseimbangan Dunia & Akhirat
Sebenarnya dengan memilih perancangan kewangan Islam, ia bukanlah semata-mata untuk mendidik kita menjadi kaya. Berbanding perancangan kewangan konvensional, perancangan kewangan Islam sangat menitikberatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Kita mengambil kira perkara seperti ibadah, sedekah, wakaf , menginfakkan (memanfaatkan) harta dan melaksanakan rukun-rukun Islam (seperti menunaikan haji dan membayar zakat) dalam perancangan kewangan Islam.
Benarkah Wanita Sukar Merancang Kewangan?
Persoalan ini mungkin benar untuk sebahagian wanita berikutan isu perancangan kewangan agak jarang diketengahkan. Soal gaji kecil, komitmen terhadap keluarga, masalah rumahtangga dan pengurusan kewangan lemah seharusnya tidak menghalang kita memahami kepentingan perancangan kewangan. Ia amat penting agar kita bersedia hadapi cabaran kewangan pada hari ini.
Terdapat beberapa faktor mengapa masih ada wanita sukar merancang kewangan mereka. Antaranya ialah wanita lebih cenderung untuk berhenti kerja atau bekerja sambilan demi menjaga anak.
Selain itu kebanyakan wanita bergantung kepada wang pemberian suami untuk simpanan akaun peribadi mahupun akaun persaraan.
Bukan itu sahaja, purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Kewangan dan pelaburan sering dilihat ‘sinonim’ untuk lelaki dan kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang isu kewangan.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita sering rasa kita sudah cukup bersedia untuk masa depan tetapi bencana mahupun kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, malah sekecil-kecil bencana pun boleh menjejaskan situasi kewangan kita. Pada waktu itu sudah tentu kita tidak mahu sentuh wang persaraan!
Perancangan Kewangan Demi Keselesaan Di Hari Tua
Berdasarkan kajian*, wanita lebih cenderung untuk hidup lebih lama berbanding lelaki. Maka wanita perlu memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sekiranya sesuatu terjadi kepada pasangan.
Tambahan pula, statistik* menunjukkan bahawa purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Sama ada bujang mahupun sudah berumah tangga, kebebasan kewangan merupakan perkara paling penting kerana ia mampu mempersiapkan wanita untuk masa hadapan yang belum pasti.
Oleh yang demikian, penting bagi semua orang untuk merancang kewangan masing-masing, terutamanya wanita.
Semat Azam Untuk Capai Kebebasan Kewangan
Apa juga yang perlukan komitmen kewangan, sebaiknya kita fikir untuk jangka panjang. Perancangan kewangan mengajar kita untuk selalu beringat tentang kemampuan kewangan. Jika dahulu boros berbelanja, namun kini kita akan kaji terlebih dahulu perbelanjaan dan simpanan.
Percayalah dengan adanya perancangan kewangan yang baik, ia dapat membantu kita mencapai financial freedom apatah lagi jika ia tercapai di usia muda. Siapa yang tak suka kan?
Semestinya ia memerlukan disiplin dan usaha yang berterusan. Pilihlah perancangan kewangan Islam agar kita mendapat keberkatan harta walaupun sedikit, tapi besar impaknya dalam kehidupan.
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Betapa luasnya pemandangan apabila mata boleh melihat dengan jelas. Tetapi tidak semua bernasib baik mempunyai penglihatan yang ‘super’ terutamanya apabila usia mula menginjak 40-an. Masalah mata kering sering dihidapi khususnya selepas penat menatap telefon pintar, komputer terutamanya bagi mereka yang bekerja.
Pentingnya juga memiliki mata yang cantik kerana dapat memberikan kesegaran pada mata setelah penat melakukan aktiviti berat seharian. Jadi jagalah mata anda dan hindarkan dari mata menjadi kering. Apabila mata pedih sekaligus akan merembeskan air yang banyak dan ini merupakan petanda awal masalah kekeringan mata.
Kenali Simptom Awal Mata Kering
– Rasa pedih atau panas, gatal.
– Air mata merembes berlebihan dalam tempoh berterusan.
– Sakit dan mata kemerahan.
– Kelopak mata terasa berat.
Kesan Kepada Gejala Mata Kering
– Radang permukaan mata, kelenjar lacrimal atau konjunktiva.
– Mana-mana proses penyakit yang mengubah komponen air mata.
– Peningkatan dalam permukaan mata seperti dalam penyakit tiroid apabila mata menonjol ke hadapan.
– Penyakit kulit pada atau sekitar kelopak mata.
– Pembedahan kosmetik, jika kelopak mata dibuka terlalu meluas.
Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid Legakan Gejala Mata Kering
Sudah mencuba pelbagai produk tapi masih tak berkesan?
-Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid terbaik dan bantu segarkan mata.
-Paling penting rawatlah dengan Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid kerana teknologi formula yang unik dan efektif. Bukan itu saja malah dapat memberikan kelegaan serta menghilangkan rasa keletihan pada mata malahan anda dapat melihat imej dengan lebih jelas.
-Sangat sesuai untuk mata yang kering, tegang dan letih akibat dari terdedah dengan penggunaan televisyen atau komputer.
-Efektif untuk menghasilkan air mata secara semulajadi oleh mata.
Teknologi Tearshield Dari Jepun, Rohto Jenama Penjagaan Mata No.1 Di Dunia
Penitis mata Rohto Advanced Dry Aid dengan teknologi TearShield dari Jepun dan 4 bahan efektif untuk memulihkan keseimbangan lapisan lipid. Mencegah geseran dan air mata dari tersejat. Melincir dan melegakan 8 gejala mata kering.
Ketahui 8 Gejala Mata Menjadi Kering
Sensitif terhadap lampu.
2.Kemerahan di mata.
3.Penglihatan kabur.
4.Mata berair.
Mata letih.
Mata gatal.
Sensasi menyengat dan terbakar di sekitar mata.
Lendir melekit di kelopak mata anda.
Melegakan mata sehingga 12 jam. Malah Rohto juga merupakan jenama penjagaan mata No.1 di dunia.
Berbeza dengan jenama ubat titis mata yang lain, Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid memberi kelegaan buat mata kering. Bertindak pantas, tidak kabur, keselesaan unggul dan penghidratan yang berpanjangan. Paling penting ianya selamat diperbuat daripada air tulen standard Pharmacopoeia Jepun.
Setiap botol hadir dalam reka bentuk botol ramping jernih menunjukkan ketulenan & kejelasan titisan mata. Paling penting mudah digunakan. Malah muncung unik pada botol juga membolehkan penggunaan yang tepat.
Realiti inilah yang kadangkala menyakitkan untuk ditelan peniaga online. Namun, kes tiada duit simpanan di hari tua bukan tak pernah terjadi. Lebih sayang untuk dikenang, waktu muda hidup mewah, berbelanja bagaikan tiada hari esok.
Usah biarkan diri terperangkap dengan pesona kemewahan yang singkat. Sebagai peniaga yang bijak, anda perlu tahu bagaimana mahu urus wang, keuntungan dan gandakan dengan penuh keberkatan.
Kadangkala peniaga terleka hingga terlupa untuk fikirkan betapa pentingnya simpanan hari tua. Sebelum terlambat, hadamkan saranan ini sebaiknya.
Semoga waktu pencen peniaga online kelak, jadi lebih tenang, senang dan tak dibebani hutang mahupun kewangan yang mendesak.
Boros, Tak Urus Duit Dengan Betul
Duit dari keuntungan jualan, masuk berkepuk-kepuk. Bayangkan 10 tahun peroleh keuntungan berganda, tapi tak menyimpan pun. Jadi macam mana nak agihkan keuntungan ini menjadi bentuk simpanan jangka panjang.
Tak salah kalau ikut cara lama tapi masih praktikal lagi berkesan. Agihkan setiap RM50 yang peniaga dapat tu hari-hari masukkan dalam bekas khas. Jangan pandang atau fikir-fikirkan. Hujung bulan, kira jumlahnya dan simpan dalam bank, atau unit amanah yang selamat.
Kalau ada keinginan untuk beli kehendak yang bukan-bukan. Tahan hati siap-siap. Kalau teringin sangat pun, simpan asing duit khas untuk keperluan itu secara bulanan dan tetapkan target. Bila wang terkumpul dah cukup, barulah beli barang yang diinginkan.
Sediakan Dana Kecemasan Untuk Diri Dan Anak-anak
Dana kecemasan ini penting sebab kita takkan pernah tahu apa yang jadi pada diri pada masa akan datang. Bukan saja simpan untuk diri sendiri, tetapi buat juga simpanan untuk anak-anak.
Katakan 10% daripada keuntungan adalah gaji peniaga online, maka agihkan juga simpanan anak-anak di bank simpanan mereka. Lagi bagus jika mak ayah dedahkan dan galakkan anak-anak simpan duit sendiri.
Jika mereka suka bantu urus perniagaan online anda, berilah mereka upah. Dan minta mereka simpan upah dalam tabung ayam. Bila dah penuh, bawa mereka ke bank untuk dedahkan mereka cara menyimpan dengan betul.
Simpanan Hari Tua
Lebih baik sekiranya peniaga dapat mulakan simpanan hari tua daripada sekarang. Masa usia mudalah nak kumpul duit, supaya bila mencecah usia pencen dah ada wang persaraan yang dikumpul sendiri.
Sebaiknya, simpan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan peniaga online mencarum secara tetap walaupun tanpa majikan. Caruman secara sukarela ini boleh dibuat melalui skim i-Saraan yang memberi perlindungan sosial kepada para pekerja ekonomi gig yang tiada majikan tetap.
Untungnya, peniaga online boleh menikmati dividen tahunan sama seperti ahli KWSP yang lain. Ada lagi caruman secara sukarela yang peniaga online boleh nikmati. Layari laman web KWSP untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dapat membantu peniaga online.
Agar Rezeki Simpanan Bertambah Berkat
Selepas membuat segala simpanan yang dicadangkan di atas, sebaiknya peniaga online jangan lupa untuk amalkan bersedekah dan menunaikan zakat pendapatan mahupun perniagaan anda. Amalan bersedekah ini tidak akan mengurangkan rezeki mahupun keuntungan anda, malah di situlah keberkatan rezeki semakin berganda-ganda.
Jika sukar mencari penerima sedekah, lihatlah kesusahan ahli keluarga terdekat anda. Jika mereka lebih memerlukan, bersedekahlah pada mereka yang dekat dahulu. Begitu juga dengan jiran tetangga, kemudian barulah hulurkan pada anak-anak yatim.
Apabila sudah cukup haul, tunaikanlah zakat perniagaan mahupun pendapatan anda. Rujuklah pada badan yang berkelayakan untuk melaksanakan zakat anda itu. Ada kiraannya, pegawai zakat tentunya berbesar hati untuk membantu.
Semoga dengan amalan menyimpan sebegini, akan membuatkan perniagaan online anda terus berkembang maju dan mendapat keberkatan rezeki daripadaNya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...