Bergelar OKU sejak dari kecil bukanlah bermakan kita perlu meratapi ketentuan yang telah diberikan olehNya. Ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu. Begitu juga dengan keadaan sekarang, tiada siapa yang menduga ada yang akan hilang pendapatan mahupun pekerjaan.
Nak tak nak, kena usaha untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa. Begitu jugalah dengan Muhammad Azamirudin Bin Ismail, 27 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Amir, walaupun bergelar OKU tapi semangat kuat untuk membantu orang lain yang memerlukan.
Hebatnya, dalam usaha membantu orang lain, dia sanggup keluarkan sumbangan dari hasil titik peluh sendiri tanpa mana-mana dana atau sumbangan lain.
Anak kelahiran Sg Petani, Kedah ini boleh dikatakan sangat aktif dalam menjalankan misi bantuan untuk penduduk setempatnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Food Bank, Bantuan Kesihatan, Terapi & Kaunseling Percuma “Harap Ringankan Beban Yang Terkesan”
Kalau Orang Betul SUSAH, Dapat SEKECIL Bantuan Pun Sudah Bersyukur Sangat
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Menurut Amir, kebiasan bantuan yang diberikan olehnya seperti barangan keperluan harian, iaitu barangan beras, minyak, gula dan lain-lain lagi. Ada kalanya, dia akan memberi memberi barang keperluan masakan ( barang basah).
BOLEH DAPATKAN KEPERLUAN DAPUR DI SINI
Walaupun keadaan dirinya yang agak terhad dari segi pergerakan, tapi ia langsung tidak mematahkan semangatknya. Malah, ada kalanya aa yang Amir lakukan ini turut dibantu oleh oleh keluarga dan rakan-rakan dalam menyampaikan hasrat memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan
Memandangkan bantuan yang diberikan terdiri daripada barangan masakan asas. Jadi, agihan bantuan yang dihulurkan diberi adalah kepada golongan yang terjejas pendapatan mereka, seperti kehilangan pekerjaan sewaktu pandemic covid-19, ibu tunggal, warga emas, fakir miskin dan golongan Orang Kurang Upaya OKU.
Apa yang membuatkan anak tunggal ini berhasrat untuk memberi sumbangan sedemikian adalah sejak bermulanya tempoh perintah kawalan pergerakan PKP. Dia menjalan misi bantuan kepada yang memerlukan, mengutamakan jiran-jiran yang berdekatan uang memerlukan bantuan.
Baginya, walaupun keadaan dirinya begitu tapi sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua orang, walaupun tak seberapa.
Apa yang menarik perhatian, sumbangan bantuan yang diberikan oleh Amir ini adalah dengan hasil titik peluhnya dengan wang simpanan perniagaan yang disimpan dan dikongsi kepada yang memerlukan.
Syukur kerana ada ada kalanya mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang melihat aktiviti bantuan dibuat oleh Amir. Kawannya turut memberi sokongan dari segi bantuan kewangan dan barang-barang dan mewakilkan Amir sendiri untuk menyampaikannya
Hasil titik peluh yang dimaksudkan oleh Amir adalah dari jualan produk yang dijual atas jenamanya sendiri. Secara jujur, menurutnya, produk ini dikeluarkan adalah bagi tujuan membantu mendapatkan kewangan dan dana bagi tujuan kutipan kewangan untuknya menjalankan aktiviti-aktiviti amal ini.
Oleh kerana fokus utama jualan perfume ini adalah mengumpulkan hasil jualan dan dana ini , ia turut akan disumbangkan kepada tabung pembangunan Palestin kepada wakil NGO yang berdaftar.
Sesiapa yang ingin mendapatkan produk ini atau yang ingin mahu melibatkan diri di dalam keusahawanan jualan perfume ini anda juga boleh membuat branding jenama perfume anda yang tersendiri, boleh hubunginya di talian 019 565 9026.
Mudah-mudahan, dengan aktiviti yang Amir lakukan ini dapat memberi semangat kepada mereka di luar sana untuk saling membantu antara satu sama lain.
Mingguan Wanita : Semoga hasrat murni Air ini sentiasa berterusan dan menjadi ikutan anak-anak muda di luar sana.
Kredit: Amir Azam
https://www.facebook.com/amir.azam.5/videos/800274514016403
Menarik Lagi Di Sini: Ustaz Ebit Lew Sebak & Terharu, Dihadiahkan Dua Kenderaan Pikap Kegunaan Misi Bantuan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita