Apabila berlaku perubahan tingkah laku dan fizikal, ti tandanya anak mak ayah alami kelesuan pandemic. Kelesuan pandemik bukan hanya dialami oleh golongan dewasa, malahan anak-anak juga tidak terkecuali.
Jika anak mak ayah mulai berubah laku, hilang minat ketika kelas online dan beberapa lagi di luar kebiasaan mak ayah harus lakukan sesuatu untuk mengatasi isu ini.
Berlaku Perubahan Tingkah Laku & Fizikal
Ikuti perkongsian Dr Nizam Zakaria ini :
Soalan: Anak saya dah mula tunjuk tanda tertekan akibat pandemik yang tak berkesudahan. Dia mula tunjuk perasaan bosan, tak nak terlibat dengan aktiviti belajar dan makin mudah memberontak. Apa yang saya boleh lakukan?
Jawapan:
15 tips bantu anak hadapi kelesuan pandemik.
Kelesuan pandemik adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, perasaan terkongkong, bosan dengan rutin yang sama, terputus hubungan dengan rakan dan ketidak tentuan masa hadapan adalah antara penyumbang kenapa kelesuan pandemik berlaku.
Antara tanda kelesuan pandemik ialah apabila emosi seseorang mula terganggu sama ada dalam bentuk kesedihan, hilang minat, keresahan datau marah. Bagi kanak-kanak dan remaja, kelesuan pandemik ini ditunjukkan dengan perubahan tingkah laku dan fizikal.
Contohnya anak sukar fokus, tidak beri perhatian dalam kelas secara maya, tak mahu bermain, mudah bergaduh dengan adik-beradik, banyak menyendiri dan kurang berinteraksi. Ada juga yang mengadu gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala, sakit perut dan mudah letih.
Itu Tandanya Anak Alami Kelesuan Pandemik
Bagaimana kita boleh membantu.
1. Kawal emosi kita sendiri sebagai dewasa. Dekati anak dan ambil masa untuk berbual tentang emosi dan fikiran mereka. Sebagai contoh sepuluh minit sebelum tidur. (bonding)
2. Normalisasi emosi mereka – fahamkan mereka apa yang mereka rasa adalah real, ‘it’s okay to feel bored, sad or angry sometimes’ (validate)
Ads
3. Kongsikan pengalaman kita sendiri sebagai seorang dewasa dan bagaimana kita hadapinya. (share and model)
4. Jika anak sudah besar dan matang dalam perbualan, boleh berbincang dengan mereka apa cadangan mereka (problem-solving)
5. Teroka aktiviti bersama, tak kira kecil atau besar, pilih satu atau dua aktiviti – contoh bina rak mainan, masak kek cawan, tanam pokok.
Rancang & Laksanakan Aktiviti Bersama
6. Rancang dan laksanakan aktiviti bersama, mulakan dan raikan, tunjukkan pada anak kita meraikan pencapaian mereka.
7. Pastikan rutin tidur, makan dan bermain mereka tersusun dengan baik.
8. Pastikan ada rehat sekurang-kuranya 20 minit bagi setiap jam screen-time.
9. Bagi anak berhubung dengan rakan, group video call, online movie time.
10. Tetapkan jangkaan yang realistik bagi anak, nyatakan jangkaan anak dan benarkan fleksibiliti mengikut kemampuan dan keadaan.
Ads
11. Bergurau, berjenaka dan ketawa bersama – keseronokan adalah ubat.
Biarkan Anak Merasa Bosan
12. Biarkan anak merasa bosan dan meneroka jalan mengatasi kebosanan mereka. Jangan tolong fikirkan semua aktiviti bagi pihak mereka. Rangsang kreativiti mereka.
13. Benarkan rumah untuk bersepah pada waktu-waktu tertentu dengan aktiviti mereka. Jangan terlalu rigid. Gunakan peluang itu untuk didik mereka bagaimana nak menyelesaikan aktiviti dengan baik.
14. Jangan beremosi ketika menghukum. Emosi yang negatif dari anak – seperti rasa tidak dihargai akan menyebabkan semua tips di atas susah nak dilaksanakan.
15. Sebagai ibubapa – share tanggungjawab. Jangan biarkan isteri/suami sahaja yang cuba atasi isu ini. Ambil peranan bersama.
Mingguan Wanita : Ketika ini, bukan sahaja mak ayah yag struggle untuk teruskan hidup, anak-anak juga antara yang terkesan pabila segala kebebasan diragut. Oleh itu, mak ayah perlu saling memahami keperluan anak-anak ketika ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ada ibu dikurniakan anak perempuan kesemuanya dan ada yang berezeki dikurniakan anak kesemuanya lelaki. Waima apa pun kurniaan Yang Esa, bersyukur dikurniatkan zuriat penyejuk hati. Tapi bila bab nak uruskan kerja rumah tu, jangan jadikan gender sebagai alasan ye dalam melatih anak-anak ini membiasakan diri dengan kerja rumah.
Cuti PKP ni masa terbaik untuk kita latih bukan sahaja anak perempuan, malah libatkan anak lelaki juga dalam urusan menyempurnakan kerja-kerja rumah. Jangan pula asyik ulang alasan yang sama, alahhh, dia kecik lagi…cuti-cuti ni biarlah dia rehat-rehat dan bangun tidur lewat. Jangan ya…diulang jangan membiasakan dan terperangkap dengan alasan umur mereka masih kecil.
