Momen paling mendebarkan buat seorang bakal ibu mahupun ibu adalah bersalinkan anak yang dikandung. Emosi ketakutan, bimbang, seronok, teruja dan bermacam-macam lagilah bermain-main dalam perasaan ibu. Sebab itulah, perlunya suami ada di sisi untuk menenangkan perasaan bermacam-macam isteri yang bakal melahirkan.
Inilah yang dilalui Zaila Mohamad (Mekla) semasa melahirkan anak ke-7 yang mana suami setia menemani dari saat diwadkan sampailah dia selamat melahirkan. Kehadiran suami dengan iringan doa dan bacaan surah itulah yang menenangkan hati ibu yang bakal bersalin.
Selepas check up terakhir dengan doktor yang memantau perkembangan bayinya, Dr. Siti, doktor ada bertanyakan padanya jika mahu bersalin cepat.
“Nak bersalin cepat tak?” Mekla cakap tak larat dah doktor. Jadi Dr. Siti tolong bukakan jalan dan cakap esok-esok kalau sakit-sakit datang hospital terus.
Malam itu Zaila alami sedikit kontraksi. Bimbang hatinya nak tinggalkan anak-anak yang lain terutama anak kecilnya Arman.
“Setelah berbincang dengan suami, kami sepakat ‘pontengkan Haziq dan Husna pagi selasa untuk jaga adik-adik. Ashraf saja yang pergi sekolah sebab dia naik van. Jadi tak ada masalah pergi balik sekolah.”
Pagi Selasa itu, ibu ini sudah siap masakkan nasi goreng dan ayam kicap untuk anak-anak. Dia pesan lagi pada anaknya Haziq kalau Asharaf balik sekolah kena cepat-cepat bersiap sebab nanti van akan datang.
“Suruh makan dulu sebelum ke sekolah. Memang tawakal tinggalkan anak di rumah bawah jagaan Haziq dan Husna.
“Syukur tengah hari itu, en suami minta tolong sepupu mereka yang bekerja berdekatan dengan rumah datang jenguk anak-anak. Alhamdulillah mereka ok saja.”
Jam 9, sampailah ibu ini di hospital dan dihantar ke Labour Room. “Prosedur macam biasa. Sampai misi akan check bukaan jalan dan masa itu sudah 5 cm.
“Mekla diberikan ubat berak dan masuk bilik LR no.3 (pernah guna waktu bersalinkan Aaliyah). Dan masukkan ubat untuk cepatkan proses bersalin (setiap kali bersalin pun memang kena ‘bantuan’).
“Awal-awal memang tak rasa sakit, siap baca surah Yasin dan cuba tenangkan diri.” Dalam pada itu, dia dengar juga suara ibu meneran dari bilik sebelah. Waktu itu kira-kira jam 12 tengah hari.
“Cakap dalam hati, bestnya kalau aku dah nak bersalin
.”Dalam Labour Room itu, Mekla makan kurma dan minum air zam zam. Misi beritahu kena minum air dan kencing supaya baby cepat turun.
“Memang lepas kencing tu terus kontraksi kuat terasa.”
Misi tanya nak ambil ubat tahan sakit ke tapi masa tu berkira-kira juga sebab takut tertidur. Dalam pukul 1.30 tengahari misi datang pecahkan air ketuban.
Dia tanya kalau rasa sakit sangat atau nak buang air besar beritahunya. Tak sampai 20 minit memang ada rasa macam nak teran dan masa tu segalanya berlaku sangat cepat.
“Kita pun dalam keadaan tak sedar sebab disuruh ambil gas tapi syukur sebab masih dengar arahan doktor. Syukur en suami yang setia teman dari awal sampai akhir proses bersalin.
“Sepanjang meneman itu dia bacakan surah Maryam, surah Yasin.
“En suami cakap baby keluar tali pusat sudah terbelit di bahu dan misi pun telah melakukan kerja yang bagus bila dia tengok kadar denyutan bayi makin lemah setiapkali kontraksi datang.
“Allah akbar, walaupun Dr Siti tak sempat nak sambut baby tapi dengan bantuan misi-misi akhirnya tepat 1.44 tengahari keluarlah baby seberat 3kg.
Awal keluar muka baby agak kebiruan dan diberikan bantuan gas oksigen. Lega sangat perasaan selepas tu. Tapi misi beritahu Mekla tumpah darah.
“Alhamdulillah selepas Dr Siti datang berjaya juga keluarkan saki baki darah dan macam biasalah Mekla bersalin tak sah kalau tak dapatkan jahitan
.”“Apa-apa pun syukur dan lega semuanya selamat dan dipermudahkan Allah berkat doa-dia insan tersayang baik yang dikenali mahupun tidak.
“Sedangkan kita bersalin di hospital pun tinggi risiko dan penuh debaran. Mekla tak boleh bayangkan ibu-ibu yang mahu bersalin sendiri di rumah macamana. Janganlah ambil risiko bahayakan diri kita kerana nyawa kita terlalu berharga sangat.”
Panjang coretan sempena seminggu selepas bersalin. Alhamdulillah badan sudah rasa bertenaga dan doakan moga Mekla cepat sihat untuk terus berkhidmat buat keluarga. Misi cakap mudahnya awak beranak, 2 tahun lagi datang lagi lah tu.”
“Insya Allah kalau ada rezeki tapi ikutkan perasaan rasa macam dah tak nak beranak dah (nak percaya ke tak?)”
Sumber/Foto : Zaila Mohamad