Berpisah semula dengan tiga anak, “Sedihnya, kamu kuat ya Vicha”. Pelakon dan pelawak, Vicha menerusi sebuah video yang dikongsi di akaun rasmi Instagramnya mencuri hati para pengikut.
Selepas beberapa minggu bersama anak-anak menyambut Syawal, akhirnya tiga anak perempuan menerusi perkahwinan terdahulu Aurel Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Calysta terpaksa pulang ke Indonesia.
Sebagai seorang ibu, sudah tentu Vicha berasa sangat sayu namun di sentisa berdoa agar ketiga-tiga anak perempuannya dapat tinggal bersama di Malaysia.
Pemilik nama sebenar Refika Novianti Faturohman itu turut mendapat simpati daripada para pengikutnya. Malah para selebriti dan warganet lain mendoakan agar Vicha terus kuat.
Vicha yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Johnson juga telah dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.
Selepas tiga anak perempuannya pulang, kini Vicha akui keadaan rumah yang biasanya bising kini sunyi.
“Baru jer beberapa jam lepas anak-anak balik Bandung tapi rumah dah rasa lain rasa sunyi sepi biasa bising dekat rumah.
“Sedih tadi tengok diaorng pergi tadinya x nak menangis nak try to be strong depan mereka tapi lepas tya peluk dan dia nangis terus x boleh stop.
“Sampai ke kereta balik pun still sampai x tengok kanan kiri pasti orang pelik tengok i bukan senang tau nak jauh dari anak apalagi lepas 2 tahun lebih x jumpa lepas tu jumpa x sampai sebulan dah kena tinggal balik.
“Doakan kami yaa supaya dapat sama2 balik dengan mereka amin yra ❤
“I Love u all my Kids,” kongsi Vicha.
Baca Sini : ‘Daddy’ Pemalu, Vicha Tunaikan Permintaan Peminat “Ada Yang Mesej (DM) Nak Tengok Suami”
Baca Sini : Pesanan Istimewa Vicha Buat Ibu Tunggal
Vicha Usaha Keras Kukuhkan Kewangan, Kehidupan Lebih Baik Untuk Anak-Anak
Mingguan Wanita: Semoga Vicha dan anak-anak disatukan semula.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Vicha
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Kisah inspirasi ibu tunggal dari Kak Engku