Memang kita sebagai kawan, tidak akan sampai hati bila melihat kawan meminta bantuan, lebih-lebih lagi dalam meminjam wang. Kita tentunya akan beri hutang padanya. Jika sedikit, kira halal sahaja dan anggap sebagai bantuan.

Tapi bagaimana pula dengan kawan yang ingin berhutang dengan jumlah yang banyak? Nak kata tak ada duit, kan takut tak ada langsung pula. Ada pun untuk simpinan pada hari-hari terdesak kemudian nanti.

Mahu tolong kawan, sanggup beri hutang dan percaya kawan akan bayar nanti. Itulah baru dikatakan kawan sejati, menolong kawan dalam susah.

Walau bagaimanapun, hutang juga boleh menyebabkan kita hilang kawan. Jangan main-main. Memang kita anggap macam perkara kecil tapi pinjam dalam jumlah yang banyak, nak tak nak kenalah bayar sebab kita pun sanggup keluarkan duit simpanan semata-mata nak tolong kawan.

Perkongsian daripada Abe Nazz Zain ini adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi pada dirinya. Moga ia dijadikan panduan dan ingatan untuk kita semua.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Selesaikan Hutang RM20K Dalam Tempoh Dua Bulan. 3 Tip Ini Betul-Betul Membantu

Hidup Perlu Banyak Bersyukur, Jangan Berlawan Dengan Orang Hingga Terbeban Hutang

Info Lebih Menarik DI SINI

KALAU NAK HILANG KAWAN – BERI HUTANG

Hutang. Ia bisa membantu dan ia juga bisa meruntuhkan persahabatan.

Masa anak perempuan Abe sekolah rendah dulu, dia ada teman rapat.

Abe pun baik dengan ibu-bapa best friend anak Abe tu.

Parents dia selalu hantar anak dia bermalam kat rumah lama Abe. Sleep over.

Pernah sekali isteri dia slipped disc dan perlukan wang pembedahan. Abe masa tu tengah sakit sebab baru berhenti kerja dan tengah stabilkan semula kewangan Abe.

Tapi Abe tolong dengan sedikit wang ringgit sebab Abe hargai persahabatan kami.

IKLAN

Nak dijadikan cerita, tahun lepas, seperti yang dijangka, rizab kecemasan Abe merudum teruk

Abe dah jangka ini akan berlaku sebab dalam proses mengubah hidup Abe dari seorang yang makan gaji besar ke seorang perunding unit amanah sepenuh masa, the bottom point will inevitably happen.

And that bottom point happened in May 2019. Tapi Abe tetap positif.

Kerana Abe berpegang that you cannot get any lower after you have reach the bottom point. It is all way up from there on.

Di saat Abe menempuh the lowest point dalam kewangan Abe, tiba-tiba ayah kepada best friend Abe mesej.

Katanya dia perlukan RM 3 ribu. Dia janji akan bayar menjelang September.

Abe check rizab kecemasan Abe. Abe kata Abe pun dah tak cukup mana ni.

Tapi Abe ada duit Abe simpan untuk bayar yuran sekolah antarabangsa anak perempuan Abe. Abe perlukan duit itu menjelang September.

Jadi Abe kata, takpelah demi persahabatan anak kita, Abe bagilah pinjam duit ribu-ribu ni. Tapi mohon bayar semula pada September.

IKLAN

Tapi menjelang September dia tak bayar juga. Dia minta tangguh bayaran.

Stress pula Abe sampaikan Abe terpaksa jual Volkswagen Polo Turbo Abe untuk melancarkan aliran tunai Abe.

Untuk membesarkan semula rizab kecemasan Abie, Abe terpaksa jual rumah teres kesayangan Abe murah-murah.

Kemudian dia masih tak bayar sampaikan Abe terduduk. Abe ni dah senak masa tu. Kenapalah dia tak tunaikan janji?

Abe mesej dia tak balas. Last sekali Abe mesej isteri dia. Isteri dia malu dan bayarkan on behalf of him.

Sebenarnya tak kisah kalau dia bayar 500 sebulan pun. Tapi bila dah macam lari-lari tak bestlah.

Akhirnya hutang itu terlangsai. Tapi at what expense?

At the expense of our friendship and our kids’ friendship.

IKLAN

Sekarang anak Abe dah tak boleh ajak dah anak dia datang bermalam di rumah kami. Kesian pula Abe tengok anak Abe lost her best friend.

#MoralOfTheStory – Panduan Kita Bersama

Janganlah bagi hutang pada orang. Bagilah satu amount sedekah pada mereka. Jika mereka minta 3 ribu, berilah 300 Ringgit sedekah.

Atau any amount yang anda sanggup tutup mata. Anggaplah ianya sebagai sedekah.

Sebab tak worth it anda hilang persahabatan kerana hutang. Just not worth it.

Kalau dia minta hutang sekarang mungkin Abe tak kisah sangat now. Sebab Abe dah semi-retired level dah.

Tapi dia minta masa Abe tengah sakit. Tapi sayang sekali, he did not even appreciate it.

Semoga kita semua menghargai persahabatan. Janganlah minta hutang jika anda tahu anda tak mampu membayarnya.

The damage has been done. Sayangnya anak Abe dah takde dah best friend dia.

Semoga kisah benar ini bermanfaat. Until Then, Happy Appreciating Your Friend’s Sacrifice

MW: Kadang-kadang, kita tak sampai hati tengok kawan dalam kesusahan.

Sumber: Abe Nazz Zain
– Pernah Jatuh Ke Lurah Terbawah Demi Kebebasan Kewangan

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI