Berlatih Di Garaj Kereta, Hidilyn Diaz Tamatkan 97 Tahun Kemarau Pingat EMAS Pertama Filipina!

Share

Acara sukan penuh berprestij OLIMPIK baru sahaja membuka tirainya di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Nama yang mencuri perhatian pastinya bintang angkat berat, Hidilyn Diaz yang berjaya meraih pingat emas pertama untuk Filipina sekaligus menamatkan penantian selama 97 tahun untuk mendapat pingat tersebut.

Lebih menarik, Diaz sempat merakamkan ucapan penghargaannya buat Malaysia sekaligus berterima kasih kepada pihak yang membantu dirinya dan pasukannya memberi tempat tinggal di perkampungan Jasin Melaka, sekaligus membenarkannya menjalani latihan di garaj kereta.

Mahu Jamah Makanan Manis

Berkongsi perasaanya, Hidilyn Diaz mahu melupakan pengorbanan selama bertahun-tahun yang membantunya meraih emas Olimpik pertama Filipina dengan memuaskan nafsunya menjamah makanan manis, kuih keju dan minuman kegemarannya.

“Ya saya akan makan banyak selepas ini,” katanya kepada AFP selepas melakukan angkatan terakhir 127 kilogram (kg) untuk mengatasi pemegang rekod dunia dari China, Liao Qiuyun dalam kelas 55kg wanita sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama untuk Filipina selepas menyertai temasya sukan terbesar dunia itu selama 97 tahun.

Diaz yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Filipina sememangnya sudah menjadi tumpuan selepas memenangi pingat perak di Rio lima tahun lalu sekali gus memecahkan kemarau pingat 20 tahun untuk Filipina.

Dia bersemangat untuk menukar warna perak kepada emas di Tokyo dengan melantik jurulatih berkaliber dari China, Gao Kaiwen dua bulan sebelum meraih emas pertamanya dalam acara angkat berat di Sukan Asia Jakarta 2018 dan di Sukan Sea di tanah airnya pada Disember 2019.

Berlatih Di Malaysia

Diaz datang berlatih di Malaysia pada Februari 2020 kerana jurulatihnya berpendapat ia lebih baik untuk dirinya jika mahu memberi tumpuan untuk layak ke Tokyo.

Tetapi dalam beberapa minggu, berlaku sekatan pergerakan akibat Covid-19 yang menyebabkan Diaz berhadapan situasi di mana gimnasium ditutup, tidak ada akses kepada peralatan angkat berat dan tidak pasti sama ada sukan itu dipertandingkan atau tidak.

Selama berbulan-bulan Diaz dan pasukannya dikenali sebagai ‘Team HD’ terperangkap di sebuah blok pangsapuri di ibu kota Kuala Lumpur di mana mereka harus berhati-hati agar tidak memecahkan lantai berjubin ketika berlatih dengan angkat berat.

Jalani Latihan Di Garaj Kereta

Pada Oktober tahun lalu, Diaz dan pasukannya berpindah ke kawasan perkampungan di Jasin, Melaka di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

Dia mula menggunakan gimnasium berhampiran tetapi sekatan pergerakan diperketatkan semula sekali gus memaksanya untuk menjalani latihan di tempat letak kereta di rumah berkenaan dengan cabaran cuaca panas.

Kini segala pengorbanannya membuahkan hasil dan dia akan disambut sebagai wira apabila pulang ke Filipina.

“Saya tidak tahu jika saya adalah hero kebangsaan. Tapi saya berterima kasih kepada Tuhan yang memberi kesempatan kepada saya untuk memberikan inspirasi kepada generasi muda dan semua rakyat Filipina untuk terus berjuang ketika pandemik,” katanya.

Ganjaran Lumayan

Terkini, menurut pelbagai sumber Pemenang EMAS Olimpik pertama untuk Filipina ini, Hidilyn Diaz telah dijanjikan pelbagai habuan lumayan oleh pihak kerajaan Filipina dan syarikat swasta. Antaranya bakal mendapat ‘Insentif Tunai’ Peso33 million (RM2.77juta). Kerajaan Filipina akan memberikan Peso10 million (RM840 ribu), manakala Syarikat Perumahan terkenal Filipina, Megaworld Corp pula akan menghadiahkan Kondominium Mewah bernilai Peso14 million (RM1.17juta), 3 Rumah dan Lot Tanah (2 Rumah Lot & 1 Condominium), kenderaan mewah dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja dilaporkan Syarikat Phoenix Petroleum pula akan hadiahkan Peso5 million (RM419 ribu) dan percuma minyak SEUMUR HIDUP. Manakala Air Asia Filipina pula bakal hadiahkan UNLIMITED FLIGHTS SEUMUR HIDUP kepada beliau.

Terdahulu, ini adalah EMAS pertama Filipina semenjak penyertaan mereka 97 tahun lepas di Olimpik Paris 1924. Sehingga ketika ini Filipina telah berjaya kumpul 1 EMAS, 3 PERAK dan 7 GANGSA sepanjang 97 tahun menyertai Olimpik.

Baca Lagi Di Sini :
8 Kali Layak Bertanding, OLIMPIK Tokyo Pentas Terakhir Oksana Chusovitina, Gimnas Usia 46 Tahun!

Mingguan Wanita : Wah, rezeki betul dengan pelbagai ganjaran yang bakal diperolehi. Tahniah sekali lagi buat bintang angkat berat Hidilyn Diaz yang berjaya meraih pingat emas pertama untuk Filipina, sekaligus menamatkan kemarau penantian selama 97 tahun menyertai Olimpik.

Sumber : Hmetro

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah.(https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab