Baik suami mahupun isteri, kedua-duanya saling melengkapi. Suami seharusnya menyokong, beri semangat kepada isteri. Dan begitulah isteri, sentiasa ada di belakang suaminya. Tidak merentan, sebaliknya membangkitkan kekuatan emosi dan spiritual pasangannya menjadi orang-orang hebat.
Begitulah kekuatan orang-orang hebat yang dikongsikan Siti Suryani Yaakop ini. Jika mahu jadi seperti orang-orang hebat ini, maka berganding bahu, saling lengkap melengkapilah wahai suami isteri.
Rahsia Kejayaan Orang-orang Hebat
Bila saya tengok orang-orang hebat yang berjaya dengan sesuatu yang dia buat.
Selain suka lihat dia punya kejayaan, yang lebih saya suka lihat ialah dia punya pasangan.
Non toxic.
Cuba kita bayangkan begini je. Kalau Ustaz Ebit Lew punya isteri asyik nak merajuk. Nak mengamuk. Saya tak rasa begitu senang dan tenang Ustaz Ebit Lew boleh pergi merata bagi bantuan. Tak balik berhari-hari.
“Asyik tolong orang je, saya tak tolong“.
Cukup isterinya cakap begitu saja. Dah tentu susah hati Ustaz nak keluar merata.
Isteri Tetap Beri Semangat, Jauh Sekali Merungut
Saya ingat ada sekali Cikgu Mohd Fadli Salleh pernah berkongsi kisah isteri beliau bagi semangat. Untuk teruskan apa yang cikgu buat. Tak merungut bila cikgu sampai pagi-pagi baru boleh balik berehat. Sibuk menguruskan Dana Kita.
Sekarang ditambah pula dengan kelas online percuma untuk satu Malaysia. Bukan sikit-sikit pastinya tenaga dan waktu yang nak dikorbankan di situ.
Ads
Perempuan pun ada ramai yang hebat juga. Macam Prof Muhaya, Ustaz Asma’ Harun, Ustazah Norhafizah Musa, Bonda Nor.
Wanita hebat yang mencipta nama dan kredibiliti dalam membuat sesuatu yang memberi makna untuk diri mereka sendiri. Tinggalkan legasi sebelum mati.
Suami Kekuatan Isteri..
Saya ada terbaca sekali Ustazah Asma’ Harun pernah tulis bagaimana beliau mampu kekal untuk berkongsi ilmu merata-rata walaupun ada juga rasa sedih dan putus asa bila ada peristiwa yang melemahkan jiwa. Suami beliaulah orangnya.
Suruh Ustazah teruskan. Malah bantu juga jaga anak-anak yang masih kecil-kecil lagi semuanya. Kalaulah punya nya jenis suami yang asyik nak minta isteri kena taat suami. Kena berbakti pada suami.
Malah, kena buat kerja rumah. Kena jaga anak. Saya tak pasti kita boleh kenal atau tidak nama-nama ini.
Ads
Tak cukup dengan ceramah dan aktiviti, mereka ni semuanya ada buku masing-masing. Nak buat buku ni pun bukan benda mudah. Banyak sekali perlu guna tenaga dan masa. Air mata pun ada kadangkala.
Orang-orang Hebat, Ada Pasangan Yang Kuat Di Belakangnya
Nampak macam tak berhenti-henti dan nampak macam banyaknya masa mereka mampu nak kejar semua. Tapi percayalah, semua ini tak semudah yang kita sangka.
Ada pasangan yang kuat di belakang. Yang tak penting diri. Pasangan yang tak kisah perasaan peribadi. Yang tak larut dalam emosi. Yang teguh menyokong pasangan dalam apa pun situasi.
Mereka sedar kalau suami isteri mereka buat sesuatu yang baik untuk diri sendiri, mereka pasti akan dapat sahamnya sekali.
Ads
Lebih kurang kita berfikir cuma tentang ‘saya’, akan lebih banyaklah ruang untuk kita berfikir tentang ‘kita’.
MW : Sungguhlah mahu menjadi orang-orang hebat ini, sebenarnya kekuatan pasangan itulah menjadi sandaran. Yang menyokong bukan saja emosi, malah bantuan fizikal juga.
Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Nenek Tinggal Sebatang Kara Sejak Kehilangan Suami
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Lebih Rela Berpuasa Daripada Meminta-Minta
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Maryam selamat timang anak kedua. Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh popular Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim yang selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsi oleh Ryzal dan memaklunkan anak keduanya itu lahir pada tarikh yang sama dengan Maryam.
Maryam Selamat Timang Anak Kedua
Ryzal juga turut memaklumkan Maryam selamat melahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulis Ryzal.
Berharap Mampu Jaga Amanah Yang Diberikan
Luah Ryzal lagi, dia dan isteri berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan.
“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan.
“Semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsi Ryzal lagi.
Ucap Selamat Dari Pengikut Di Instagram
Menerusi ruangan komen perkongsian tersebut dilimpahi dengan ucapan selamat dengan kelahiran bayi comel tersebut.
“Alhamdulillah..tahniah Ryzal & Maryam..yeay rina dh jd kakak..mesti dia excited”
“Alhamdulillah. Congrates both of you! Sepasang dah. Selamat berpantang maryam! Takecare”
Elak Pembaziran, Nasi Lebihan Jangan Dibuang Bolehlah Masak Nasi Goreng Kantan Harum Sekampung! Pejam celik pejam celik cepat masa berlalu hari ini sudah hari keenam kita berpuasa. Mak-mak memang tak pernah putus asa bersilat di dapur setiap petang untuk menjamu selera keluarga tercinta sewaktu berbuka.
Elak Pembaziran, Nasi Lebihan Jangan Dibuang
Dalam ekonomi yang mencabar ni jangan membazir tau, mak-mak nasi lebihan mesti tak akan buang, simpanlah dalam peti sejuk kemudian bolehlah masak untuk menu berbuka puasa hari ini. Jom Masak Nasi Goreng Kantan Harum Sekampung, sekali makan mesti nak bertambah lagi.
Bahan-Bahan :
Nasi putih
1/2 mangkuk kecil Ikan bilis
1/2 mangkuk kecil ikan bilis (tumbuk pecah2)
1 biji bawang besar (ditumbuk halus)
2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
15 biji cili padi (ditumbuk halus)
1 mangkuk bunga kantan ( dihiris halus)
3 biji telur
Minyak
Cara Memasak :
1.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing angkat dan ketepikan.
Minyak yang sama, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau.
Masukkan ikan bilis yang telah tumbuk halus kacau hingga garing.
Masukkan cili padi dan bunga kantan.
Sudah garing kemudian masukkan telur. Biar separuh masak baru kacau rata. Goreng sekejap.
Masukkan nasi. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kemudian bolehlah angkat dan hidangkan jangan lupa taburkan ikan bilis yang telah digoreng awal tadi di atas nasi. Selamat mencuba!
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...