Murukku sangat popular bagi masyarakat India. Salah satu kemestian ‘snek raya’ bila tibanya perayaan Deepavali. Rasanya yang lemak, rangup dan berempah membuatkan ramai yang suka makan murukku ni, malah memang ralit lah kunyah sambil tengok tv.
Berbanding beli, sebenarnya lebih puas hati bila dapat buat murukku sendiri. Lebih jimat, yakin kebersihan dan status halalnya.
Nak buat murukku yang sedap dan rangup ada resipi dan caranya tersendiri.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azie Mazidah ini, yang telah mengolah dan mencuba berkali-kali untuk mendapatkan hasil murukkuyang sedap dan rangup.
Berikut perkongsian tersebut;
“Siapa suka murukku? setelah berkali-kali RnD saya lakukan, akhirnya saya dapat murukku yang Krapp.. Krupp..”
“Asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Saya mengajar, tak dapat nak penuhi permintaan yang semakin meningkat apalagi untuk pengeposan..jadi saya nak sedekah resepi moga bermanfaat”.
Ads
Bahan-Bahan:
Sebungkus tepung murukku babas
Sebungkus tepung pulut cap 3 kambing (nak dapatkan maruku lebih ranggup)
Guna sukatan sudu sup tu bahan dibawah:
Ads
1 sudu serbuk kari daging babas
1 sudu serbuk cili
1 sudu jemuju
2 sudu majerin/ 1 sudu minyak sapi
1 sudu udang kering yang dah diblend kering (kisar halus) Nanti tersekat dekat acuan
Garam halus
1 kotak kecil santan (200ml) diblend dengan 6 ulas bawang putih + 1 kotak air suam.(guna sekotak je, ni dapat untuk 2 adunan)
Daun kari secukupnya
Cara Membuat:
1.Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, ramas-ramas hingga sebati.
2.Masukkan 1 kotak sahaja santan tadi, bersama 3 kotak air masak. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air.Biasanya saya guna 3 1/3 kotak air. Pada yang tak pro lagi, masuk sikit-sikit dulu ek.
3.Uli sampai tak melekat ditangan dan mudah dipress pada acuan. Saya guna acuan plastik sahaja.
4.Press buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak tu.. Baru goreng dengan api sederhana dan balik-balikkan maruku.
5.Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tak ranggup. Pandai-pandai ek.. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.
Kuih Bengkang Ubi banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 4 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bengkang Ubi.Mak-mak boleh cuba perkongsian resipi daripada Zurinanuar Ina ini. Menurut beliau,kali pertama membuat kuih bengkang ubi ni, terus menjadi dan sedap rasanya.
“Sumpah sedap sangat bengkang ubi kayu nie baru siap makan panas-panas.Pertama kali sis buat nie menjadi seronoknya.Selalu suka makan ja.”
Resepi yang sangat mudah.
Bahan-Bahan:
4 cawan ubi yang telah diparut dan diperah airnya (simpan sagunya untuk dicampur dengan ubi)
2 1/2 cawan pati santan
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas digaul, rasa sehingga gula larut ye.
2.Kemudian loyang disapu marjerin sekelilingnya, tuang adunan kedalam loyang bakar suhu 200c selama satu jam setengah suhu atas bawah ok.
Kali ini nak kongsi resepi onion ring yang paling mudah dan lagi best kos nak buat tak sampai RM1. Elok sangat mak-mak yang anak ramai buat menu ini untuk disajikan waktu petang, jom godek bahan dan cara buat yang dikongsikan Puan Nad Nouyu ini…
Dari beli kat marrybrown, a&w, domino atau pizza, baik buat sendiri. Jimat dan fresh pula tu. Beli kat franchise tu dah laa mahal… 6/10 ring dalam RM4.80 – RM6.80. Nak makan pun tak puas. Kalau buat sendiri, boleh makan banyak dalam 10 ring tu kos dia tak sampai pun Rm1.
Bahan-bahan:
Bawang holland
Serbuk roti
Air secukupnya
Tepung Bestari
(Kalau suka pedas, beli yg pedas tu)
(Kalau tak suka pedas, beli laa yang original)
Minyak untuk menggoreng
Cara Buat Onion Ring:
Bancuh tepung bestari dengan air.. bancuh macam nak buat lempeng tu.
Potong bulat-bulat bawang holland tu.. masukkan ke dalam bancuhan tepung bestari.
Kacau sebati.. sekejap pon takpe dah.. pastikan semua bawang disalut dengan tepung macam gambar tu ya.
Masukkan bawang yang disalut dengan tepung tu ke dalam serbuk roti.. salutkan sampai semua bahagian kena serbuk roti tu.. masuk satu-satu. Jangan masuk banyak-banyak nanti takut dia tidak disaluti sempurna dengan serbuk roti tu. Tak sedap pulak makan bawang je semata-mata.
Buatlah dengan suasana yang tenang.. sebab nak buat tu kena satu-satu kan.. nanti lambat laa siap.
Sebanyak ni hanya guna sebiji bawang holland sahaja.
Dah siap buat tu.. boleh laa goreng ye.. pastikan minyak betul-betul panas baru goreng.. nanti takut berminyak sangat.. goreng api perlahan dan sekejap je.. nanti hangus.
SELAMAT MENCUBA!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Malah selalunya biskut lemak ni kita beli je di kedai. Tapi sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Jika kreatif boleh cetak dan bentukkan ikut citarasa kita sendiri.Adunan dan bahan-bahan yang digunakan pula pasti diyakini lebih bersih dan halal.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri biskut Ala Cream Crackers Homemde ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wahidah Hasan sebagai rujukan;
“Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri.”
Resepi cream crackers homemade.
Bahan-Bahan:
2 sudu besar butter
1 sudu besar cream cheese
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara Membuat:
1.Gaul sebati butter dan cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3.Masukkan minyak dan gaul sebati.
4.Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit sampai adunan tak melekat ditangan.
5.Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
6.Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
Info Ekstra!
*Sila gelek adunan tu nipis-nipis ya kalau tak nak keras.
*Kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya.
MW: Menariknya resipi biskut cream crackers ni. Hanya guna 5 bahan je, cara nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....