Berkawan baik dengan madu, Adira akui suami memainkan peranan penting serta perlu adil. Terlalu banyak cerita-cerita negetif mengenai kehidupan bermadu terutama melibatkan golongan selebriti.
Tidak semua isteri boleh menerima hakikat bermadu dan tak hairanlah, ia memberikan persepsi buruk tanpa menyedari ada pasangan hidup bahagia dengan kehidupan bermadu mereka.
Seorang darinya ialah penyanyi Adira Suhaimi yang baru ini tular kerana mempunyai hubungan akrab dengan madunya.
Memetik laporan Kosmo Online, penyanyi Adira Suhaimi mengakui sikap tolak ansur dan saling menghormati penting dalam menjaga hubungan baik dengan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nekad Batalkan Pernikahan, Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu & Jadi Perampas Suami Orang
Tiga Tahun Nurul Ikhlas Bermadu, JANJI Akan Jaga AMANAH Anak-anak, Suami
Sanggup Nikah Ekspres Untuk Bermadu, Jangan Sampai Lelaki Ambil Kesempatan
Selain itu, kata Adira, 31, suami juga memainkan peranan penting dalam memastikan dua rumah tangga yang dibina berada dalam keadaan baik dan berlaku adil.
“Hubungan kami pun ada turun naik tapi kini sudah lapan tahun dan faktor umur masing-masing membuatkan kami matang.
“Pada saya kena ada tolak ansur dan saling menghormati, itu je paling penting. Dalam hubungan itu bukan seorang sahaja yang kena mengalah tapi dua-dua kena mengalah. Suami yang kena mainkan peranan untuk isteri-isteri berbaik.
“Makin tua hidup nak tenang-tenang, kalau boleh nak fokus besarkan anak-anak saja, ujarnya usai majlis pertunjukan fesyen Ariani Layar Lara 2023, di Kuala Lumpur Convention Centre, semalam.
Sebelum ini, video Adira berpimpin tangan dengan madunya menarik perhatian ramai, rata-rata netizen memuji hubungan baik itu dan mendoakan kebahagiaan tersebut kekal hingga ke syurga.
Dalam pada itu, Adira juga mendoakan mana-mana wanita yang berada di kedudukan yang sama seperti dirinya agar dipermudahkan urusan.
“Saya doakan semua urusan rumah tangga yang mengalami masalah dipermudahkan. Lain orang lain dugaannya. Alhamdulillah saya punya bahagian dah berlalu,” ujarnya.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red atau Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.