Gamat suasana di studio MWTV dengan topik Beranak: Ikut Pintu Ke TIngkap? Isu yang cukup sinonim dengan wanita terutamanya yang bergelar ibu. Beranak secara normal atau secara pembedahan sering menjadi persoalan terutamanya buat wanita yang baru pertama kali akan melalui proses kelahiran.

Melalui segmen Kesihatan dan Kecantikan, Siti Elizad dan Erra Fazira bersama tetamu jemputan Dr. Tan Ee Ping, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, mengupas lebih lanjut tentang topik pada hari ini. bersalin normal atau pembedahan, keduanya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Pilihan di tangan ibu yang bakal melahirkan sendiri. Sebelum ambil keputusan kaedah mana yang ingin dipilih setiap ibu perlu tahu risiko, kebaikan dan keburukan dengan kaedah yang dipilih.

Menurut Dr. Tan kebanyakkan doktor menggalakkan ibu-ibu untuk bersalin secara normal kerana tidak mahu sebarang komplikasi ketika melahirkan. Apabila seseorang wanita sudah melalui proses kelahiran dengan kaedah pembedahan dan ingin mencuba untuk bersalin normal pada kelahiran seterusnya memang ada satu risiko yang menjadi kebimbangan para doktor dimana luka lama akan terbuka ketika wanita bersalin normal. Namun risiko tersebut amat jarang ditemui dan hanya berlaku sekitar 0.7 peratus pada wanita-wanita yang bersalin. Justeru wanita-wanita memang digalakkan untuk bersalin secara normal kerana ia akan kurangkan risiko sedemikian.

Turut menyentuh mengenai masalah placenta privea yang sering juga menjadi komplikasi kepada wanita hamil, jelas Dr. Tan Ee Ping, perkara sebegitu merupakan satu situasi yang tidak dapat dielakkan sehingga memerlukan seseorang ibu yang bakal melahirkan memilih kaedah pembedahan bagi melahirkan bayi dalam kandungan.

Antara penyebab luka pembedahan tidak sembuh sepenuhnya:

  1. Jarak antara kelahiran terlalu dekat kerana luka belum betul-betul sembuh.
  2. Proses bersalin yang dilalui oleh ibu adakah prosesnya senang atau susah atau terlalu banyak tekana kepada rahim wanita. Jika rahim terlalu berkerja kuat ia boleh menyebabkan luka tersebut tidak boleh bertahan.
  3. Ketika pembedahan kali kedua, risiko lagi tinggi

Ibu C-sec perlu penjagaan rapi ketika pantang

IKLAN

Hana Halim, Pengasas The Gentle Birth Project Malaysia turut diundang membincangkan isu yang sama pada hari ini. menurut Hana dalam penjagaan pantang juga, ibu yang bersalin dengan kaedah pembedahan lebih memerlukan penjagaan yang rapi berbanding ibu yang bersalin normal. Ia sama sekali berbeza dengan pantang buat ibu yang bersalin normal kerana bimbang luka akibat pembedahan tidak sembuh sepenuhnya ketika dalam tempoh berpantang.

Tambah Hana lagi, berpantang ada pelbagi cara dan mengikut budaya sesebuah bangsa atau negara masing-masing. Mengikut sains moden enam minggu adalah tempoh penyembuhan untuk peranakan wanita. Berpantang adalah tempoh dimana wanita akan mendapat rehat secukupnya.

Ada tiga faktor yang boleh membuatkan pantang itu berkesan secara holistic atau tidak.

IKLAN
  1. Penjagaan ibu dari segi fizikal, dimana melibatkan proses berurut, berbengkung, bertungku dan sebagainya.
  2. Penjagaan makanan yang biasanya akan terpulang kepada diri ibu itu sendiri.
  3. Pantang pergerakan

Tambah Hana lagi, tidak dinafikan khidmat post natal therapist pada masa kini memang memerlukan kos yang tinggi. Keperluan utama dalam mendapatkan khidmat mereka adalah untuk berurut, yang lain-lain seperti berbengkung, bertungku dan sebagainya boleh dilakukan sendiri setelah khidmat therapist tersebut berakhir. jadi ibu-ibu boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan sebegini mengikut kemampuan, tidak perlu sehingga habis tempoh pantang selama 44 hari.

Bersalin Normal Ke Cesarean? Bakal Ibu Perlu Tahu Baik Buruk Dan Risiko Yang Ada

Cik Puan Juliana Evans yang baru sahaja selesai berpantang anak yang pertama menjadi salah satu selebriti undangan disamping Safura yang sudah mempunyai enam orang anak yang kesemuanya dilahirkan secara normal.

IKLAN

Cik Puan Juliana Evans turut berkongsi pengalaman melalui proses melahirkan anak secara normal dan juga rutin berpantang selama 44 hari. Malah beliau mengakui rindu akan tempoh tersebut kerana dirinya dibelai dan dimanjakan persis berada di spa.

Penyanyi Safura juga turut berkongsi pengalaman dirinya sendiri yang mempunyai enam orang anak yang dilahirkan secara normal. Menurut Safura, Wanita adalah individu yang hebat kerana boleh melahirkan anak yang ramai dengan sakit bersalin yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bagi yang terlepas dan ingin saksikan kehangatan topik yang dibincangkan, jangan lupa ulangan MWTV sekejap lagi di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 5 petang nanti.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI