Sememangnya berpisah itu jalan terakhir isteri fikirkan, jadi suami jangan cipta alasan anak-anak untuk isteri stay dalam hubungan yang tidak boleh diselamatkan.
Sudah tentu telah pelbagai ujian yang isteri lalui dan akhirnya bersuara untuk berpisah. Keputusan yang amat berat tetapi demi anak-anak dia perlu lakukan yang terbaik.
Setelah tidak mampu bertahan, berpisahlah jalan yang terbaik. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Suami Jangan Cipta Alasan Anak Untuk Isteri Stay
“Fikirlah anak-anak, tak kasihan ke dekat mereka”
Bila si isteri mintak berpisah, suami akan suruh fikir anak-anak, ingat anak-anak, renung dan tatap muka anak-anak… Tidak ada salahnya untuk kita sebagai suami “mengingatkan” isteri macam itu…
Tapi, bila kita tak bagi nafkah, kita tidak pula hendak fikirkan anak-anak…
Bila kita bermaharajarela keluar masuk rumah ikut suka, kita tak pula fikirkan anak-anak…
Pabila kita sibuk dengan game, leka dengan handphone, kita tak fikir anak-anak…
Bila kita ada skandal, angau dengan orang ketiga, kita tak fikir anak-anak pula…
Dan bila kita layan ibu kepada anak-anak kita dengan endah tak endah, mesra tak mesra, ketika itu kita tak fikirkan anak-anak pun…
Kita buat apa yang kita mahu sebagai suami dengan tidak memikirkan tentang anak-anak…
Berpisah Itu Jalan Terakhir
Namun bila isteri sudah fikir apa yang terbaik untuk dirinya, apa jalan dan pilihan yang dia perlu buat untuk kebaikan dia, kita suruh dia fikirkan tentang anak-anak…
Ads
Kita gunakan alasan anak-nak hanya untuk buat isteri stay, bukan kita yang hendak berubah…
Malah kita gunakan alasan anak-anak hanya untuk buat isteri tak tinggalkan kita, bukan kita yang tinggalkan semua benda yang tak berfaedah dan perangai yang tak berguna dalam diri kita…
Inilah Yang Terbaik
Isteri sejak awal-awal lagi fikirkan tentang anak-anak dan atas asbab inilah, dia perlu untuk berpisah supaya dia boleh membesarkan anak-anak dengan persekitaran yang lebih baik dan positif…
Dia juga mahu dirinya juga secara mental, fizikal dan emosi dalam keadaan yang tidak tertekan dan terbeban untuk membimbing dan mendidik anak-anak…
Dia tak mahu anak-anak menjadi mangsa keadaan dek kerana hubungannya dengan pasangan berjalan tidak seperti yang dia mahukan… Kita orang lelaki tak fikirkan tentang semua ni…
Mingguan Wanita : Jika tidak tertekan, tidak mungkin isteri sanggup meminta cerai. Segalanya dilakukan setelah fikir yang terbaik untuk dirinya dan juga anak-anak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ada sesetengah wanita OK je buat semua benda sendiri atau dalam erti kata lain cuba berdikari sebab dah biasa dan mungkin disebabkan suami jauh mencari rezeki.
Namun beringat, hebat mana pun si dia dalam buat sesuatu… suami kena juga ambil berat dan ‘siram’ perhatian pada kaum isteri.
Jangan sampai ambil kesempatan sebab isteri mampu buat sendiri, nak tahu lebih jauh SOAL WANITA BERDIKARI, baca perkongsian Mat Nor Nawi ini…
Salah satu kesilapan besar kaum lelaki hari ini adalah membiarkan isteri melakukan banyak perkara sendiri. Memang memudahkan anda tapi untuk perhubungan ia membahaya. Ini pengakuan dari lelaki sendiri ya.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .
INI TANDA ISTERI INDEPENDENT
1. Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .
2. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds.
3. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan tv sendiri.
TAPI JANGAN RASA SELESA
Dan kamu suami tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak,its same. Sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat so apa guna ada kamu lagi? So, hati-hati…
True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life.
CARA MELAYAN ISTERI INDEPENDENT
But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai. Lepas nikah lagilah kena buat benda-benda ini.
Walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. At least ask her – How hectic was your day today? Did u sleep you well last night?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.
Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.
6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak
1. Amal Bacaan Ruqyah
Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)
2. Zikir Nama Allah
Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)
3.Selepas Dilahirkan
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan). Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..
4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah
Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.
5. Bacakan Doa Ketenangan
Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.
6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat
InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.
Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.
Mak ayah buatlah persediaan dari sekarang, sebelum kalut esok hari. Sebabnya esok dah bermula sesi persekolahan bagi anak-anak tahun 5 dan 6, tingkatan 1 hingga 4 dan tingkaran 6 semester 1.
Perkongsian Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Besar, Abdul Muiez Ruslee ini mudahkan mak ayah semak 8 senarai penting menjelang hari persekolahan.
Semak 8 Senarai Penting Sebelum Mula Sekolah Esok
Mak ayah sekalian. Esok sekolah sudah mula dibuka untuk murid-murid tahun 5 dan 6, tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dan tingkatan 6 semester 1.
Selepas hampir 4 bulan dicutikan, pasti banyak perkara yang perlu disiapkan. Bermula dengan emosi, sampailah kepada keperluan persekolahan.
Meh saya kongsikan, 8 perkara penting yang perlu mak ayah buat sebelum anak mula bersekolah esok.
1. Pastikan anak-anak tidur awal.
Anak-anak tahun 5 dan 6 saya kira masih okay lagi. Anak-anak tahun 1 sampai 4 yang kita risau. Biasa bangun lambat, nanti kena paksa bangun awal, mengamuk pula. Tak pasal-pasal mak ayah kena jadi tarzan pagi-pagi. Rasanya, mak ayah dah boleh latih mereka tidur dan bangun awal sebelum sekolah bermula 22 Julai nanti (tahun 1 sampai 4)
2. Pastikan segala buku teks, buku latihan dan alat tulis mencukupi.
Bila cikgu-cikgu kemas kelas, memang bersepah buku yang ditinggalkan. Tak semua sekolah, tapi memang ada. Yalah, PKP kan tiba-tiba saja berlaku. Jadi, mak ayah kena pastikanlah semua buku ada. Kalau tak, masaklah nak membayar akhir tahun nanti kalau buku teks hilang.
3. Pakaian anak-anak macam mana?
Semalam saya terpaksa beli seluar anak. Budak umur 12 tahun, cepat betul tingginya. Kalau ikut saya, setakat senteng okay lagi. Tapi kalau cawatnya dah ketat, tak selesa pula. Masa saya di kedai semalam, ramai mak ayah yang beli baju baru. Antara sebabnya dah tak muat. Alah, tak payah berkiralah nak beli seluar baru walaupun sekolah pun tak lama lagi. Kita yang masa PKP pun baju seluar dah tak muat. Kan kan kan? Ya lah. Kalian tak, saya sorang saja.
4. Untuk makluman mak ayah. Sekolah sekarang dah had kan pergerakan ke kantin.
Kalau nak beli pun, kena wakil saja. Ada sekolah yang buat COD sampai ke kelas. Jadi, nak memastikan anak-anak terus berada di tempat duduknya, mak ayah bolehlah sediakan bekal. Ya betul, kita pun terkejar-kejar pagi-pagi. Tapi, itulah SOP yang perlu diikut. Saya lihat, cara terbaik ialah mak ayah sediakan bekal saja. Ni hanya cadangan. Kalau tak boleh, tak apa. Bagi duit, nanti ikutlah apa arahan pihak sekolah.
5. Berdasarkan pengalaman saya di sekolah menengah yang dah mula bersekolah sekitar 4 minggu ni, jalan di hadapan akan lebih sesak bermula esok.
Jadi, nak elakkan kesesakan, mak ayah bagilah duit siap-siap di rumah. Nak peluk cium atau baca doa pun buat di rumah. Bila sampai saja depan sekolah, turunkan anak dan terus jalan. Tak adalah jalan sesak.
6. Pastikan anak-anak sihat sebelum ke sekolah.
Kalau anak rasa nak demam, sakit perut, sakit gigi, tak perlu hantar. Sebab, kalau murid-murid sakit, banyak benda nak kena uruskan. Macam-macam SOP kena ikut. Kena hantar ke bilik isolasilah, apa lah, macam-macam lagi. Jadi, kalau anak rasa tak sihat, terus tak payah datang sekolah. Oh ya, pelitup muka dan sanitizer, kalau ada bawalah. Memang tak wajib. Tapi digalakkan.
7. Alert dengan waktu persekolahan.
Ada sekolah yang terpaksa panjangkan masa atas sebab-sebab tertentu. Balik lambat. Kalau petang, ada yang masuk lambat. Jadi, rajin-rajinlah bertanya dalam group WhatsApp. Oh ya, kalau anak sekolah petang, mohon sediakan sejadah kecil kalau mereka perlu solat di sekolah. Terutamanya solat zuhur.
8. Pastikan juga anak-anak kita bersedia untuk ke sekolah.
Bayangkan, kalau sebelum ni tidur jam 12, sekarang kena tidur awal. Kalau sebelum ni lepas subuh boleh sambung tidur, sekarang dah tak boleh. Kalau sebelum ni menghadap telefon 24 jam, sekarang dah kena tukar habit. Mak ayah, setkan awal-awal kepada anak yang mereka perlu ke sekolah. Cakaplah elok-elok supaya mereka dapat bersedia.
Saya rasa cukuplah 8 poin yang saya kongsikan. Nanti banyak-banyak, pening pula mak ayah nak kena ingat. Walaupun sekarang ini kes Covid-19 dah semakin berkurangan di Malaysia, kita tetap perlu berhati-hati. Kena ikut SOP yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan KPM. Cuma, mak ayah janganlah sampai paranoid. Sekolah dah buat yang terbaik, tugas mak ayahlah yang kena selalu nasihatkan anak-anak. Semoga anak-anak kita terpelihara daripada kes-kes yang tidak kita ingini. InsyaAllah.
Jangan lupa share kalau bermanfaat. Klik butang follow juga ya. Terima kasih kerana sudi baca. Oh ya, kalau boleh, subscribe sekali Chanel YouTube saya, Abdul Muiez Ruslee.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee*Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.