Begitulah, isteri diuji semasa suami tak ada apa-apa. Tapi suami pula diuji bila sudah ada segalanya. Berkat kesabaran inilah suami tumpang rezeki isteri sehingga peroleh rezeki yang mencurah-curah.
Suami yang baik tentu sekali tidak akan melupakan segala pengorbanan yang telah isteri lakukan selama ini. Jangan sesekali lupa. Sebab kita tak tahu, apa yang suami dapat hari ini kerana dia tumpang rezeki isteri dan anak-anak.
Sebagai suami, walau susah sekali pun tidak salah untuk belanja isteri waima RM1 saja. Malah, isteri pula, janganlah terlalu meminta-minta sehingga di luar kemampuan isteri.
Isteri yang baik dan suami yang bertanggungjawab akan saling melengkapi. Inilah penyebab rezeki berkat dan mencurah-curah. Menariknya perkongsian daripada Ashman Mat Saleh ini, boleh dijadikan panduan buat suami di luar sana.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Suka ‘Tipu Isteri’, Sekali Dikhianati, Hilang Segala Kepercayaan, Rezeki Pun Sempit
Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”
Info Lebih Menarik DI SINI
Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya.
Dari bertunang, nikah, sampai ada anak.
Dia sentiasa sokong masa susah dan senang.
Masa susah tak pernah mengeluh tapi selalu suruh bersabar, tak ada duit, dia bagi duit dia.
Pakailah dulu katanya.
Tak pernah berlawan-lawan dengan kawan dia walaupun kawan dia suami semua kaya kaya.
(setengah perempuan bila kawan dia suami kaya, mereka beli itu, dia pun nak beli, mereka beli ini, dia pun nak beli ini, itu ini nak berlawan2 dengan sikaya).
Masuk kedai bundle RM1 di Kota Damansara pun dia layan, siap borong. Pernah dia keluar dengan kawan-kawan dia, dia pakai baju RM1 yang dia beli kat bundle,
Bila kawan dia tanya berapa harga baju, yess, dia bagitahu baju tu RM1, tanpa rasa malu dia bagitahu. (Sebab bundle kalau pandai cari, banyak je baju cantik-cantik walaupun RM1.00 ).
Ada orang cakap saya selalu belanja dia itu ini,
Ya , sebab saya bersyukur dia sentiasa terima saya seadanya walaupun duit tak berapa nak ada dulu dan dia sentiasa gembira kalau saya beli barang dia walaupun barang tu berharga RM1 untuk sehelai baju bundle. Dia suka, pakai dan dia tak malu.
Tak pernah mengeluh kalau dulu dia minta saya sesuatu tapi saya tak dapat nak belikan, dan dia selalu cakap “Insya Allah satu hari nanti kalau ada rezeki kita belilah”. Itu ayat yang saya respect pada dia.
Kalau dia boleh terima kekurangan saya dulu, bersabar walaupun tengah susah dan alhamdulillah rezeki saya dah tiba untuk cuba penuhi apa yang dia suka dan apa yang dia nak.
Ini semua bukan rezeki saya, saya cuma tumpang rezeki isteri dan rezeki anak saya. Kalau kita tak kedekut dengan isteri dan anak, Insya Allah pintu rezeki kita pun luas dibuka.
#DaddyCool
#AshmanFamilia
Mingguan Wanita : Setuju sangat. Suami yang baik tidak akan lupa pengorbanan isteri yang sanggup susah payah bersama. Percayalah, tak kedekut dengan isteri, pasti rezeki bertambah-tambah.
Sumber: Ashman Mat Saleh
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita