Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Wawa Uruskan Semua Duit Perniagaan
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
10 Tahun Usia Perkahwinan
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
Ads
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Bekerja sebagai seorang Doktor Gigi, Dr Afifah Tawfek atau lebih dikenali dengan Fie mencuri perhatian ramai apabila nekad dengan keputusan mahu meninggalkan kerjayanya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Korbankan Kerjaya Doktor Gigi
Isteri kepada penyanyi yang pernah lahir menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia, Nubhan ini juga senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah ‘pekerjaan’ yang mulia.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Seperti mana dikongsi menerusi akaun Instagram, ketika hari terakhir bekerja sebagai Doktor Gigi di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini Nubhan telah menjemputnya dengan menghadiahkan sejambak bunga. Suaminya juga turut menghadiahkan Fie sekotak perkakas dapur dan kelengkapan pembersihan rumah sebagai permulaan menjadi suri rumah.
Keputusan Fie Sangat Mulia
“Husband @nubhan.ahamad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor xde pulak mcm ni..Hehehehe….”
Keputusan Fie untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh sangat mulia dan diharap pintu rezeki itu sentiasa terbuka walau di mana-mana. Namun pada masa yang sama pasangan romantic ini juga turut gigih mengusahakan produk kecantikan milik mereka sendiri yang diberi nama Lantara Beauty.
Tolong Hormat, Hentikan Andaian Yang Buruk-Buruk
Namun disebalik kegembiraan itu, baru-baru ini, Fie memuat naik entri tentang dirinya yang dikatakan sudah habis kontrak dan pelbagai kata kurang enak dari netizen. Jawabnya;
“Ramai yg ckp sy ni dah hbis kontrak la, “Tak de tempat di klinik kerajaan la, “Mcm2 andaian yg bukan2 org ckp pasal saya. “Salah ke nak berbakti untuk keluarga? “Ini bukti saya ditawarkan sebagai dr permanant di kerajaan dan suami memberikan saya 100% support samada terima atau tolak. “Tp sebaliknya saya pilih keluarga… “Dan saya ada perancangan saya sendiri. “Xsemua perkara sya perlu share dengan semua. “Tolong hormat dengan keputusan saya hentikanlah andaian yang buruk-buruk. I love you gais!️ #sayainsanbiasa @lantarabeauty
MW: Bukan semua wanita sanggup meninggalkan kerjaya demi keluarga. Semoga Fie dan Nubhan dimurahkan rezeki.
Sumber / Sumber Foto : Instagram drfietawfek & @nubhan.ahamad Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibarat air dicincang tak akan putus, begitulah betapa kuatnya ikatan adik-beradik. Setelah ibu, bapa tiada…adik-beradiklah menjadi tempat menumpang kasih. Oleh sebab itu hubungan adik-beradik harus dijaga biar pun masing-masing memiliki kehidupan masing-masing.
Ketika kecil membesar bersama, sudah tentu banyak kenangan dicipta. Oleh itu, jangan sia-siakan kasih sayang yang terjalin. Ketahuilah orang yang tak ambil berat soal adik-beradik, hidupnya tidak ada keberkatan.
Ikuti perkongsian Dai’ Hamidah dan hadam baik-baik:
Orang yang tolak adik-beradik, orang yang tak ambil berat soal adik beradik . Orang itu hidupnya tidak ada keberkatan. Manusia yang bijak dia akan memanfaatkan adik beradiknya untuk dia peroleh kelebihan yang dijamin Baginda Nabi SAW.
Apa yang Nabi Muhammad s.a.w jamin seperti mana yang kita biasa dengar mafhumnya orang yang berusaha nak jaga silaturahim ini dia akan dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki.
(Rezeki jangan hanya faham harta kaya semata-mata, ia lebih dari itu). dua perkara ini impaknya sangat besar dalam kehidupan jika kita cuba fahami sedalam-dalamnya.
Hormat dan Berkasih Sayang Dengan Adik-Beradik
Kedua sebagai manusia kita tidak perlu sombong dengan manusia lain terutama adik beradik sebab kita tak pasti penghujung hidup kita kisahnya bagaimana. Dan matinya kita nanti bukan kita yang akan mandikan sendiri.
Jadi hormat dan berkasih-sayanglah. Buang rasa megah dalam diri sebelum Allah campakkan penyakit “Ron“ seperti mana yang diceritakan baginda nabi kita dalam sebuah hadis yang sohih iaitu hati jadi batu.
Batu yang mana tidak hairan dengan keadaan sekeliling dan tak peduli hal yang baik-baik . Kalau sudah jadi sampai ke peringkat ini, maka ia akan termasuk golongan celaka dan kelak dia akan menyesal yang teramat sangat.
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berbahaya ini dan kehidupan kita dilimpahi barokah wa rahmah oleh Allah Azza Wajalla.
MW: Semoga hubungan kita adik-beradik sentiasa dekat dan diberkati Allah selalu.
Bukan nak cari salah tetapi lelaki patut kenapa kaum Hawa kurang gemar kalau lelaki keluar malam melepak dengan kawan-kawan sampai ke pagi.
Ada wanita tak mampu nak meluah bila dapat suami yang tak boleh ditegur, tapi kalaulah lelaki tahu bahawa beberapa sebab inilah yang buat wanita cukup berkira kalau laki minta keluar lepak malam-malam…
1. Penat melayan anak-anak
Jangan nak kata tugas isteri memang kena jaga anak sebab kalau dah sama-sama cari rezeki, suami patut tolong uruskan anak-anak. Tambah kalau ramai, ada yang minta susu dan ada yang menangis nak tidur. Boleh stres dalam masa 5 minit!
2. Rumah masih bersepah
Tak sempat nak buat kalau anak mula meragam. Balik-balik suami hanya tahu mengarah dan kritik bab rumah bersepah. Tolonglah faham, kadang perempuan tak cukup tangan nak buat semua benda. Nak kemas, waktu malam sebelum tidur lelaki kena sama-sama buat. Esok bangun pagi waktu nak pergi kerja, tidaklah sakit mata nak tinggalkan rumah.
3. Tetiba anak sakit
Dugaan anak sakit ni bukan boleh duga, kalau kena anak sakit waktu suami pergi melepak, tak ke rasa bersalah? Jangan nak salahkan isteri kalau jadi macam-macam.
4. Tiada teman berbual
Biasanya waktu malam adalah peluang isteri nak mengadu dan berkongsi cerita tetapi kalau suami sibuk nak keluar, masa bila dia boleh meluah? Ya, inilah yang boleh buat kaum wanita kecil hati. Rasa sunyi pun makin menebal kalau anak-anak dah tidur.
5. Sunyi
Perasaan ini akan mula terjah bila pusing kanan kiri tiada orang di sisi. Ada televisyen pun tak ada guna kalau tengok sendirian. Sekali pun duduk dengan mak ayah, wanita tetap tak suka suami keluar malam. Kalau mak ayah mula tanya ke mana suami, lagilah hati rasa panas. Rasa ditinggalkan dan tidak adil bila suami sedap melepak di luar.
6. Bahaya
Soal ini kita minta jauhkan daripada berlaku tapi kena fikir juga sebelum terlambat. Dengan keadaan jenayah yang makin berleluasa, lelaki patut ada di sisi wanita.
Sepatutnya bila dah kahwin, lelaki wajib ambil tahu tentang perasaan wanita. Dan patut peduli tentang perasaan yang wanita tak suka suaminya keluar malam melepak setiap hari. Moga lelaki boleh hargai kaum wanita sebelum rasa kurang enak itu ‘meletup’ dan keruhkan hubungan suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.