Bulan ini, syarikat pembinaan dan rekabentuk IDW Design & Build melakar kejayaan peribadi meraikan ulangtahun ke-14 penubuhannya. Biar pun sejarah permulaan, syarikat yang dibangunkan pasangan ID suami isteri, IDr Hj. Lokman Hakim Ahmad dan IDr Hjh. Rabiatul Adawiyah Rasol ini melalui titik permulaan yang sukar.
Akhirnya berkat kesungguhan dan semangat tak kenal erti mengalah, pasangan pereka ini berjaya membuktikan tiada yang mustahil untuk mencapai impian.
Sewaktu memulakan kerjaya, pasangan suami isteri ini baru berusia 21 tahun. Bayangkan dalam usia semuda itu sudah diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah projek rumah banglo bernilai RM1.1 juta.
Sehinggakan ketika perlu menjayakan projek pertama untuk rekaan dalaman kediaman berkenaan mereka terpaksa bermula tanpa pejabat. Tidak mahu terhalang dek infrastruktur yang terhad, mereka membangunkan idea dan lakaran sketch dan 3D Design dari sebuah stesen minyak.
Dan ruang kerja yang kecil itu tidak mematahkan semangat. Malah, rela bekerja di stesen minyak sehingga 3 pagi. Sejak itu, pasangan suami isteri ini mula meyimpan impian. Mereka menyewa di lot-lot bangunan. Berkat usaha yang kental, kini IDW berkembang ke tiga lot bangunan milikan sendiri yang terletak di Shah Alam.
Mengenangkan sejarah perjalanan syarikat yang sukar itu, terbit niat di hati pasangan pereka ini untuk berbagi rezeki. Ini kerana, mereka tahu sesiapa pun pasti menyimpan impian mahu miliki sebuah design rumah yang indah.
Namun, dengan kekangan kewangan impian sebegitu cuma mampu dipendamkan. Mereka juga pernah lalui kesusahan sebegitu. Dan tentunya sempena ulangtahun ke-14 IDW mahu memberi kembali kepakaran design ‘makeover’ rumah yang mereka ada kepada 10 orang individu bertuah.
Hasrat ini sebagai tanda syukur dan berterima kasih di atas kejayaan yang mereka lakar selama ini.
Pasangan pengasas IDW Design & Build ini bukanlah calang-calang orangnya. Mereka pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah dalam bidang Interior Design (ID) di UiTM, Shah Alam.
Dengan kepakaran yang dimiliki, mereka mengendalikan projek-projek mega hiasan dalaman di International College, resort, pejabat, restoran, kae dan juga rumah-rumah mewah.
Lakaran kejayaan inilah melayakkan mereka diundang oleh syarikat penyiaran, Astro sebagai ID selebriti menerusi 3 rancangan ID 929 episod) pada tahun 2018, 2019 dan 2020 melalui program Sunnah Home, Impiana dan Our First Kitchen.
Semakin tinggi kejayaan seseorang, tidak bermakna perlu untuk mendabik dada. Sesekali perlu juga kembali memberi kepada masyarakat setempat.
Bagi anda yang mahu dan berimpian miliki design rumah idaman, mengapa tidak mengambil peluang yang ada ini.
Jika mahu menempah perkhidmatan seumpama ini saja pun sudah berapa modal perlu dikeluarkan. Jika tiada puluhan ribu belum tentu impian terlaksana.
Sempena Annivesary ke-14 , IDW mencari 10 orang bertuah untuk tujuan design ‘make over’ yang kebiasaannya bernilai puluhan ribu malah hingga ke ratusan ribu secara PERCUMA. Baiknya pasangan suami isteri ini.
Agar anda memahami apakah yang menariknya tentang peluang ini, silalah layari www.idw.design dan Instagram https://www.instagram.com/idw.design/
Jika tidak mahu terlepas slot, anda boleh tempah melalui website IDW dan klik Get Consultation : https://idw.design/get-consultation/ untuk membuat tempahan.