Bergedil Kentang Sosej Puas Hati Makan, Sekilo Kentang Boleh Dapat 25 Biji

Share

Selain menjimatkan memang puas hati bila dapat makan bergedil kentang yang dibuat sendiri. Selalunya bergedil kentang ini dinikmati dengan menu seperti soto, namun ia juga sedap dimakan begitu sahaja untuk hidangan minum petang.Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri bergedil kentang sosej yang dikongsikan oleh Puan Leesa Alif.

Berikut perkongsian resipi oleh beliau;

Done.Untuk petang..selalu beli seketol singgit.. tak puas makan…kalau lambat pi selalu abihhh…
Hari nie…puas hati ceq…beli kentang sekilo…bikin sendiri jaa.nak sangat makan kan.

Bahan-Bahan:

1kg kentang (Dibuang kulit basuh bersih,potong-potong dan digoreng sampai kekuningan.Angkat dan lenyekkan sampai hancur masa panas-panas.)
Segenggam lobak merah yang dicincang
Segenggam bawang goreng
Segenggam daun bawang & daun sup yang dihiris
Sebiji telur ayam
Sebiji bawang besar dicincang
5 batang sosej dicincang
Sedikit garam
Sesudu kecil lada sulah

Cara Membuat:

1.Gaul rata semua bahan-bahan tersebut.

2.Saja buat bentuk bunga. Acuan tu sapu sedikit minyak sikit.Isi adunan dalam acuan, tekan-tekan padat-padatkan, baru senang untuk dikeluarkan.Susun dalam loyang.Nak buat bentuk bulat-bulat pun boleh suka hati.

3.Celup bergedil dengan sebiji telur pun dah cukup untuk sekilo adunan tadi.

4.Goreng sampai sedikit kekuningan dan nampak garing sikit.

5.Dah nampak garing sikit bolehlaa diangkat dan toskan minyaknya.

Anggaran boleh dapat 25 biji. Sedap dicicah dengan sambal kicap.

Siap selamat mencuba!

Sumber: Leesa Alif

Published by
Suhaidah Abd Wahab