Berkawan Dengan SEMUA Orang Biarlah Seikhlas Hati, Bukan Atas Kepentingan SENDIRI

Share
Sebenarnya berkawan dengan semua orang biarlah ikhlas, jamgan pula berkawan atas kepentingan sendiri. Masa senang dan bahagia, dialah sahabat hingga ke syurga. Namun apabila kawan dilanda masalah, mak, ayah mula menjauh diri.
Tidak dinafikan dalam hidup sukar mendapat kawan yang sejati, oleh itu berbuat baik dengan semua orang. Lama-lama mungkin ada sahabat yang sudi berkawan dengan mak,ayah hingga bila-bila. Paling penting ikhlaslah berkawan dan jadi diri sendiri.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda ini dan hadam baik-baik iya.
Jangan iri dengan kehidupan orang lain.
Dalam dunia ini bukan senang untuk kita memuaskan hati semua orang. Walaupun kita rasa kita dah lakukan yang terbaik buat mereka namun itu belum cukup memberi kepuasan kepada semua.
Untuk info menarik, klik saja di sini.
Malah silap kita yang sedikit itu, diungkit-ungkit entah berapa keturunan pun tak tahu.
Jika kita tidak suka dengan perangai seseorang itu, tidak perlu kita mengumpul geng untuk membenci sama kerana setiap kita mempunyai kelemahan masing-masing.

Berkawan Seikhlas Hati Bukan Kerana Kepentingan

Kalau perangai buruk orang itu kita tidak suka makanya jangan marah jika ada perangai buruk kita juga membuatkan orang lain membenci kita.
Berkawanlah dengan semua orang seikhlas hati. Jangan berkawan semata-mata untuk kepentingan sendiri. Bila dah dapat apa yang kita mahukan terus kita campak kawan kita itu seperti sampah. Lebih teruk lagi, jika ada yang suka memilih-milih orang untuk berkawan.
Hidup kita juga tak perlu iri hati dengan kehidupan orang lain. Mungkin luarannya kita nampak mereka ‘happy’ hakikatnya jauh di dalam kehidupan sebenar mereka ada air mata yang sentiasa mengalir tanpa kita ketahui.

Berkawanlah Seikhlas Hati

Jadi jangan cepat menilai melalui luaran sahaja.
Hidup kita pun jangan jadi batu api. Mereka-reka cerita untuk memporak-perandakan orang lain. Iri hati melihat keakraban kawan-kawan yang lain bimbang tidak ada kawan yang tak mahu berkawan dengan kita, lalunya melaga-lagakan mereka dengan perkara yang bukan-bukan.
Hidup kita juga jangan takut melihat orang lain lagi lebih daripada kita, berdoalah semoga Allah memberi kita rezeki seperti mereka. Walaupun tak sehebat mereka namun sangat manfaat kepada kita dan ikut kemampuan kita juga.
Jika kita suka bandingkan hidup orang lain yang lagi hebat dengan kehidupan kita yang biasa-biasa sahaja. Ini akan membuat perasaan kita menjadi sakit dan mula timbul bibit-bibit iri hati yang boleh merosakkan ukhuwah dan kehidupan kita kelak.
Belajarlah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kepada kita. Allah bagi kepada kita semua adalah adil mungkin cara pembahagian itu kita rasa macam tak cukup namun percayalah apa yang Allah dah bagi pada kita itu adalah di atas kemampuan kita.
Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur, ikhlas, redha dan dijauhkan dari perasaan iri hati, dengki dan tamak dalam kehidupan kita. Kerana semua itu akan merosakkan jiwa dan hati kita. Malah membuatkan hidup kita tidak tenang dan tenteram.
MW: Hargailah sahabat yang baik. Jangan pula mengambil kesempatan di atas sahabat yang baik hingga sanggup memutuskan persahabatan. Selalu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dan jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Sumber: Cikgu Nurul Haslinda
Published by
Syazwani Mehat