Berjodoh dengan abang arwah tunang, Nur Malina jalani takdir tertulis & bercinta selepas nikah. Setiap jodoh itu sudah tertulis sejak luh mahfuz. Manusia itu hanya mampu merancang namun Allah menentukannya.
Perjalanan kisah rumahtangga Nur Malina ada sesuatu yang sangat istimewa dikenang. Dirinya sepatutnya bernikah pada 30 Jun lalu, namun ketentuan Allah sebaliknya apabila tunang tercinta, Allahyarham Shahrizuan Shukri, 28, meninggal dunia akibat lemas di Sungai Pasir Pekan, Kelantan pada 25 Mei lalu.
Ternyata kesedihan pemergian tunang terganti apabila kedua belah keluarga sepakat menjodohkan dirinya dengan abang kepada arwah tunangnya iaitu Shahron Shukri, 32 pada 8 September lalu.
Bagai sudah tertulis jodoh keduanya, iras wajah adik beradik ini seakan sama bukan saja dari segi rupa tapi juga nama.
Memetik laporan Harian Metro, jelas guru tadika ini kedua mereka menerima keputusan keluarga dan bercinta selepas kahwin.
“Kisah saya dengan suami boleh dikatakan jodoh. Perjalanan cinta yang indah sebab semua atas ketentuan Allah dan terjadi begitu pantas. Jodoh yang tak pernah disangka dan kami bertemu dengan cara ini.
“Mak dan ayah arwah yang kini mentua amat sayangkan saya. Pada masa sama, saya bersyukur dipertemukan dengan orang baik sebab arwah selalu pesan dia sangat sayangkan saya.
“Disebabkan itu, selepas arwah tiada mak dan ayah dia tak nak sia-siakan saya. Jadi, mereka ambil keputusan untuk menjodohkan saya dengan abang arwah. Kebetulan abang arwah ‘single’ lagi dan dia seorang saja yang belum kahwin,” katanya kepada Harian Metro.
Nur Malina atau Nina berkata, dia hanya mengenali suaminya itu selepas tunang meninggal dunia.
“Betullah, Allah itu sebaik-baik Perancang. Kalau nak tahu, dalam adik beradik mereka suami seorang saja yang betul-betul mirip arwah dan namanya seakan sama.
“Waktu itu terkejut juga sebab saya kenal suami pun selepas arwah tiada. Sebelum tu saya tak kenal cuma tahu nama dan cerita yang suami ini sama dengan arwah,” katanya.
Menurutnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, dia menerima suami dan perkahwinan dibuat kerana Allah bukan bagi mengisi kekosongan hati.
“Sedikit nasihat untuk yang melalui situasi sama macam saya, jangan takut nak buat solat sunat istikharah. Buatlah sehabis baik dengan ikhlas kerana Allah.
“Memanglah pada awalnya berasa takut, sebab bimbang jawapannya lain dengan yang kita mahu dan rasa susah sangat nak menerima semua ini. Tapi kalau itu perkara yang terbaik Allah pasti permudahkan urusan untuk menerima segalanya. Asal saja niat kita kerana Allah. Untuk siapa kita hidup melainkan kerana Dia.
“Saya tak naklah hidup dengan suami tapi terbayang muka arwah. Saya terima dia seadanya dan atas aturan Allah. Alhamdulillah, Allah berikan segalanya. Rasa cukup, tenang dan semuanya yang baik-baik. Habis sudah kenangan saya dengan arwah, kini kehidupan saya dengan suami tercinta,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan
Tiada Jodoh Dengan Suami Tapi Hubungan Bekas Mentua Macam ‘Anak Kandung’, Siap Outing Bersama!
‘Sekelip Mata Anak Hampir Lemas Dalam Baldi’, Terdetik Buat CPR Sebelum Ke Hospital
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!