Budaya merajakan suami ini bukanlah benda baru. Malah masih ada lagi ibu-ibu yang mana anak perempuannya baru bergelar isteri, dipesan supaya jangan susahkan suami sebaliknya jika mampu, buatlah ke semua kerja rumah sendirian tanpa melibatkan suami. Alasannya tak manis pula bila si suami tu disuruh-suruh dan diarah-arah isteri. Nanti dikatanya suami ikut telunjuk kata isteri.

Sebaliknya kalau kita ikuti kisah-kisah Rasulullah S.A.W menyantuni isteri-isterinya lain pula kisahnya. Baginda suami yang ringan tulang, tak lokek menyumbang tenaga membantu isteri dan menjahit sendiri pakaiannya yang koyak. Jika masakan si isteri kurang sempurna,penuh berkias Rasulullah S.A.W sampaikan supaya isteri tidak terasa kerana faham penat lelah si isteri yang memasak. Begitulah tingginya akhlak Rasulullah sebagai seorang suami.

Menurut perkongsian saudara Mohd Fhais apa yang diulas ini adalah benar. Sebenarnya untuk mendidik lelaki yang budiman haruslah bermula sedari mereka kecil. Apabila mereka terbiasa melihat tiada layanan istimewa melibatkan gender sepanjang mereka dibesarkan, Insyallah satu hari nanti mereka bakal menjadi suami, bapa dan juga anak lelaki yang membahagiakan orang tuanya, isterinya dan juga anak-anaknya.


Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa

Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.

Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.

Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!

Ads

Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.

Berpada-Padalah Merajakan Suami, Mula-Mula Memang Sweet, Lama-lama Makan Hati

Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.

Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.

Ads

Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.

Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.

Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!

Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.

Ads

Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.

Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.

Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.

Wallahu A’lam,

Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI