Berkali-Kali Lakukan RnD, Akhirnya Dapat Resipi Murukku Rangup Krapp.. Krupp..

Share

Murukku sangat popular bagi masyarakat India. Salah satu kemestian ‘snek raya’  bila tibanya perayaan Deepavali. Rasanya yang lemak, rangup dan berempah membuatkan ramai yang suka makan murukku ni, malah memang ralit lah kunyah sambil tengok tv.

Berbanding beli, sebenarnya lebih puas hati bila dapat buat murukku sendiri. Lebih jimat, yakin kebersihan dan status halalnya.

Nak buat murukku yang sedap dan rangup ada resipi dan caranya tersendiri.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azie Mazidah

ini, yang telah mengolah dan mencuba berkali-kali untuk mendapatkan hasil murukkuyang sedap dan rangup.

Berikut perkongsian tersebut;

“Siapa suka murukku? setelah berkali-kali RnD saya lakukan, akhirnya saya dapat murukku yang Krapp.. Krupp..”

“Asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Saya mengajar, tak dapat nak penuhi permintaan yang semakin meningkat apalagi untuk pengeposan..jadi saya nak sedekah resepi moga bermanfaat”.

Bahan-Bahan:

Sebungkus tepung murukku babas
Sebungkus tepung pulut cap 3 kambing (nak dapatkan maruku lebih ranggup)

Guna sukatan sudu sup tu bahan dibawah:

1 sudu serbuk kari daging babas
1 sudu serbuk cili
1 sudu jemuju
2 sudu majerin/ 1 sudu minyak sapi
1 sudu udang kering yang dah diblend kering (kisar halus) Nanti tersekat dekat acuan
Garam halus
1 kotak kecil santan (200ml) diblend dengan 6 ulas bawang putih + 1 kotak air suam.(guna sekotak je, ni dapat untuk 2 adunan)
Daun kari secukupnya

Cara Membuat:

1.Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, ramas-ramas hingga sebati.
2.Masukkan 1 kotak sahaja santan tadi, bersama 3 kotak air masak. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air.Biasanya saya guna 3 1/3 kotak air. Pada yang tak pro lagi, masuk sikit-sikit dulu ek.
3.Uli sampai tak melekat ditangan dan mudah dipress pada acuan. Saya guna acuan plastik sahaja.
4.Press buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak tu.. Baru goreng dengan api sederhana dan balik-balikkan maruku.
5.Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tak ranggup. Pandai-pandai ek.. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.

Selamat mencuba!

Baca Di Sini: Ambil Mood Deepavali, Mak-Mak Boleh Cuba Resipi Paruppu Vadai, Kuih Tradisi Masyarakat India Ini

MW: Sedapnya makan murukku rangup, mak-mak boleh buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!

Sumber: Azie Mazidah

Published by
Suhaidah Abd Wahab