Bersalin Normal Tanpa Perlu Dijahit, Emma Maembong Amal Sapu Minyak Kelapa Dara

Share

Bersalin normal tanpa perlu dijahit, Emma Maembong amal sapu minyak kelapa dara. Pasti ada di antara ibu-ibu masih merasai ngilu dan sakitnya dijahit selepas bersalin khususnya bagi kelahiran normal.

Dijahit di bahagian V dalam keadaan sedar kerana bahagian vagina digunting sedikit untuk memudahkan kelahiran bayi, hanya yang pernah merasainya akan merasakan rasa ngilu dan ngeri tersebut.

Bersalin Normal Tanpa Perlu Dijahit

Satu perkongsian dari pelakon Emma Maembong yang selamat bersalin anak kedua pada 10 Mei lalu dan sudah habis berpantang dua bulan mungkin boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung di mana dirinya mengakui menyapu minyak kelapa dara semasa mengandung di bahagian Miss V agar tidak koyak dan dijahit ketika proses kelahiran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Emma Maembong di akaun TikToknya, kelihatan pelakon itu menjawab soalan-soalan daripada peminatnya  tentang pengalamannya bersalin tanpa koyak dan jahitan.

Semasa membuat live berkenaan, sebelum sempat dirinya memberi tips, suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah menyampuk dan memaklumkan tipsnya adalah mesti sayangkan suami.

Emma Maembong Amal Sapu Minyak Kelapa Dara

Namun ia disambut mesra oleh Emma yang memaklumkan, selain perbanyakkan berdoa, Emma menasihatkan para ibu mengandung untuk banyak bergerak dan membuat senaman.

Bukan itu saja, tapi Emma turut menjelaskan agar mengamalkan menyapu minyak kelapa dara di bahagian Miss V. Katanya keadah ini sama seperti kita menyapu di bahagian perut untuk mengelakkan stretchmark ketika perut makin membesar.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Shariq Gabriel, “Berhati Hati, Jangan Mudah Percaya” Emma Maembong

Emma & Suami Impikan Anak Ramai “Soal Zuriat Perkara Sensitif. Doakan Segalanya Dipermudahkan”

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kuarantin &  Beruntung Kakak Bantu Jaga Baby Gabriel 

“Dekat korang punya ‘V’ tu, korang kena banyakkan sapu minyak. Emma sapu minyak kelapa dara dekat situ supaya bagi dia stretch so bila dia mengembang dia tak pecah atau pun koyak. Daripada korang sapu je dekat perut, baik korang sapu juga dekat situ supaya dia tak koyak,” katanya.

Dan perkongsiannya diakui oleh sebahagian peminatnya kerana ada yang telah mengamalkannya dan ternyata ianya berkesan untuk mengelak koyak dan dijahit.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros