Syukur alhamdulillah walaupun banyak dugaan yang melanda rakyat Malaysia ketika ini namun ada juga golongan yang baik hati dan sudi membantu Pekerja Barisan Hadapan terutamanya di hospital-hospital.
Pekerja Barisan Hadapan yang terdiri dari doktor-doktor dan jururawat-jururawat kini sedang sibuk merawat pesakit-pesakit Covid-19.
Menerusi perkongsian di Facebook Mas Zuhairin yang juga pemilik restoran Spice Pumpkin Café berasa sangat bersyukur kerana dapat menyumbang makanan yang di infaq kepada pekerja barisan hadapan.
“Alhamdullilah and thank you to all that have participated in our #infaqcollaaborationwithspcb ❤️❤️
We’ve send pictures to those who’s infaq was allocated for today’s delivery.
“140 Set Lunch Nasi Maqlubah Chicken Darurat telah selamat sampai ke Hospital Serdang.
10 pax we’re taken individually by the contributor for her PPUM members!
“Next lining up :-
Wednesday 25/3 – PPUM
Thursday 26/3 – H S.Buloh
Friday 27/3 – H S.Alam
Saturday 28/3 – Pending update location
Tuesday 31/3 – HTAR Klang
“150pax will be going out each day
“Terima kasih tak terhingga juga kepada para runner volunteers Shah Alam headed by @abamijoooo,” kongsinya di status Facebook miliknya.
Projek infaq ini boleh dijadikan contoh buat mereka yang lain. Sumbangan anda amatlah diperlukan buat mereka yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk merawat pesakit. Rakyat Malaysia teruskan #dudukdirumah dan patuhi arahan PKP.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sampainya Hati, Tergamak Ibu Lacur Dua Anak Kandung Bawah Umur Pada Warga Asing Nilai RM50!
Sampainya hati seorang ibu apabila tergamak melacurkan dua orang anak kandungnya sendiri yang masih bawah umur pada warga asing dengan nilai serendah RM50!
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru ini,seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing, Oktober lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun mengarahkan tertuduh yang berusia 39 tahun itu menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
Lacur Anak Umur 13 & 10 Tahun
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000; penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihuk penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Saksi Perbuatan Keji
Untuk rekod, tertuduh difahamkan tergamak melacurkan dua anaknya itu hanya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing malah sanggup menyaksikan perbuatan keji itu dibuat.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sungguh masyarakat kita semakin tenat, dimana hilangnya perasaan kasih sayang dan fitrah sifat keibuan melindungi anak-anak yang sepatutnya ada dalam diri?
Sumber: Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tomok & Isteri Dedah 7 Tips Didik Anak-Anak
Penyanyi lelaki popular Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan nama glamornya Tomok, dan isteri Rahayu Abbas, cukup bertuah kerana miliki tiga orang anak. Anak-anak pasangan ini sememangnya menjadi perhatian pengguna media sosial selepas beberapa video yang memaparkan nyanyian dan kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dimuat naik di laman Instagram milik Tomok.
Ikut Kesesuaian Anak-Anak
Tomok dan Ayu juga menerangkan dalam mendidik anak-anak mereka tidak memaksa malah kedua-dua anak mereka mempunyai karektor yang berbeza.
“Didikan yang kami terapkan kepada Arrian dan Andra cukup berbeza. Saya tak memaksa ikut kesesuaian anak-anak. Mereka ini punya karakter yang berbeza, saya tak banyak masa untuk ajar anak sebab sibuk dengan dunia seni. Jadi isteri, yang lebih dominan menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka,” tambah Tomok.
Ayu pula ketika ditanya menjelaskan dalam mengajar anak-anak dia sama juga seperti ibu bapa yang lain;
“Saya tak ada pengalaman dalam mengajar jadi saya banyak pelajari tentang didikan anak-anak menerusi bahan bacaan. Saya kumpulkan bahan-bahan bacaan ilmiah tentang keibubapaan dan pembelajaran awal pendidikan kanak-kanak dan juga sumber Internet bagaimana untuk membentuk anak-anak kita dari situ saya ambil mana yang boleh diterapkan dan bersesuaian dengan anak-anak saya. Kiranya trial and error. Saya tidak memberi tekanan dan memaksa anak-anak untuk belajar sebab tak nak ganggu proses pembesaran mereka.”
Tomok juga menjelaskan sebagai seorang bapa dia punya cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak.
“Sebagai seorang bapa saya tidak punya banyak masa dengan anak-anak. Tapi bila saya berada di luar KL saya akan sentiasa hubungan isteri untuk memantau perkembangan anak-anak,” celah Tomok yang turut meminta pandangan dari kedua ibu bapa dan mentua dalam mendidik anak-anak.
Dalam menghargai isterinya yang banyak berkorban masa menjaga anak-anak yang tersayang. Tomok pada kebiasaannya akan memberi ganjaran dengan membawa isteri dan anak-anak bercuti.
“Selain bercuti saya juga sering bantu isteri dengan memandikan anak-anak atau menukar lampin pakai buang anak-anak. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kerja Ayu.
7 Tips Tomok & Ayu Dalam Mendidik Anak-Anak
1.Berbual-bual
Berbual-bual dengan anak walaupun pada ketika itu mereka masih belum boleh bertutur dengan baik lagi ada kelebihannya. Walau pun masih belum mengerti, minda anak-anak sebenarnya seperti span yang menyerap apa yang dilihat dan didengari. Dia sebenarnya sedang menajamkan kemahiran berbahasa dan komunikasi. Lebih banyak bercakap kepada mereka, lebih baik.
2.Mengagah
Mengagah bayi adalah salah satu komunikasi awal yang boleh dilakukan kepada anak. Selain merangsang, ia juga menggalakkan deria pendengaran. Bayi yang berumur enam bulan atau tujuh bulan akan mula mengesan dan memusing ke arah bunyi itu. Menjelang usia setahun, bayi sudah mula mengenalpasti lagu kesukaannya dan cuba menyanyikannya.
3.Membaca Buku
Ramai yang tahu, buku jambatan ilmu. Tapi ramaikah yang membacakan buku kepada anak walau pun masik belum mengerti? Membacakan buku sejak awal lagi boleh membantu mengajar bayi tentang interaksi, komunikasi dan konsep tentang bentuk, warna, abjad, memori, nombor dan tatabahasa dalam cara yang menyeronokkan.
4.Kad Imbasan
Perkenalkan kad imbasan sejak awal melancarkan sebutan dan meningkatkan penguasaan tatabahasa. Mula-mula baca dan sebutkan apa yang ada pada kad. Lama kelamaan anak-anak akan menyebutnya sendiri dan kemudian mengejanya, seperti Ayu lakukan kepada Arrian.
5.Bermain
Biarkan anak-anak seronok bermain dengan permainan mereka. Ketika bermain, mereka akan mengeksplorasi, berimaginasi dan menajamkan motor halus. Ia juga merangsang skil kognitif dan penyelesaian masalah. Aktiviti mewarna dan menconteng juga salah satu cara bermain yang digalakkan untuk si manja!
6.Aktiviti Fizikal
Berenang, bermain di taman permainan dan berjalan memberikan anak-anak peluang untuk aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan. Ia dapat menguatkan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh. Selain itu, ia juga merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti melompat, berlari, memanjat, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar mereka.
7.Menyanyi
Dedahkan bayi kepada lagu kanak-kanak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak mula mennyanyikannya, ia menggalakkan aktiviti pada kedua-dua belah otak. Anak-anak juga jadi lebih ceria dan gembira.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Hari Makan Telur Rebus, Ini Yang Rider Lalui Bila Pilih Rawatan Di Kemboja
Pengembara bermotosikal, ini alami kemalangan semasa kembaranya di bumi Kemboja. Membuatkan dia terpaksa membuat pilihan, mahu tinggal di hospital yang serba serbi lengkap atau sebaliknya.
Bagi pemilik akaun Facebook, Pengembara Miskin ini, yang penting adalah merasai bagaimana sukarnya rakyat setempat meneruskan survival mereka ketika menerima rawatan di hospital.
Dan itulah pun sebenarnya, tujuan kembaranya sampai ke luar dari negara tanah kelahiran, Malaysia. Kisah 9 hari ditempatkan di Hospital Kratie yang terletak di wilayah Kratie, Kemboja ini mengundang rasa insaf yang mendalam.
Betapa bertuahnya, Malaysia yang mewah dengan kemudahan perubatan dan servis perkhidmatan hospital yang lengkap.
Pengalaman 9 Hari Di Hospital Kratie Kemboja
Hospital Kratie juga dikenali dengan nama Hospital Perancis. Tanggal 17 Februari 2018, ‘rider’ ini kemalangan jalanraya.
“Kalau di Malaysia dok Hospital Pantai KL bilik persendirian semua lengkap dalam bilik. Nak TV, Astro, nak bilik air panas, makan pagi-pagi; dibagi list nak masakan Melayu, Cina, Western tu semua cukup.
“Lagi minta misi tapau dari kedai tomyam lagi. Bilik aircond.. saya bukan kaya, ni insurans bayarkan.”
Berbeza dengan keadaan masa rider ini ‘accident’ di Kemboja. “Saya saja pilih dok Hospital Kratie. Walau saya boleh pilih hospital yang lebih baik kerana ada insurans travel.”
“Tapi sebab nak bersama-sama rasa rakyat marhaen Cambodia (Kemboja). Banyak cerita dan pengalaman di hospital ini.”
Doktor Kata Perlu Rehat Sebulan, Tapi Ini Yang Jadi
Asalnya ‘rider’ ini mahu saja ikut cakap doktor. Rehat sebulan di hospital sampai sakitnya benar-benar sembuh.
“Cuma sempat 9 hari saja tinggal di hospital. Keadaan wad yang tiada kipas, aircond bagai. Tikar, bantal, selimut semua kena bawa sendiri.”
“Makanan, ada masakan disediakan oleh sukarelawan pada jam 3 petang. Nasiblah.. kalau tak sempat atau tak cukup. Jangan harap halal.. memang tak halal seratus peratus.”
“Ada bangsal dapur untuk keluarga pesakit masak sendiri. Nak hisap rokok jangan dalam wad saja. Dok kat pintu hisaplah..”
“Katil asas saja disediakan. Wad campur-campur lelaki, perempuan, bayi, kanak-kanak dewasa dan orang-orang tua.”
“Hospital masih kenakan bayaran, jika pesakit tak mampu kena buat rayuan untuk dikecualikan bayaran. Kena pergi temuduga.”
Dan di atas kekurangan itu, ‘rider’ ini terpaksa mengalah. Kembali dapatkan lokasi rawatan yang lebih baik lagi.
Hari-hari Makan 5 Biji Telur Rebus
Ternyata, pengalaman 9 hari itu dapat dikumpulkan dengan baik dan dikongsikan juga dalam bentuk bergambar.
Katanya, “Di sana hari-hari makan 5 biji telur rebus. Jika ada orang Islam datang melawat, dapatlah makan nasi.”
Pesannya walaupun cuma sehari travel ke luar negara, sebelum meneruskan niat itu anda perlulah mendapatkan insurans travel terlebih dahulu.
Kerana, musibah boleh berlaku di mana-mana. Pengalaman ini tak menjadikan dia patah semangat malah akan terus memburu impiannya dalam kembara yang seterusnya.
Insaf.. Catatan Bergambar 9 Hari Dirawat Di Kemboja
Yang Terima Rawatan Bukan Orang Senang
Nak Selesa, Bawa Sendiri Kipas, Selimut, Bantal Dari Rumah
Hospital Ini Campur-campur Penghuninya
Sumber/Foto : Pengembara Miskin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI