Bila tiba bulan Ramadan, mak-mak adalah orang yang paling beria-ia terutamanya masa bersahur. Sebab memikirkan masakan apa yang boleh menaikkan selera anak-anak yang berpuasa.
Bukan apa, risau kalau anak tak makan masa bersahur, nanti siang hari tak mampu nak bertahan sehingga berbuka. Menu paling anak suka makan dah tentulah nasi goreng dan air milo.
Masa Bersahur, Kenangan Mengusik Jiwa Bulan Ramadan
Inilah yang mak-mak lakukan dan boleh dikatakan turun temurun dari mak-mak kita dulu untuk anak-anaknya. Ramadan inilah membuatkan kita teringat zaman kita masa kecil. Kenangan mengusik jiwa.
Tanpa kita sedar, kerajinan dan berkat mak-mak masak untuk anak-anak masa bersahur inillah ada keberkatannya. Perkongsian dan pengajaran yang boleh kita ambil dari ceramah Ustaz Wadi Anuar ini.
Kenangan mengusik jiwa.
Masa kita kecil-kecl dulu, sampai hari ini masih ingat.
Ads
Betapa mak ayah zaman dulu walaupun belajar tak pandai tapi bila datang Ramadan, dia akan buat makanan yang anak dia lalu untuk bersahur.
Apadia paling anak suka, nasi goreng, itulah yang dia buat, bancuh air yang anak lalu, tentulah milo. Itulah paling sedap. Minum sampai habislah.
Ada juga masa kita kecil, sedar-sedar dah ada depan nasi. Rupa-rupanya ayah yang angkat. Berkat rajin orang tua dan berkat amalan sahur yang Nabi ajar.. “Sesungguh waktu itu dan perbuatan bersahur itu ada keberkatan..”
Kalau dilihat dulu dengan sekarang, ada mak ayah berbeza dan jauh dari sunnah. Tak bangun sahur, apatah lagi anak-anak.
Sebab itu, jangan hairan dan pelik kalau ada kelaurga yang tak berkah, bergaduh setiap hari duit tak pernah cukup dan sebagainya.
Ads
Bangun sahur kerana di situ ada barakohnya.
Mingguan Wanita : Selagi belum imsak, selagi itulah mak-mak akan ingatkan anak minum air banyak-banyak supaya tak dahaga siang hari. Gitulah kan, perasaan mak-mak pada anak.
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia, suami dan isteri akan berganding bahu mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap pasangan suami isteri.
Suami akan terus sibuk dengan kerja-kerja yang telah diberikan oleh syarikat atau dimana mereka berkhidmat, tidak kalah juga dengan isteri yang terus memiliki tanggungjawab yang perlu dipikul selain tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Melalui zaman perkahwinan adalah satu zaman yang dianggap indah dipermulaan kehidupan dan terus bahagia bahagi dan berbahagia, akan tetapi ada sahaja cerita penceraian, kisah isteri tidak diberi nafkah setelah suami mengizinkan isteri bekerja dan pelbagai lagi isu yang bangkit tentang keruntuhan institusi rumah tangga ini
Mengaji Eratkan Kasih
Jom cuba tips bagaimana untuk menjadikan mengaji bersama sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan suami dan isteri baik, barakah, dan menerima apa adanya suami dan isteri.
Isteri harus memulakan dahulu untuk membawa perbincangan secara empat mata dan dibawa berbincang dengan tenang dan pasangan dalam keadaan emosi yang baik.
Membuat perbincangan hari dan waktu yang disepakati oleh kedua belah pihak, pilihlah hari dan waktu yang keduanya rasa selesa dan memang boleh melapangkan diri.
Mulakan dengan membuat perancangan secara sedikit demi sedikit, seperti jika tidak boleh setiap hari, buatlah seminggu sekali, jika tidak boleh seminggu buatlah sebulan sekali, bergantung kepada kesepatakan berdua.
Mengaji setiap sesi cukup hanya 1 jam. Katakan pada diri, buat sedikit tetapi istiqamah dan berterusan.
Buat remainder di telefon pintar anda yang akan mengingati keduanya untuk membaca Al-Quran
Jika masing-masing outstation, kerja overtime buat group mengaji whatsapp atau telegram, rekod mengaji dan saling menghantar voice mengaji.
Jika pasangan membaca agak merangkak, buat kaedah tadarus, membaca per ayat, selang seli, suami membaca ayat pertama dan isteri menyambung dan begitu seterusnya.
Perbaiki makhraj huruf ( tempat keluar huruf).
Perbaiki bacaan melalui tartil.
Jika keduanya memiliki masalah bacaan Al-Quran, yang terbaik adalah mengambil satu guru mengajar ngaji yang boleh datang kerumah anda untuk mengajar kaedah yang betul. Dan guru juga dapat membantu anda untuk membuat satu jadual tetap dalam seminggu untuk mengaji bersama suami dan isteri yang sibuk bekerja.
Tambahlah ilmu untuk mencapai kebahagian didunia akhirat, Allah hanya menilai segala perbuatan manusia hanya melalui ilmu yang dipelajari dan diamalkan, akan tetapi Allah meminta kepada semua hambanya untuk terus belajar.
Apa Kata Al-Quran & Hadis Tentang Hubungan Suami Isteri
Ikatan perkahwinan adalah ikatan yang kuat.
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
An Nisa:21
Allah memerintahkan kita untuk menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
At Tahrim:6
Dari Aisyah: Rasulullah bersabda: sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada ahli keluarga. Riwayat al Tirmizi.
“Inilah realiti perasaan seorang mak ataupun gegirl. Betul tidak? Semua kerja lain boleh dibuat KECUALI……LIPAT KAIN!”
Berbeza dengan suami ini, melipat kain itu adalah me time untuknya. Ahmad Aminurrashid kongsi pengalaman. Nak buat rasa seronok waktu melipat kain.
Cara Nak Letak Dalam Hati ‘Lipat Kain Itu Me Time’
“Apa yang aku buat sebagai seorang suami. Tanggungjawab ini aku akan ambil alih.”
“Giler, memang best. Inilah “Me Time” untuk aku melayan henset atau tengok movie bola ataupun berkayal. Berani hang pa nak kacau aku. LESEN besar wo..”
Jom saya kongsikan tip menguruskan kerja mulia ini:
Kredit foto : mforum.cari.com.my
1) Saya Setkan Lipat Kain Adalah Me Time
Jadikan masa untuk lipat kain adalah “Me Time”.
– Tengok movie
– Main henset
– Berkhayal
Cuma lepas lipat depan TV, jangan lupa angkat terus dan susun dalam almari. Kalau tidak, alamatnya baju-baju yang sudah dilipat itu akan terus berada depan TV sehingga habis dipakai.
2) Guna Bakul Baju Kotor Yang Kecil
Secara psikologinya, apabila bakul kecil iya cepat penuh. “Allah dah penuh bakul ini, nak kena basuh segera ni.”
Bayangkan kalau bakul untuk baju kotor itu sebesar gajah. Tentu sekali kita akan terus dan terus mencampak baju kotor sehingga setinggi gunung juga.
3) Basuh Setiap Hari Dan Terus Sidai
Kemudian lipat setiap hari untuk baju yang sudah dibasuh hari sebelum ini.
Jadikan tabiat/hobi setiap hari, teruskan campak baju dalam mesin basuh.
Apabila dengar bunyi tittt…. titt… tittt… dari mesin basuh yang menandakan kain baju siap, terus sidai. Jangan tunggu lagi.
Dan jangan pula tidur semasa tunggu baju siap dibasuh. Alamatnya baju-baju itu akan bertapa dalam mesin basuh selama 2-3 hari lagi.
4) Sesekali Guna Mesin Dobi Layan Diri
Terus basuh dan lipat… sebab kalau tidak lipat nanti kedut.
Kredit foto : bukalapak.com
BONUS TIP:
Paling berguna, tidak payah lipat, lepas basuh terus sangkut guna hanger untuk jemur dan hanger itu juga la masukkan ke dalam almari.. TIP INI YANG PALING SAYA SUKA.
Kuasa pelukan mempunyai ‘magisnya’ yang tersendiri. Mampu memberi kesan positif baik pada pasangan suami isteri mahupun anak-anak. Pesanan buat mak ayah biasakan memeluk anak-anak dengan pelukan kasih sayang sejak mereka kecil dan teruskan rutin tersebut sehingga mereka meningkat remaja dan dewasa. Tak kiralah baik pada anak lelaki mahupun perempuan, dan lihatlah kesannya nanti.
Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.
Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Biasakanlah memeluk anak-anak kita dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil dan penuhilah ‘tangki emosi’ mereka. Ia bukan sahaja mampu meredakan emosi, mengawal sikap anak-anak, malah menjalin hubungan erat di antara mak ayah dan anak-anak.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...