Bersalin dalam koma ketika lawan COVID-19. Akhirnya pegang anak buat pertama kali. Kisah ibu kepada dua orang anak ini pasti beri inspirasi kepada semua.
Angela Primachenko, 27, telah melahirkan anak perempuannya Ava pada 1 April 2020 ketika dirinya dikomakan secara perubatan dan bergantung pada alat bantuan pernafasan. Pada masa yang sama wanita ini perlu berjuang untuk melawan coronavirus.
Primachencko tidak ada memori indah saat dia melahirkan Ava. Tetapi ibu ini akan sentiasa ingat hari dia akhirnya dapat memegang bayi perempuannya buat pertama kalinya.
Dalam temubualnya dengan Today.com, ahli terapi dari Vancouver, Washington ini menggelarkan dirinya sebagai ‘ a walking miracle ’ selepas keluar dari hospital, apabila dirinya disahkan bebas daripada coronavirus.
Primachenko telah menjalani dua ujian berturut-turut yang mengesahkan dirinya negatif Covid-19 sebelum doktor membenarkan dia bertemu dengan anak perempuannya Ava, yang berada di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) di Legacy Salmon Creek Medical Center.
Ads
Foto kredit Instagram @angela_primo
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pada 16 April 2020, Primachenko dapat memegang dan memeluk Ava buat pertama kalinya. Dia memakai topeng penutup mulut sewaktu memangku anak keduanya itu.
Foto kredit Instagram @angela_primo
Tulisnya dalam akaun Instagram @angela_primo, dia perlu memakai topeng penutup mulut kerana semua orang perlu memakainya ketika melawat NICU. Dia juga gembira kerana perkembangan bayi perempuannya itu agak baik.
Malah setiap hari berat badan Ava juga turut bertambah. Dalam masa seminggu dua dia mungkin boleh membawa anaknya pulang ke rumah.
David suami kepada Angela, dan Emily anak sulung mereka yang berusia 11 bulan telah melakukan ujian dan tidak positif COVID-19, jadi David boleh memegang anak kedua mereka di NICU sebelum Angela boleh melihatnya.
Ads
Boleh Tulis Novel
Primachenko berada pada minggu ke 33 kehamilannya apabila dia mengalami demam dan gejala-gejala lain apabila diuji untuk COVID-19 pada 24 Mac 2020 lalu.
Lapan hari kemudian, dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan apabila dikomakan secara perubatan.
Akhirnya, dia berjaya melalui kesukaran tersebut. Dia tidak lagi dalam koma. Alat bantuan pernafasannya juga dibuka pada 6 April 2020.
Ads
Setelah sedar daripada koma, barulah Primachenko menyedari bahawa dirinya tidak lagi hamil.
Primachenko berharap ceritanya ini boleh memberikan harapan semasa pandemik COVID-19.
Foto kredit Instagram @angela_primo
“Beberapa minggu ini telah dipenuhi dengan banyak perubahan yang tidak dijangkakan dalam hidup…dan saya rasa seperti saya boleh menulis novel…tetapi untuk malam ini saya hanya mahu tulis yang hidup ini amat baik dan mari cuba cari kebaikan di dalamnya setiap hari,” tulis Angela Primachenko di Instagram.
Norman Hakim doakan kebahagiaan Marissa. Kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya tidak berbelah bahagi. Walau pelbagai dugaan ditempuhi namun ikatan kasih sayang antara ayah dan anak tidak akan terputus.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Norman mendoakan agar anak kesayangannya Marissa Dania, menantu serta madu anak perempuannya teguh menempuh ujian rumah tangga.
Norman Hakim Doakan Kebahagiaan Marissa
Malah Norman juga percaya setiap manusia berbeza dugaannya. Pada masa yang sama Norman turut berkongsi kata-kata indah Marissa ketika anaknya itu berusia 10 tahun melalui sepucuk surat. Perkongsian tersebut sempena hari lahir Marissa.
“Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita.Sampai hari ni surat ni masih tersimpan kemas dalam file hardcopy & softcopy papa.
“Dan hari ni jugak…19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran Adik dalam kereta. Tak sempat bawak Mama sampai klinik,Adik dah tak sabar nak keluar. Papa ingat lagi first word yg keluar dari mulut Mama bila Adik dah keluar full. Adik nangis sekejap je pastu diam.
“Mata terkebil2 pandang papa pandang mama.Mama cakap “Hidung Norman Hakim laaa…”. Nampak je muka Adik,terus lenyap panic papa.Terus hilang sakit Mama bertarung nyawa lahirkan Adik.
“Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran my baby girl @marissadania. Sayang papa pada Adik dari sambut sendiri kelahiran Adik sampai ke saat ini tak pernah berubah.Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sbb kita akan jumpa balik kat kehidupan akhirat yg hakiki in shaa Allah.
“Papa sayang Adik, sayang Aslam & sayang Umisya.Semua anak2 papa jugak.Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus.Allah datangkan hujan,ribut & taufan sbb Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis & sujud semasa hadirnya pelangi nanti.Percaya & yakin waktu itu akan tiba,” tulis Norman Hakim.
Seperti yang diketahui umum, Norman dan Abby telah berkahwin pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009. Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Danish Hakim dan Maria Danisha.
Kemudian pelakon lelaki itu berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan memiliki tiga anak, manakala Abby pula bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Majlis akad nikah serba sederhana, dengan mengikut tatacara pencegahan virus Covid-19 ini dikongsikan jurugambar, @aanuaar. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam.
Pernikahan pasangan pengantin Amirul Azim dan Nabila Saiful ini berlangsung beberapa hari lalu diadakan di Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang.
Ini kerana, sepanjang berlangsung akad nikah, pengantin lelaki dan jurunikah tidak pun berjabat tangan. Biarpun serba sederhana dan mengundang rasa sedih di hati pasangan pengantin, demi keselamatan dan kesihatan, mereka akur melaksanakannya.
Majlis Di Rumah Kadi, Nikah Tak Sampai 10 Minit
Kongsinya lanjut,
“Tugasan hari ini selesai shoot akad nikah #covid19 . Majlis akad nikah tak sampai 10 minit. Majlis buat dekat rumah Kadi sendiri. Hand sanitizers pun kadi sedia. . Tengoklah jauh mana majlis nikah ni.
“Pengantin laki dengan perempuan pun kena jarak jauh. Tiada salam tangan dengan kadi sewaktu sesi Ijab & Kabul. Sangat sedih tapi kena teruskan ikut cara ditetapkan.
“Lepas tu sesi akad nikah kena rekod video oleh kadi atas perintah Majlis Agama Islam. Setelah lebih kurang 10 minit alhamdulillah majlis selesai.”
Kredit foto : instagram seicisproduction
Sungguhlah, sebagai pasangan pengantin baru siapa pun mengharapkan majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan gilang gemilang.
Namun, virus Covid-19 ini perlu dihentikan dari tersebar ke individu lain melalui sentuhan. Maka, itu disarankan di mana pun anda berada keraplah membasuh tangan dengan sabun selama 20 saat.
MW :Tentunya majlis pernikahan ini akan menjadi kenangan yang terlalu istimewa untuk pasangan pengantin ini. Semoga keduanya kekal bahagia sehingga ke jannah.
Kreatif betul suami ini. Demi nak hargai hari istimewa isteri, suaminya beli beberapa kek mini Apollo di kedai RM2 dan bahan-bahan untuk topping kek. Hasilnya, dapatlah seketul kek hari lahir isteri yang sweet.
Perkongsian Muhd Firdaus dalam grup Masak Apa Hari Ni mengundang pelbagai reaksi daripada ahli grup itu. Ramai teruja dengan kegigihan dan keikhlasan suami itu.
Cara suami surprise untuk isteri itu pun unik betul. Dan yang pasti kek itu nampak sedap.
Kongsi Muhd Firdaus.
“Ini kek Apollo. Sempena hari lahir bini saya. Saya nak buat surprise dengan kek Apollo yang saya beli di kedai 2 ringgit.
Semua ini beli kat kedai 2 ringgit. Dengan kreativiti saya bolehlah hias sikit-sikit. Harap reaksi mimik muka bini saya terkejut.. terharu dan happy.”
Doa Sempena Hari Lahir Isteri
Malah, menerusi laman facebook miliknya, suami ini menitipkan doa untuk isterinya, Noor Aliza.
“Wahai bidadari ku, Selamat datang di usia yang baru. Semoga tuhan senantiasa menjaga cinta tulus mu agar tetap seperti ini. Kebaikan dan kemudahan semoga selalu mengiringi langkah mu.. Selamat Hari Lahir buat isteriku yang tercinta.
Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki selalu dan menjadi seorang isteri yang solehah. Dan semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat.. love you.”
Cuma Ambil Masa 30 Minit Buat Kek Apollo Homemade
Ketika Mingguan Wanita menghubungi suami hebat ini, beliau maklumkan cuma ambil masa 30 minit saja untuk buat kek hari jadi homemade isterinya itu.
“Saya tak de belajar mana-mana pun. Buat sendiri.. kreativiti sendiri. Jadi secara spontan.” Akuinya yang baru setahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini juga belum dikurniakan cahaya mata.
“Tahun lepas saya beli dekat kedai.” Jadi, tahun ini sambutannya lebih istimewa lagi untuk isterinya. Dan isteri ternyata sangat teruja dan jadi terharu.
“Walau kek tu bajet tak sampai RM20.”
Malah, ketika sambutan hari lahirnya sendiri, isterinya itu menyediakan pulut kuning yang dibuat sendiri dengan hiasan yang unik.
Begitulah suami isteri saling menghargai hari bahagia pasangannya. Mana-mana isteri mahupun suami, bila mana dapat walau sekadar ucapan hari lahir dari orang tersayang.. itu sudah cukup besar maknanya. Hati berbunga riang.. jadi bahagia.
Bila usaha buat surprise sebegini, tentulah semakin bermakna dan meninggalkan momen yang manis. Semoga kisah sweet ini memberikan sedikit kesan kepada anda untuk menghargai pasangan yang setia di sisi.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...