Pernah dengar pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya, yang mana maksudnya mendidik anak-anak biarlah sejak dari mereka kecil. Jangan pula esok-esok dah berumah tangga, serba satu kerja rumah tangga pun tak tahu langsung. Waktu tu baru nak ajar, silap-silap kita pula dilawannya nanti. Berikut adalah ‘task’ atau kerja rumah yang kita boleh suruh mereka lakukan *terutamanya anak lelaki seawal usia mereka dua tahun.
Sama ada anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya wajib dididik kerja-kerja rumah sejak kecil lagi
Sebagai ibu bapa anda haruslah bijak memainkan peranan anda. Layan anak anda sebaiknya tanpa berat sebelah. Sebaiknya anak lelaki atau perempuan, tak ada yang terkecuali dari buat kerja rumah.
Jangan jadikan budaya membesarkan anak bak raja sebagai budaya berterusan. Didiklah anak anda terutama anak lelaki, sikap lelaki budiman. Biasakan dia dengan tugasan rumah, baru dia mengerti lelahnya kerja rumah ini dan akan jadi lebih ringan apabila adanya bantuan daripada orang lain. Hal ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk kemahiran hidup mereka satu hari nanti juga.
Mungkin satu masa nanti mereka akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, universiti, alam pekerjaan dan juga melangkah ke alam rumah tangga. Isteri juga perlu mainkan peranan untuk tidak merajakan suami tapi menghormati suami sebagai ketua keluarga.
Terkadang, ada juga suami yang lahir dikalangan keluarga yang tidak memberikan pendedahan berkaitan urusan rumahtangga, Kerana menganggap urusan rumah tangga urusan mutlak perempuan dan juga isteri semata. Kerjasama amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Jangan biasakan merajakan suami, kerana apabila dibimbangi suami hilang rasa empati untuk membantu isteri.
Didiklah anak kita seiring dengan usia mereka. Walaupun sebagai ibu bapa menggangap tugas anak perempuan di dapur tapi apa salahnya kalau ilmu menguruskan rumah dikongsikan juga untuk anak lelaki. Supaya ini membawa manfaat kepada semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak tanya pasangan pun malas? Allah… kalau terus dengan sikap ini, macam mana nak baiki hubungan suami isteri?
Ya, masih ramai yang anggap pasangan dah selesa dengan keadaan sekarang tetapi hakikatnya ada suami isteri makan hati dalam diam.
Contoh mudah ada dalam perkongsian saudara Akhtar Syamir kali ini, cubalah ajar diri tanya pasangan apa yang patut dibaiki dalam hubungan. Atau mungkin tanya dari sudut hati yang paling dalam.
Cuba Tanya Pasangan
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Tak Semua Mampu Meluah
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?” “Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Salah Seorang Kena Mulakan Dulu
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada setengah mak ayah yang tak asingkan tempat tidur dengan anak kecilnya. Sebaliknya mak ayah atau mak saja tidur sekatil dengan anak. Bahaya sebenarnya pilihan amalan sebegini ya mak ayah.
Ini yang Prof Madya Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip(Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terang mengenai mak yang trauma untuk mengasingkan tempat tidur dengan anak.
Amalan Mak Tidur Sekatil Dengan Anak, Buat Langkah Keselamatan Ini
Pertama : Letak Katil Bayi Bersebelahan Mak
Sekiranya mak bimbang keselamatan anak tidur berasingan dengannya, mak boleh letakkan katil bayi bersebelahan atau berdekatan dengan katil mak. Letak rapat, jadi mak boleh tengok anak kecilnya dengan lebih kerap.
Kedua : Jangan Sesekali Tidur Bersama Bayi Atas Sofa
Ini paling bahaya sekali. Ruang sofa tidaklah besar mana, risiko nak tertindih anak bila mana ibu tak sedar ‘tidur mati’ amatlah tinggi. Sebaiknya ibu bentang saja tilam nipis atau toto atas lantai. Dan ibu boleh letakkan anak di atasnya. Jarakkan sedikit kedudukan anda dengan anak untuk elakkan kejadian luar sedar anda.
Ketiga : Pastikan Tiada Aksesori Dalam Katil Bayi
Bantal jenis tebal atau permainan bayi tak perlu dimasukkan sekali dalam katil bayi anda. Bimbang, tertimpa atas bayi ketika anda tak sedar atau tertidur. Sebaiknya biarkan saja tilam yang empuk dan bantal nipis untuk keselamatan bayi anda.
Keempat : Letak Bantal Di Antara Mak Dan Bayi Pun Tak Selamat
Jangan ingat, dengan meletakkan bantal sebagai penghalang anda mencederakan anak sendiri adalah langkah selamat. Ia masih mengundang risiko dan berbahaya.
Sedutan Perbincangan Topik ‘Ibu Trauma Asingkan Tempat Tidur Anak’ Dalam Mingguan Wanita Talk Show, 20 September 2018
Sumber/Foto : Prof Madya Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip (Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), petikan dari MW Talk Show Mingguan Wanita, 20 September 2018
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...