‘Berkawan’ Dengan Pasangan Orang Jangan Lebih-Lebih, Ada Had & Batasnya!

Share

Tak dinafikan setiap orang mesti ada kawan baik tak kiralah lelaki atau perempuan. Berkongsi susah senang. Tapi bila dah ada pasangan, jangan lebih-lebih. Sebabnya dia dah ada pasangan lain.

Walaupun kita kenal kawan baik itu sejak kecil atau zaman sekolah, janganlah lebih-lebih bila dia sudah ada pasangan. Bimbang boleh menimbulkan fitnah dan juga cemburu, malah takutnya ‘lain jadinya’.

Begitu juga bila ada kawan di pejabat atau tempat kerja. Tak salah pun nak berkawan, masa rehat makan bersama tapi janganlah berlebih-lebih. Itu pasangan orang dan hormatilah seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Itu ‘LAKI ORANG’, Jangan Diusik & Tagih Perhatian, Dia MENARIK Sebab Isterinya Jaga!

Suami ORANG Nampak Stabil Sebab Banyak BEBANAN DiTanggung Bersama ISTERI, Maka Jangan Ganggu

Jangan Lebih-lebih Dengan Pasangan Orang

“Berkawan” dengan pasangan orang ni, tak boleh mesej dia tengah-tengah malam dan tak perlulah guna emoji atau ayat yang mesra-mesra.

Paling penting, jangan dan tak boleh nak buat manja atau mengada-ngada. Sebab dia itu pasangan orang.

Itu adalah adab dan tatacara yang sebaiknya, seandainya perlu berkawan dengan pasangan orang, kenalah hormat hubungan sedia ada dia, komitmen dia, tanggungjawab dan kewajipan dia.

Jangan sesekali mengharapkan dia mendengar masalah kita sebab dia tak boleh dengar masalah kita dan dia hanya boleh dengar masalah pasangan dia sendiri.

Selain itu, kena ingat, dia tak boleh nak sentiasa layan kita sebab dia hanya boleh layan pasangan dia sendiri.

Jangan Berharap Sangat

Jangan harapkan dan dia tak wajib untuk utamakan kita atau dahulukan kita dalam kehidupan seharian dia sebab dia wajib utamakan dan dahulukan pasangan dia sendiri.

Bila berkawan dengan pasangan orang, jangan jadi attention seeker, itu adalah tak bermoral perbuatan ni dan bila berkawan dengan pasangan orang, jangan keluar berdua. Maksiat perbuatan ni.

Ada had dan ada batas antara jantina berlainan. Jangan suka-suka redah sehingga lupa dia itu pasangan orang.

Kawan atas dasar kerja, kawanlah tapi jangan lebih-lebih, Tak kiralah kawan atas dasar tadika kemas sekalipun, tak salah untuk berkawan.

Tapi ingat, dalam benak hati, dia itu pasangan orang dan bukannya pasangan sendiri.

Mingguan Wanita : Kalau tak ada orang yang meulakan dulu, perkara ini tidak akan berpanjangan. Cuma harapnya, jangan terus melayan takut nanti tak terlayan.

Sumber: Firdaus Shakirin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora