Berkorban demi menjaga abang OKU, begitulah hebatnya pengorbanan seorang adik buat abang kandung tersayang.
Menyedari abangnya merupakan orang kelaianan upaya (OKU) pemilik nama sebenar Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali dengan Siti Jamumall, 23 sanggup meringankan bebanan abangnya dengan menjaga sewaktu abangnya pergi ke Jepun.
Pengorbanan dirinya sebagai seorang adik dirasakan sangat berbaloi apatah lagi bila melihat kesungguhan abangnya yang tetap bekerja keras untuk menyara dan membantu keluarga walaupun diri serba kekurangan.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Diri wanita ini berasa sangat bertanggungjawab untuk menjaga abangnya yang ketika itu tidak boleh menulis atau mengangkat tangan.
“Abang saya tak boleh menulis dan nak angkat tangan pun tak boleh. Jadi kena ada orang yang bantu tengokkan dia dalam kelas.
“Saya berkorban untuk jaga abang bila dia pergi ke Jepun. Pada hari itu juga tarikh di mana lahirnya perniagaan yang saya bina hingga hari ini,” itulah ungkapan Siti Jamumall yang begitu menyayangi abangnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 33.
Dek kerana berkat pengorbanan itu juga, wanita ini juga kini menjadi antara usahawan muda berjaya.
“Pada 2016, saya dah mula ikut abang untuk pergi ke program belajar mengenai bisnes. Jadi, waktu itu saya melihat sendiri bagaimana abang seorang OKU tapi tetap bekerja keras untuk menyara dan membantu keluarga.
“Melihatkan perjalanan bisnes itu, saya mula memasang niat nak tolong abang untuk meringankan bebannya.
“Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpaksa terbang ke Tokyo, Jepun untuk mengikut abang.
“Waktu itu dia tak pernah paksa saya untuk pergi cuma saya sendiri yang nekad sebab saya tahu kalau bukan saya yang bantu abang di sana, siapa lagi.
“Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kegemilangan saya juga di mana selepas mendapat Lamborghini daripada Mommyhana dan sekarang ini dapat juga saya memiliki rumah pertama dengan harga mencecah RM1 juta.
“Saya boleh cakap, pelajaran itu bukanlah tak penting tapi kena tahu sebab saya tak ambil SPM dan putuskan untuk sambung belajar dalam bidang bisnes dengan saya punya mentor,” ungkapnya.
Berkongsi lanjut mengenai perjalanan bersama abangnya, Siti berkata syarikat abangnya pernah berhutang hampir RM1 juta.
“Orang nampak abang macam hebat tapi mereka tak tahu di sebalik membuat bisnes tanpa ilmu sangat susah.
“Hampir RM1 juta hutang syarikat yang perlu ditanggung dengan abang yang tidak bergaji hampir enam bulan.
“Saya kasihan dan dalam hati niat cuma satu saja, saya nak tolong abang dan kalau boleh untuk bantu keluarga juga.
“Niat saya ikhlas sebab saya berpegang kepada prinsip diri. Bila balik kami tak mampu nak buat iklan berbayar, kami buatlah ‘live’ sebab percuma.
“Saya buat setiap hari secara konsisten dan alhamdulillah masuk tiga bulan dapat bina nama dan dah ada jualan. Jadi, dari situ dapat selesaikan segala hutang.
Baca Disini : Ibu OKU Fizikal, Tak Boleh Jalan Laju ’Humairah Tetap Tunggu Ummi’
Ramai Tak Tahu, Mak Ayah Ada Anak OKU Boleh Mohon Roadtax PERCUMA!
“Kalau minat bisnes buat betul-betul dan jangan putus asa. Dalam bisnes pasti ada cabaran tapi kena percaya bila ikhlas dan niat itu baik Tuhan akan tolong.
“Saya tak pernah mimpi dan jangka pada usia 23 tahun boleh dapat semua ini. Saya percaya bila usaha dan buat sampai dapat tak akan pernah sia-sia,” sambungnya yang baru saja melancarkan produk terbaharu di bawah jenama Whitekish O2 Bubble.
Mingguan Wanita : Allahu rupanya banyak ranjau dan duri yang dilalui oleh wanita ini sebelum berjaya. Kental sungguh hatinya!
Sumber Foto : Ihsan Siti Jamumall & Instagram Siti Jamumall
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery