Hiburan

Berhabis RM300,000 Untuk Majlis Persandingan, Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Jamu 5,000 Tetamu

Share

Gelaran ‘pengantin sampah’ yang dilempar netizen kepada pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah langsung tidak memberi kesan terhadap pasangan ini.

Pernah mencetus kontroversi apabila mengambil keputusan bernikah di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu, pasangan pempengaruh ini kini sedang berada pada fasa  bahagia dan melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni meski tidak terlepas daripada kecaman ramai.

Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.

“”Meskipun ramai yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang,” katanya.

Nikah Di Thailand

Siti Jamumall pada masa sama melahirkan rasa syukur apabila ramai tetamu yang hadir selain ada yang menitipkan doa kebahagiaan untuk dia dan suami.  

“Kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.

“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini dibuat dalam masa yang singkat, tak sampai dua

bulan.

“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja di majlis persandingannya itu.

Apabila ditanya mengenai kos majlis secara keseluruhan, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata majlis istimewa untuk meraikan keluarga, kenalan dan para peminat ini mempruntukkan perbelanjaan sekitar RM200,000 dan kalau ditambah dengan nilai tajaan, boleh cecah lebih RM300,000.

Gimik Teater Sampah

Majlis persandingan pasangan ini mencipta kelainan apabila menampilkan gimik drama teater yang melakonkan semula kisah hidup mereka yang dianggap ‘sampah’oleh netizen, sekaligus memberi makna mendalam serta memukau tetamu. 

Selain itu, turut diadakan persembahan silat, tarian tradisional serta persembahan nyanyian daripada Zizi Kirana dan Ayu Damit.

Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

Published by
Rosmah Idayu