Berkahwin & Miliki Anak Bukan Jaminan Suami Berubah, Isteri Jangan Terlalu Berharap

Share

Tidak dinafikan ada lelaki berubah selepas mendirikan rumah tangga. Mungkin Ketika bujang dia banyak habiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah, merokok, melepak, namun setelah berkahwin dia mulai berubah.

Tetapi tidak semua lelaki sama, ada antaranya yang tidak berubah sampai sudah. Berkahwin dan miliki anak bukan jaminan suami berubah, oleh itu isteri jangan terlalu berharap kerana akhirnya anda yang makan hati.

Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli dan fahami mesej yang dirinya cuba sampaikan.

Berkahwin & Miliki Anak Bukan Jaminan Suami Berubah

Antara kesilapan sesetengah orang perempuan ialah dia rasa dia boleh mengubah sikap lelaki selepas mereka berkahwin. Dia rasa dengan pesona dirinya, cintanya kepada lelaki itu akan membuat lelaki itu berubah.

Silap besar yang lain juga ialah wanita merasakan lelaki akan berubah sekiranya dia melahirkan anak-anak untuk lelaki tersebut. Fikirnya dengan pengorbanan melahirkan anak itu, lelaki akan berubah menjadi seperti yang dia harapkan.

Sebab itu ada yang stay dalam ‘toxic marriage’ dengan anak-anak yang lahir saban tahun. Namun, sikap dan tabiat lelaki tetap juga begitu. Malah, kadang berubah semakin teruk kerana tak mampu menggalas tanggungjawab dan stres sebagai ketua keluarga dengan sebaiknya.

Isteri Jangan Terlalu Berharap

Ada yang waktu berkenalan dan bertunang sudah nampak ‘red flags’ tetapi masih meneruskan perkahwinan kerana dia yakin dirinya dan cintanya akan mampu membuat lelaki itu nanti berubah.

Big No. Inilah kesilapan besar yang perlu seorang wanita ingatkan kepada anak-anak perempuan mereka bahawa lelaki atau suami takkan berubah hanya kerana menyangka hidup selepas kahwin ada magis yang mampu mengubah sikap buruk atau kerana isteri amat mencintainya.

Kaki pukul, heavy smoker, tak solat, tak mengaji, kuat memaki dan mencarut, kaki porno, kaki dadah, kaki zina, pemalas cari nafkah, kaki games tak ingat dunia.

Semua sikap ‘toxic’ ini bukanlah semudah petik jari untuk mengubahnya. Apatah lagi jika sikap buruk yang sudah sebati dengan dirinya sejak dari remaja.

Tertipu Dengan Janji Manis Untuk Berubah

Kadang wanita rasa tertipu dengan janji manis bahawa lelaki tersebut akan berubah selepas kahwin, selepas ada anak, walhal untuk mengubah tabiat buruk amat memerlukan mujahadah yang tinggi. Tak kisahlah walau siapapun kita, betul?

Lebih memilukan, wanita itu sendiri yang memujuk hati, memberi harapan palsu kepada dirinya sendiri bahawa lelaki itu akan berubah. Namun, sampai ke sudah hajatnya tak kesampaian.

Bukan setakat tak mampu mengubah si suami, diri dan anak-anak pula menjadi mangsa perkahwinan yang terumbang ambing tanpa hala tuju. Nauzubillah min zalik.

Baca Juga Di sini:

ISTERI Sekarang Sanggup Ditinggalkan Tanpa NAFKAH, Demi Anak, Harapkan SUAMI Berubah

Isteri Jenis Kuat Bekerja, Dalam Diam Suami Berubah

40 Tahun Kahwin Tak Pernah Tolong Isteri, Sebab Ini Hati Suami Berubah

Tidak Mustahil Untuk Lelaki Berubah

Wahai wanita. Wahai isteri.

Seseorang lelaki memang tak mustahil untuk berubah, tetapi keinginan kuat untuk berubah tersebut perlu hadir dalam dirinya sendiri.

Dia sendiri yang akan ambil inisiatif untuk muhasabah diri, merendahkan ego untuk mengakui kesilapan dan mahu bertaubat serta memperbaiki dirinya sendiri.

Wahai wanita. Wahai isteri.

Terimalah hakikat bahawasanya kita hanyalah manusia biasa yang tiada daya upaya melainkan hanya dengan pertolongan dan kekuasaan Allah.

Bukan kita sebagai isteri yang memberikan hidayah taufik, tetapi Allah. Hidayah taufik adalah hak mutlak Allah SWT. Hati kita dan suami, Allah-lah yang memegangnya, kita hanya boleh menasihatkan dan mendoakan sahaja.

Maka, berhentilah merasakan kita mampu mengubah seorang lelaki yang bertabiat buruk.

Pilih Lelaki Yang Terbaik

Seorang wanita tidak boleh memilih siapa ibu bapanya, tetapi insyallah dengan istikharah dan istisyarah, dia boleh memilih lelaki yang baik sebagai bakal suaminya, bakal bapa kepada anak-anaknya.

Bukalah mata seluasnya waktu berkenalan (taaruf) dan bertunang. Jauhilah maksiat selagi belum bernikah.

Telitilah, selidiklah dengan sebaiknya, kemudian tawakallah kepada Allah dengan sebesar-besar tawakal kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, para hambaNya.

Wahai wanita, wahai isteri.

Suami yang Allah pinjamkan kepada kita, boleh menjadi nikmat dunia yang tak ternilai, tetapi juga boleh menjadi ujian yang amat menguji keimanan, kesabaran dan ketaqwaan. Dalam kedua-duanya pun kita tetap diuji.

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah ayat 214)
Self reminder.
.
#intandzulkefli
#randomthoughts
Sekadar pendapat peribadi. Tak setuju tak apa..

MW: Sebelum terlambat, pilihlah lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami. Jika tersurat kita dikurniakan suami yang cukup menyakitkan hati, anggaplah ianya ujian daripada Allah kepada hamba-Nya.

Sumber: Intan Dzulkefli

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

 

Published by
Nur Syazwani Mehat