Kadang-kadang bila ada baby baru, mak ayah akan utamakan keselamatan dan perasaan si kecil hingga terlepas pandang adik-beradiknya yang lebih besar terutamanya anak sulung. Dalam tak sedar, anak sulung selalu kena marah atas kesilapan adik yang masih kecil. Jangan biarkan situasi ini berlarutan.
Mak, ayah harus berhati-hati dalam marah anak yang lebuh besar, bimbang lama-lama mereka memendam perasaan lalu timbul perasaan benci dan dengki kepada adiknya. Jika tak dibendung dan dikawal boleh retak hubungan mereka adik-beradik.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais ini sebaiknya:
Sambil pangku Aisy tidur isteri tanya Rania sesuatu.
Jawapan Rania sangat menyayat hati saya dan isteri.
“Rania, Rania kalau Rania dapat adik lagi Rania suka tak?”
Tiba tiba suasana jadi suram. Rania yang tadinya ceria tak semena-mena tukar jadi cuka.
Sayup-sayup suara Rania menjawab,
“Rania suka adik tapi nanti mama papa yang tak suka Rania”
Tersentak kami berdua….
Saya pun cepat-cepat tanya,
“Kenapa Rania cakap macam tu?”
Jelas nampak berat hendak jawab tapi Rania jawab juga soalan itu.
“Aisy pukul Rania, Rania kena marah.
Aisy tak nak tidur, Rania kena marah.
Aisy yang sepahkan mainan… Rania kena marah. Semua Aisy buat Rania yang kena marah.
Kalau ada adik nanti lagi banyak Rania kena marah. Tak nak kena marah lagi”
Aduh. Sentak jiwa dengarnya.
Kadang kadang kita memang tak perasan oleh kerana anak bongsu kita jadi terlalu “protective” dekat dia.
Selalu utamakan dia.
Sampaikan emosi anak yang lebih besar jadi “vulnerable” pada emosi negatif pun kita tak perasan.
Patutlah kita nampak anak sulung ni kadang kadang macam jelous, dengki dan senang baran dengan adik. Rupa-rupanya ini punca dia.
Kesian. Rupanya di sebalik tubuh kecil itu terpendam emosi pahit yang besar. Jika tak di rawat awal boleh retak hubungan adik-beradik nanti.
Nasib baik dapat kesan awal masalah ini, bolehlah rawat sebelum jadi parah.
Selepas slowtalk dengan isteri kami setuju untuk lebih berhati-hati sebelum hendak marah anak.
5 perkara ni memang kena ubah.
– Jangan marah tapi tegas
– Jangan respon tapi interaksi
– Jangan emosi tapi empati
– Jangan hukum tapi nilai
– Jangan jadi perfect!
Yang penting pastikan marah anak itu bukan disebabkan letusan emosi tapi sebab hendak mendidik.
Semoga kita semua jadi lebih tabah serta adil dalam mendidik. Amin.
Saya izin share.
#Fhais
#NotaKekeluargaan
MW: Selepas ini, selain utamakan perasaan anak yang kecil, fikirkan juga anak yang lebih besar. Kasihan jika lama-lama mereka terasa lalu memendam perasaan.
Sumber: Mohd Fhais