Bersalin Anak Keempat, Sari Yanti Menangis Tahan Sakit

Share

Isteri pelawak terkenal, Jep Sepahtu, Sari Yanti selamat melahirkan anak bongsunya pada 6 Jun lalu jam 11.44 malam. Kelahiran anak keempatnya kali ini tak mudah, malah diibaratkan Sari Yanti bak bertarung dengan nyawa sendiri.

Sehinggakan, ketika lalui proses bersalin bayi lelakinya itu, Sari Yanti menangis dek menahan kesakitan. Ini diakuinya sendiri ketika berkongsi kisah bersalinnya kali ini.

Kongsinya di instagram,

Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pergi first hospital visit dengan Baby.

6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak

?”

Sebelum ini, Sari Yanti pernah alami keguguran sebanyak dua kali.

Menangis Tahan Sakit..

Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has, Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan.. maafkan saya) .

Suami kakak.
Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I @jepsepahtu .

Mak ayah keluarga
Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada. –
Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai.

Pukul 11.44 pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah .. Allahuakbar.
Syukur Alhamdulillah. .

Berjuta Nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim

Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan,
Untuk pengalaman,
Untuk setiap titik keringat dan air mata,
Untuk satu lagi anugerah,
Untuk cinta dan sayang suami,
Untuk doa dan kasih ibu bapa
Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan .
Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .

Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm

Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, yang dinamakan Dariya Inara.

Dari perkahwinan terdahulu Sari Yanti mempunyai dua orang cahaya mata.

MW : Tahniah! Jep dan Sari Yanti. Dah dapat sepasang.. didoakan moga ibu dan bayinya sentiasa sihat melalui tempoh berpantang.

Sumber/Foto : Sari Yanti

Published by
NETTY AH HIYER