Jenama Baju Melayu Bulan Bintang sememangnya ‘berbelanja besar’ tahun ini untuk meraikan para pelanggannya. Mana tidaknya, lebih dari RM200,000 dibelanjakan untuk menghargai para pelanggan dengan pelbagai hadiah menarik yang sukar untuk dilepaskan.
Menurut Azzim Zahid Azmi, atau lebih mesra dipanggil Meri, pengasas Baju Melayu Bulan Bintang ini telah mengumumkan langkah berani dan memberi inspirasi dengan memperuntukan lebih dari RM200,000 untuk memberi hadiah pakej umrah kepada pelanggannya.
Menyedari bahawa pakej umrah adalah impian bagi banyak pelanggan, Azzim membuat keputusan yang berani untuk menjadikan impian itu kenyataan bagi beberapa individu yang bertuah.
“Lebih dari 70% hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta antaranya termasuklah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian telah dimenangi oleh pelanggan bertuah. Semua hadiah ini perlu ‘berpindah milik’ ke tangan pemenang sebelum Aidilfitri ini,” ujar Azzim kepada para media.
Tambahnya lagi, dengan memberikan pakej umrah sebagai hadiah kepada pelanggan, Azzim berharap bahawa ini bukan hanya menjadi satu pengalaman yang berharga, tetapi juga satu bentuk apresiasi yang mendalam terhadap sokongan yang diberikan oleh pelanggan. Langkah ini juga diharapkan dapat memperkuat lagi ikatan antara Baju Melayu Bulan Bintang dengan pelanggan-pelanggannya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isu Kieda Crepe Ada Unsur Paksaan Belian, Ustaz Lariba Beri Penerangan Paling Jelas Mudah Difahami
GAJI Isteri Lebih Besar Daripada Suami, Masing-Masing Kena SEDAR DIRI
Pengorbanan Guru Bantu Murid Cina Susah, Tak Pandai, Satu Famili Panggil ‘Cikgu Mak’
Azzim ditemui ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.
Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang turut sertai bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.
Follow Mingguan Wanita di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE