Berjodoh dengan abang arwah tunang, Nur Malina jalani takdir tertulis & bercinta selepas nikah. Setiap jodoh itu sudah tertulis sejak luh mahfuz. Manusia itu hanya mampu merancang namun Allah menentukannya.
Perjalanan kisah rumahtangga Nur Malina ada sesuatu yang sangat istimewa dikenang. Dirinya sepatutnya bernikah pada 30 Jun lalu, namun ketentuan Allah sebaliknya apabila tunang tercinta, Allahyarham Shahrizuan Shukri, 28, meninggal dunia akibat lemas di Sungai Pasir Pekan, Kelantan pada 25 Mei lalu.
Berjodoh Dengan Abang Arwah Tunang
Ternyata kesedihan pemergian tunang terganti apabila kedua belah keluarga sepakat menjodohkan dirinya dengan abang kepada arwah tunangnya iaitu Shahron Shukri, 32 pada 8 September lalu.
Bagai sudah tertulis jodoh keduanya, iras wajah adik beradik ini seakan sama bukan saja dari segi rupa tapi juga nama.
Arwah tunang berbaju merah dan Nur Malina di hari nikahnya. Mereka sepatutnya dijodohkan sebulan lagi sebelum tunangnya lemas dan digantikan dengan abang kepada arwah pada September lalu.
Nur Malina Jalani Takdir Tertulis & Bercinta Selepas Nikah
Memetik laporan Harian Metro, jelas guru tadika ini kedua mereka menerima keputusan keluarga dan bercinta selepas kahwin.
“Kisah saya dengan suami boleh dikatakan jodoh. Perjalanan cinta yang indah sebab semua atas ketentuan Allah dan terjadi begitu pantas. Jodoh yang tak pernah disangka dan kami bertemu dengan cara ini.
“Mak dan ayah arwah yang kini mentua amat sayangkan saya. Pada masa sama, saya bersyukur dipertemukan dengan orang baik sebab arwah selalu pesan dia sangat sayangkan saya.
“Disebabkan itu, selepas arwah tiada mak dan ayah dia tak nak sia-siakan saya. Jadi, mereka ambil keputusan untuk menjodohkan saya dengan abang arwah. Kebetulan abang arwah ‘single’ lagi dan dia seorang saja yang belum kahwin,” katanya kepada Harian Metro.
Ads
Nur Malina atau Nina berkata, dia hanya mengenali suaminya itu selepas tunang meninggal dunia.
“Betullah, Allah itu sebaik-baik Perancang. Kalau nak tahu, dalam adik beradik mereka suami seorang saja yang betul-betul mirip arwah dan namanya seakan sama.
“Waktu itu terkejut juga sebab saya kenal suami pun selepas arwah tiada. Sebelum tu saya tak kenal cuma tahu nama dan cerita yang suami ini sama dengan arwah,” katanya.
Menurutnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, dia menerima suami dan perkahwinan dibuat kerana Allah bukan bagi mengisi kekosongan hati.
“Sedikit nasihat untuk yang melalui situasi sama macam saya, jangan takut nak buat solat sunat istikharah. Buatlah sehabis baik dengan ikhlas kerana Allah.
Ads
“Memanglah pada awalnya berasa takut, sebab bimbang jawapannya lain dengan yang kita mahu dan rasa susah sangat nak menerima semua ini. Tapi kalau itu perkara yang terbaik Allah pasti permudahkan urusan untuk menerima segalanya. Asal saja niat kita kerana Allah. Untuk siapa kita hidup melainkan kerana Dia.
“Saya tak naklah hidup dengan suami tapi terbayang muka arwah. Saya terima dia seadanya dan atas aturan Allah. Alhamdulillah, Allah berikan segalanya. Rasa cukup, tenang dan semuanya yang baik-baik. Habis sudah kenangan saya dengan arwah, kini kehidupan saya dengan suami tercinta,” katanya.
Sekejap sahaja tular video berdurasi 36 saat yang memaparkan tindakan salah seorang guru tampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi.
Lagi teruk, satu lagi video menunjukkan tindakan seorang lagi guru mengangkat kanak-kanak perempuan dan diletakkan di atas tubuh kanak-kanak lelaki yang terbaring.
Kejadian yang berlaku di pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng, Melaka ini membuatkan rata-rata netizen panas hati dengan pengasuh.
Bila berlaku situasi ini, mak ayah yang hantar anak ke tadika dan pengasuh cukup risau. Sebetulnya, kita tak nak anak-anak trauma sampai ke besar. Apa yang mak ayah patut lakukan, mungkin boleh ikut saranan saudara Afnan Rosli ini.
Anak Kena Lempang
Harini VIRAL Video pengasuh pukul budak di sebuah Taska di Melaka. Layanan memang sangat TERUK! Kita yang tengok pun rasa Menyiraap je! Rasa macam nak masuk dalam Video pi bantai pengasuh kan?
Cuba bayangkan kalau orang buat anak kita macam tu. Orang lempang hempuk anak kita.
Saya terpikir, apa agaknya perasaan budak-budak ni setiap pagi nak di hantar ke Taska ni ye? Mesti rasa macam kena hantar pegi penjara.
Layanan waktu kecil macam ni sangat-sangat memberi kesan pada budak sebenarnya. Sampai ke tua memory ni akan terkesan dalam jiwa dan otak mereka.
Apa Yang Mak Ayah Patut Buat
So, pada Parents. Please, please, pleaseeee laaa! Siasat betul-betul tempat korang nak tinggal anak tu. Siasat betul-betul siapa yang nak mengasuh anak kita tu.
Buat spotcheck sekali sekala pergi buat lawatan mengejut. Bincang dengan pengurusan Taska minta pasang CCTV yang semua parents boleh access pada phone. Bukan xde jual. Murah je system tu. Kita duduk di Office boleh tengok apa jadi kat anak.
Bukan apa. Kesan luka fizikal budak boleh sembuh seminggu dua. Tapi Kesan LUKA EMOSI & MENTAL tu akan kekal sampai ke Tua. Fobia dan Trauma tu akan terkesan pada budak.
PLEASE la. Bukan sekali dua jadi benda ni. Dah banyak sangat dah kes ni. Pengurusan Taska pun, cari pekerja tu yang betul-betul suka budak, ada sifat kasih sayang sikit. Bukan yang desprate looking for job sbb nak duit je.
Apa pun, kedua-dua guru wanita itu yang masing-masing berusia 21 dan 40 tahun ditahan pada Sabtu lalu selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh pengurus pusat perkembangan kanak-kanak itu pada hari yang sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang ibu penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang sempurna, Siti Aafiyah, 3.
Aafiyah Anak Yang Aktif
Berkongsi perkembangan anak sulungnya yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran ketiga, Siti berkata, Aafiyah seorang yang aktif dan mudah dididik.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik.
“Afiyah kalau sukakan sesuatu, dia menunjukkan rasa suka dan keterujaan itu.
“Misalnya ketika latihan sebelum majlis pelancaran Beaukids berlangsung, dia menunjukkan keterujaan apabila menyaksikan dewan dipenuhi gambar dan poster memaparkan wajahnya, apatah lagi bila namanya disebut.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik,” luah Siti.
Populariti Aafiyah & Menjadi Perhatian Umum
Mengulas tentang populariti dan pengaruh dimiliki Aafiyah, kata Siti, apa yang dilalui anaknya itu sama sahaja seperti anak selebriti lain yang turut mendapat perhatian serupa.
“Kalau bercakap soal pengaruh, bukan Aafiyah sahaja, tetapi mana-mana anak selebriti lain juga menjadi perhatian umum.
“Aafiyah mendapat perhatian kerana orang mengikuti perkembangannya dalam Instagram saya.
Pastikan Aafiyah Membesar Seperti Kanak-Kanak Lain
“Bagaimanapun, saya sentiasa memastikan dia membesar seperti kanak-kanak lain dan berkawan dengan semua orang macam saya lalui dulu.
“Cuma satu perkara saya tidak boleh ubah ialah kenyataan dia anak seorang selebriti dan akan sentiasa jadi perhatian,“ katanya yang belum berhasrat membuka akaun Instagram rasmi buat anaknya.
Bila bekerja sendiri pendapatan tak menentu, kena mencarum sendiri untuk simpanan peribadi.Jjadi bila Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) nak bagi RM250 ni, ia salah satu peluang yang mak-mak kena direbut! Peluang ni orang makan gaji pun tak dapat tau.Tapi kena pastikan diri layak ke tak sebab bukan semua orang boleh mencarum dalam skim ini. Sebab ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Merujuk kepada Laman web KWSP, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
Apa Pula Definisi Bekerja Sendiri Dan Tiada Pendapatan Tetap?
Di antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:
Petani / nelayan / pemandu teksi
Peniaga kecil / penjaja / peniaga pasar malam / peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans/takaful dan ejen hartanah
Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
Pemilik perniagaan samada pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan serta perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor dan peguam
Surirumah
Pekerja Berpencen
Syarat-Syarat Kelayakan Lain:
Warganegara Malaysia
“Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
Merupakan ahli KWSP; DAN
Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)
Kena Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.
Jadi kalau nak dapat maksimum RM250 setahun tersebut, kena pastikan anda ada simpanan sebanyak RM1,667 dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ini.
2 Langkah Mudah Nak Mencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
Mudah bukan? Nak lagi senang, masukkan terus RM1,667. Kemudian tunggu setahun, dividen dapat, RM250 pun dapat.
Kalau tak nak bayar lump sum, pastikan anda membuat caruman bulanan. Guna perbankan internet dengan Maybank dan Public Bank pun boleh.
Mudah Saja Nak Dapat RM250 Daripada KWSP
Alhamdulillah, cukup mudah hanya dengan dua langkah saja dah boleh melayakkan anda dapat RM250 daripada KWSP melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...