Orang berniaga ini jiwanya kena kental. Tahan sabar berniaga dengan segala macam dugaan. Paling utama, letaklah seluruh kepercayaan yang rezeki tak pernah salah alamat.
Ada hari, jualan habis terjual, ada hari, sedikit saja jualan orang beli. Tetap janganlah berputus ada dalam berniaga.
Kisah berniaga yang dikongsikan Abu Hurairah Roslan ini cukup mendalam untuk dijadikan ikhtibar. Semoga peniaga terus cekal dan yakin dengan pemberi rezeki.
Sabar Berniaga Dalam Hujan..
Kisah yang selalu saya ingat ketika Ramadan.
Ini kisah semasa saya di Langkawi.
Saya pernah berniaga bazar.
Saya biasa berniaga bazar.
Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.
Dari bangun awal pagi, masak lauk sampai tengahari.
Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.
Dah sampai bazar, susun pula satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat.
Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua. Dan sakit kepala seperti dah jadi biasa!
Hujan Lebat, Pelanggan Tak Ramai, Mula Rasa Kecewa
Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.
Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.
Peniaga lain dah mula bungkus.
Muka masing-masing hampa.
Kecewa lebih ramai sebenarnya.
Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.. pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.
Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.
Teringat mak pesan,
“Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli”
Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.
“Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!”
“Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!”
Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.
Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.
“Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai-sampai. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?”
Ads
Nak nanges!
Allah balas kepercayaan ni.
Saya ajak semua lauk ke rumah akak
“Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira.”
“Baik kak!”
Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.
Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!
Allah!
Allah!
Moga Allah ganti segala yang rugi. Moga Allah hiburkan para peniaga disaat hujan begini. Moga Allah balas segala jerih perih mereka.
Kalian penghibur manusia.
Allah sangat suka.
#sweeterapi
Mingguan Wanita : Manisnya sebuah kesabaran itu kan.. semoga ada yang terinspirasi dari kisah ini.
Tak sangka alami jangkitan kuman. Bapa ini sedih tak bawa anak ke hospital lebih awal kerana anaknya bukan demam biasa tetapi jangkitan kuman dalam darah.
Satu demi satu dugaan menimpa anak sulung pelakon Nazrief Nazri, Noah yang kini berusia dua bulan apabila terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor akibat jangkitan kuman dalam darah.
Menurut Nazrief, sebelum ini Noah yang disahkan positif Covid-19 dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak kelmarin selepas masih belum pulih dari demam panas.
Sedih Tak Bawa Anak Ke Hospital Lebih Awal
“Tiga hari sebelum saya bawa dia ke hospital, saya dapatkan rawatan di klinik terlebih dahulu. Doktor memaklumkan demam yang dialami Noah mungkin disebabkan kesan akhir Covid-19 yang dialaminya.
“Bagaimanapun selepas membawanya ke hospital, doktor memaklumkan Noah mengalami jangkitan kuman dalam darah. Malah demam panasnya juga turun naik sehingga pernah mencecah 39.5 darjah selsius.
“Buat masa ini, keadaannya stabil cuma saya masih menunggu laporan beberapa ujian yang dilakukan. Setakat ini, saya dimaklumkan penyakit yang dialami tidak serius, cuma masih menanti jawapan punca jangkitan kuman dalam darah,” katanya.
Nazrief mohon semua doakan bayinya.
Tak Sangka Alami Jangkitan Kuman
Menurut Nazrief, sebagai bapa dia sedih apabila tidak membawa anak sulungnya ke hospital terlebih dahulu.
“Noah anak yang tak banyak ragam. Walaupun dia demam, dia kerap tidur dan tak macam bayi lain yang meragam kerana tidak selesa. Saya tak sangka Noah akan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu melalui semua ini.
“Sepatutnya saya terus bawanya ke hospital untuk menerima rawatan. Tapi itulah saya pun tak jangka perkara ini terjadi kerana saya ingatkan demam yang dialami kerana kesan sampingan Covid-19. Begitu juga dengan komen doktor di klinik,” katanya.
Terdahulu, Noah yang dilahirkan pada 19 Julai lalu di sebuah perubatan swasta di Putrajaya disahkan positif Covid-19 pada 21 September lalu.
Nazrief bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana anak sulungnya itu dijangkiti virus berbahaya itu.
Menurutnya, dia tidak pernah membawa Noah keluar dari rumah kecuali ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan.
Nazrief dan isteri, Aziatul Aqma yang mendirikan rumah tangga pada 15 November tahun lalu bagaimanapun disahkan negatif virus itu.
Mingguan Wanita : Semoga bayi Nazrief cepat sihat dan kembali pulih seperti biasa. Diharap Nazrief dan isterinya kuat menghadapi ujian ini.
Diduga hilang tempat berteduh, tiga bulan lima beranak ini tidur dalam MPV kerana itu satu-satunya cara yang ada.
Keperitan lima beranak ini adalah salah satu kisah di kalangan masyarakat yang terjejas teruk sejak pandemic Covid-19 melanda negara.
Bukan sesuatu yang mudah meneruskan hidup dalam keadaan sekarang. Alhamdulillah, kesusahan keluarga ini telah mendapat perhatian pihak berwajib.
Hilang Tempat Berteduh
Keperitan hidup lima beranak yang hilang tempat berteduh apabila terpaksa keluar dari rumah sewa mereka dan menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai tempat tidur sejak tiga bulan lepas mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
MAINS melalui hantaran di laman Facebook memaklumkan pihaknya menziarahi keluarga Muhammad Mujahid Mohd Kamal Jalani di sebuah lokasi di Bukit Chedang, Negeri Sembilan, bagi menguruskan bantuan yang diperlukan.
Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian MAINS.
Tiga Bulan Lima Beranak Ini Tidur Dalam MPV
Hantaran itu menyebut Muhammad Mujahid, 32, dan isterinya, Sayidah Suhaila Mohd Shukri, 28, sudah empat tahun bermastautin di Negeri Sembilan serta mempunyai tujuh anak.
“Difahamkan, tiga anak mereka yang berumur 7, 8 dan 9 tahun ditempatkan di sebuah asrama kebajikan, seorang berusia 5 tahun dijaga oleh ahli keluarga lain manakala tiga lagi berumur 1 dan 3 tahun termasuk bayi berusia 3 bulan tinggal bersama mereka,” menurut hantaran itu.
Beginilah keadaan keluarga ini sepanjang tiga bulan yang lalu.
Mempunyai Masalah Kesihatan
MAINS juga menyatakan Muhammad Mujahid mempunyai masalah cakera teranjak atau slipped disc manakala isterinya menghidap penyakit asma yang kronik menyebabkan usaha pasangan itu dalam mencari dan meneruskan pekerjaan terganggu.
Katanya, melalui zakat MAINS, keluarga itu akan dibantu dengan penempatan rumah sewa baharu beserta bayaran deposit, bantuan kewangan kecemasan dan barangan dapur. – Bernama
Mingguan Wanita : Sedikit sebanyak bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga kecil ini untuk meneruskan hidup. Semoga lima beranak ini terus tabah menghadapi ujian mendatang.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Waah… patutlah anak pelakon jelita, Fasha Sandha ada minta nak adik baru! Rupanya maknya dah ada ‘kawan tapi mesra’, siap beraya bersama di kampung Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, seronok tengok kapsyen bahagia Fasha di Instagram miliknya.
“Sukanya Jemyma dapat pegang baby kecik. Banyak kali dah mintak baby from ibu… Haih lambat lagi sayang.
Welcome to the world baby Luth Anaqi sayang Such a handsome and healthy baby, Congrats @zakwan_yaakub @fitriequraisha ♥️
Sejauh Mana Hubungan Dengan Lelaki Itu
Namun ketika Fasha Sandha cuba menafikan percintaannya dengan pelakon Aidil Aziz, sebuah rakaman video mereka berpelukan dirakam orang awam yang tular hari itu seakan-akan menjadi bukti hubungan sebenar mereka.
Ini membuatkan ibu anak dua ini menjelaskan keadaan sebenar dengan berlapang dada menerima komen netizen yang rata-rata menghentam.
“Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda.
Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain… tak mengapa.
Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka.
Past is past… Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya.
Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan.
Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa.
Amin.”
Dari Belah Pihak Aidil
Tak nampak kapsyen yang panjang tetapi dari kata-kata yang simple pun boleh baca yang dua pelakon ini sedang dilamun cinta. Tengok…
Walau apa pun status hubungan Fasha dan Aidil, Hakak doakan yang baik-baik moga pengakhirannya mampu membahagiakan kedua-dua belah pihak. Amiinn…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!