Berkat bacaan Yasin, suami wanita ini terselamat. Inilah antara peristiwa paling mendebarkan hati seorang isteri bernama Azriyah Ahmad. Apabila dikhabarkan suami berdepan dengan kesukaran yang berkemungkinan mengancam nyawa.
Sekitar awal Oktober lalu, suaminya diberitakan terlibat dalam kejadian bot karam di Kuching, Sarawak.
Menerusi perkongsian tangkapan layar memaklumkan berkenaan 9 pemancing yang mana salah seorang adalah suaminya dikhuatiri hilang di Pulau Satang. Akhirnya, 9 pemancing itu selamat dijumpai.
Isteri ini berkongsi kisah di sebalik keresahan hati sepanjang suami dikhabarkan hilang di lautan.
“Alhamdulillah, suami terselamat dari tragedi bot karam di Kuching sabtu malam.”
Sebaik mengetahui kejadian yang menimpa suami, perasaan isteri ini begitu risau dan sedih. Membayangkan yang anak-anaknya masih kecil lagi. Malah, mereka sukar tidur mengenangkan keadaan suami yang dikhabarkan hilang di laut ketika itu.
“Tapi hati saya tetap rasa suami akan selamat. Berkat bacaan Yasin dan doa malam semalam (ketika berita dikongsi). Alhamdulillah husband dan kawan-kawan selamat kecuali pembantu tekong masing hilang.
“Saya bagitau husband semalam, bacaan Yasin ramai-ramai untuk dia. Dia kata patut dia rasa kuat walaupun hampir 15 jam dalam laut. Safety jacket pun dah nak expired lifetime dia.
Bila dah tenggelam, dia rasa ada kekuatan untuk kuak dan naik ke permukaan air. The power of doakan. MasyaAllah.”
Demikian kongsi isterinya menerusi grup facebook Kami Suri Rumah.
Mingguan Wanita : Sememangnya itulah risiko yang boleh berlaku dalam aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai sebenarnya meremehkan malah tak ambil peduli bab keselamatan sebegini.
Sumber/Foto : Azriyah Ahmad
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita