Berkat Sabar Berniaga Dalam Hujan, Direzekikan RM500 Menjelang Senja

Share

Orang berniaga ini jiwanya kena kental. Tahan sabar berniaga dengan segala macam dugaan. Paling utama, letaklah seluruh kepercayaan yang rezeki tak pernah salah alamat.

Ada hari, jualan habis terjual, ada hari, sedikit saja jualan orang beli. Tetap janganlah berputus ada dalam berniaga.

Kisah berniaga yang dikongsikan Abu Hurairah Roslan ini cukup mendalam untuk dijadikan ikhtibar. Semoga peniaga terus cekal dan yakin dengan pemberi rezeki.

Sabar Berniaga Dalam Hujan..

Kisah yang selalu saya ingat ketika Ramadan.

Ini kisah semasa saya di Langkawi.
Saya pernah berniaga bazar.
Saya biasa berniaga bazar.
Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.

Dari bangun awal pagi, masak lauk sampai tengahari.
Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.

Dah sampai bazar, susun pula satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat.

Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua. Dan sakit kepala seperti dah jadi biasa!

Baca sini : Dari Kecil Tengok Ayah Berniaga, Setahun Habis Belajar Ada Bisnes Sendiri

Hujan Lebat, Pelanggan Tak Ramai, Mula Rasa Kecewa

Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.

Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.

Peniaga lain dah mula bungkus.
Muka masing-masing hampa.
Kecewa lebih ramai sebenarnya.

Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.. pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.

Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.

Akhirnya, tinggal saya sorang di bazar.

Baca sini : Pelanggan Merokok Tak Endah Teguran, Tindakan Ayah Ini Di Luar Dugaan

Sebuah Kereta Berhenti, Membayar Jualan RM500

Teringat mak pesan,
Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli

Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.
Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!”
Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!”

Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.

Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.
Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai-sampai. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?”

Nak nanges!

Allah balas kepercayaan ni.

Saya ajak semua lauk ke rumah akak
Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira

.”
Baik kak!”

Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.

Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!
Allah!
Allah!

Moga Allah ganti segala yang rugi. Moga Allah hiburkan para peniaga disaat hujan begini. Moga Allah balas segala jerih perih mereka.

Kalian penghibur manusia.
Allah sangat suka.
#sweeterapi

Mingguan Wanita : Manisnya sebuah kesabaran itu kan.. semoga ada yang terinspirasi dari kisah ini.

Sumber/Foto : Abu Hurairah Roslan

Published by
Netty Ah Hiyer