Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) membawakan misi #QuranHour 2022 dengan Surah Al-Sajdah pada tiga program utamanya iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama JAKIM, TV Al-Hijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara, bersama sinergi media cetak dan elektronik melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal al-Quran.
Kempen ini merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakkan dan diterjemahkan berlandaskan sistem operasi al-Quran serta penyelarasan kerangka fikir yang dipandu Sunnah Rasullulah SAW.
Sertai World #QuranHour
World #QuranHour diadakan pada 24 Ramadan 1443H, bersamaan 26 April 2022, Selasa. Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia. Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022.
Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
Ads
Dua aspek utama dalam solusi ekonomi ummah iaitu aspek pendidikan dan ekonomi akan dibincangkan agar Surah Al-Sajdah ini menjadi panduan untuk perubahan kerangka fikir ummah.
26 April Nanti
Fokus Surah Al-Sajdah adalah sebagai solusi kepada rasa sombong dan kurang bersyukur dalam diri sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara.
Melalui pendidikan tentang sujud seorang hamba seperti diperintahkan dalam Surah Al-Sajdah, formula dari Ilahi ini akan meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH SWT, membuang ego pada sesama dan membuahkan hasil Dunia Berbudi dan Penyayang.
30 Ogos 2022
Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 bersamaan 2 Safar 1444H, sempena sambutan Hari Merdeka, dalam usaha menghayati al-Quran dalam konteks pembangunan Negara yang Berbudi dan Penyayang.
Ads
Program tersebut bertujuan mengajak seluruh rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk bersama memahami intipati Surah Al-Sajdah demi membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformulasi daripada al-Quran.
Panduan al-Quran dirujuk agar keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan memaknai jiwa merdeka yang sebenar serta berusaha membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, saling bertolak ansur, bebas dari gejala negatif yang mampu menggugat ketenteraman negara.
Platform Perkongsian Ilmiah
World Quran Convention (WQC) menjadi platform perkongsian ilmiah dan medan perbincangan berteraskan al-Quran dengan surah dan tema yang dipilih. Program tersebut diadakan pada 17 dan 18 Disember 2022. Perhimpunan di peringkat antarabangsa ini menggabungkan pihak berkepentingan, pakar bidang (subject matter experts) dan orang awam.
Ads
Ia bertujuan memupuk kesedaran, pensejajaran kerangka fikir dan menyediakan ruang wacana al-Quran di peringkat dunia. Siri pertama telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2019. Surah Al-Kahfi sebagai Solusi Cabaran Sejagat untuk tema tahun tersebut.
World Quran Convention 2.0 pada tahun 2021 dengan tema Fatherless Home (Rumah Tanpa Ayah) mengupas Surah Al-Mulk dan mengangkat kembali peranan para ayah sebagai ketua keluarga. Pada tahun 2022, dengan kerjasama Islamic Tourism Malaysia diharapkan program World Quran Convention (WQC) dapat mengumpulkan umat Islam serata dunia bersama dalam memahami dan melestarikan kefahaman Surah Al-Sajdah.
Dengan inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini, diharapkan Al-Quran & As-Sunnah kembali menjadi manual dan rujukan dalam kehidupan sama ada di dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Serbuk kunyit antara salah satu bahan masakan yang penting di dapur.Jika selama ini mak-mak hanya beli je serbuk kunyit, apa kata kali ni cuba buat sendiri.Pasti lebih menjimatkan, tanpa pewarna tambahan dan terjamin kebersihannya.
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Sumaiyah Abdullah, cara hasilkan sendiri serbuk kunyit semulajadi di rumah yang boleh dijadikan panduan;
“Sharing last sebelum hari raya, saya nak share macam mana nak buat homemade serbuk kunyit dekat rumah.”
Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia 7-10 bulan. Kalau nak tahu kunyit dah betul-betul matang, batang dan daun kunyit start mengering. Kunyit yang telah dituai harus diproses dalam tempoh 2-3 hari.
2. Kemudian cuci bersih kunyit tadi. Saya guna berus gigi je. Buang akar sekali tau.
3. Dah cuci bersih, keringkan dan biarkan selama 1 hari. Boleh skip kalau nak cepat.
4. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Kunyit perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Tujuannya adalah untuk;
1. Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi lebih cepat.
2. Menghilang kan bau tanah.
3. Mencantik kan warna.
4. Membunuh kuman atau bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Tempoh merebus atau kukus paling ideal adalah selama 30-45 minit.
5. Ini rupa kunyit setelah dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus pulak. Warna kunyit boleh berubah.
6. Kemudian kunyit tadi dihiris nipis-nipis. Siap untuk dikeringkan.
Tips menjemur;
1. Elakkan direct cahaya matahari. Seeloknya bawah pokok atau bawah bumbung rumah.
2. Keringkan lebih kurang 7-10 hari. Bergantung kepada cuaca. Kalau cuaca panas terik, lagi cepat kering.
7. Inilah hasilnya selepas 5 hari dikeringkan.
8. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam pengisar kering. Ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul halus.
9. Inilah hasilnya. Cantik gitu. Hahaha, masuk angkut bakul sendiri.
10. Cari botol cantik-cantik, kemudian refill. Done, sedia untuk memasak. Selamat mencuba.
Mudah je kan, jadi selepas ni mak-mak bolehlah buat serbuk kunyit sendiri, tak perlu beli lagi dah malah terjamin kebersihannya.
Lelaki yang memiliki 38 orang isteri dan 89 orang anak telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Keluarga terbesar di dunia ini dikatakan telah hilang seorang ketua keluarga iaitu seorang suami dan juga ayah.
Lelaki Miliki 38 Isteri 89 Anak Meninggal Dunia
Seorang lelaki di New Delhi, India dari negeri timur laut Mizoram yang dipercayai mempunyai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak, dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad di usia 76 tahun.
Menurut Agensi Anadolu, kematian Ziona Chana diumumkan Ketua Menteri Mizoram Zoramthanga di Twitter.
Keluarga Terbesar Dunia Hilang ‘KETUA”
“Dengan dukacita, #Mizoram mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Zion-a (76), yang dipercayai memiliki keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak,” katanya.
Zoramthanga berkata, Mizoram dari daerah Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan pelancong utama di negeri ini kerana keluarganya.
Chana, ketua sektor agama dikenali ‘Chana Pawl’, yang diasaskan bapanya pada 1942, yang membenarkan poligami.
Menurut pegawai, Chana, yang juga mempunyai ramai cucu, meninggal dunia pada petang Ahad.
“Beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di daerah lain dan menurut laporan yang diterima, dia meninggal dunia hari ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya Daerah, Serchhip Kumar Abhishek.
Bekas ketua menteri Mizoram dan pemimpin politik kanan parti Kongres Nasional India, Lal Thanhawla, berkata, “Kematiannya (Chana) kehilangan sangat besar bagi semua orang… Keluarga itu sangat berdisiplin dan ada banyak perkara yang perlu dipelajari daripada mereka.” – Bernama
Mingguan Wanita : Ternyata bukan mudah menguruskan sebuah keluarga yang besar. Terfikir bagaimana si mati dapat mentadbir keluarganya dengan baik agar semuanya sentiasa berdisiplin seperti yang dilaporkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Kejamnya kematian sadis yang menimpa kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun yang berlaku di Kasur, Pakistan baru-baru ini. Misteri kehilangan kanak-kanak tersebut terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu.
Hilang Selepas Pergi Mengaji
Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran pada Khamis lepas. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.Zainab dilaporkan tinggal dirumah ibu saudaranya, sementara ibu dan ayah Zainab menunaikan umrah di Arab Saudi.
Menurut laporan polis, hasil laporan awal bedah siasat menyatakan, Zainab telah dirogol berulang kali dan mayatnya ditemui hanya selepas 4 atau lima hari selepas kejadian.Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.
Ini bukan pertama kerakusan sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan dalam tempoh terdekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.
Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.
Solidariti untuk Zainab
Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya. Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini.
Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.
Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.
Rakaman CCTV
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis.
Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial.Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.
We Want #JusticeforZainab
12th such tragedy where girls like zainab were raped & then murdered in Kasur Bt Justice is always denied & we will have to suffer more because BEASTS are ruling us.
And don’t dare to shout 4 justice Punjab Police will kill U. pic.twitter.com/7ieUFKE5CH
Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kritket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...