Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Baca Lagi Di Sini:
Aeril Zafril & Keluarga Bersyukur, Terselamat Jadi Mangsa Cubaan SIHIR
Usik Mengusik Senda Gurau, Cipta Bahagia Dalam Rumah Tangga Aeril Zafril & Wawa Zainal
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Sumber: Aeril Zafrel
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita