Bersalam Dengan Pesakit Covid-19 Tak Dikira KONTAK RAPAT, Hadamkan Maksud Betulnya
Gambar sekadar hiasan / Foto kredit : The Straits Times

Hadamkan maksud kontak rapat Covid-19 ini betul-betul. Sebab, kefahaman yang betul ini boleh membantu anda lebih berwaspada, alert dengan keadaan sekeliling kala peningkatan kes Covid-19 ketika ini..

Kongsi Dr Redza Zainol, bersalam tangan pesakit positif Covid-19 tak dikira kontak rapat. Tapi, dianggap ‘casual contact’. Anda, tak perlu membuat pemeriksaan saringan Covid-19.

Beza dengan kontak rapat. Jika anda melalui antara 8 senarai yang dikatakan kontak rapat di bawah, jangan berlengah segera buat pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan negeri masing-masing.

Penjelasan lebih detail doktor kongsikan di bawah.

Baca sini : Isteri bila marah atau bebel, itulah kata jujur dari hatinya

Maksud KONTAK RAPAT Dan Ini Prosedur Perlu Dibuat

Wabak Covid-19 semakin parah.

IKLAN

Walaupun tinggal di zon kuning dan merah, masih ada yang tak faham apa maksud Kontak Rapat dan apa prosedur yang perlu dilakukan pada setiap generasi jangkitan.

Kontak rapat itu maksudnya ialah:

1) Ahli keluarga serumah atau ahli dari kumpulan kecil yang sama dengan pesakit positif Covid-19. (tidur/makan bersama)
2) Bersemuka lebih 15 minit dalam jarak kurang 1 meter (dalam ruang tertutup) dengan pengidap Covid-19.
3) Tidak bersemuka tapi berada bersama dalam bilik berpenghawa dingin tertutup lebih dari 2 jam.
4) Menaiki kenderaan yang sama dalam jarak 2 kerusi lebih dari 2 jam dengan pengidap Covid-19.
5) Tinggal serumah dan berkongsi peralatan rumah dengan kes Covid-19.
6) Staff kesihatan yang terdedah pada pesakit Covid-19 tanpa memakai peralatan PPE.
7) Bekerja bersama dengan staf kesihatan yang dijangkiti Covid-19.
8 ) Melawat atau berada dalam bilik tertutup bersama pesakit covid-19.

IKLAN

Bersalam Dengan Pesakit Covid-19 Tak Dikira KONTAK RAPAT, Hadamkan Maksud Betulnya

Biar Lebih Ramai Yang Tahu

Jika anda termasuk dalam kategori di atas ni, maknanya anda ialah kontak rapat.
Bersalam tangan dengan pesakit positif Covid-19 tak dikira kontak rapat. Tapi dikira sebagai “Casual contact”.

Kalian terus saja ke pusat saringan Covid-19 di negeri masing-masing sebab kontak rapat wajib disaring.

IKLAN

Perkara ni pun boleh kita kongsikan secara santai dengan anak-anak kita. Kita semua akan hidup lama bersama dengan virus ni.

Saya minta kawan-kawan tolong sebarkan info berguna ni pada orang lain. Biar lagi ramai orang yang tahu.

Sumber/Foto : Redza Zainol.

Yang juga berkongsi info kesihatan kanak-kanak secara percuma di wall Redza Zainol.
Sertai 34,000 sahabat di Channel Telegram saya. Saya berkongsi ilmu kesihatan kanak-kanak di sini https://t.me/NotaRedzaZainol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI