Selain menjimatkan memang puas hati bila dapat makan bergedil kentang yang dibuat sendiri. Selalunya bergedil kentang ini dinikmati dengan menu seperti soto, namun ia juga sedap dimakan begitu sahaja untuk hidangan minum petang.Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri bergedil kentang sosej yang dikongsikan oleh Puan Leesa Alif.
Berikut perkongsian resipi oleh beliau;
Done.Untuk petang..selalu beli seketol singgit.. tak puas makan…kalau lambat pi selalu abihhh…
Hari nie…puas hati ceq…beli kentang sekilo…bikin sendiri jaa.nak sangat makan kan.
Bahan-Bahan:
1kg kentang (Dibuang kulit basuh bersih,potong-potong dan digoreng sampai kekuningan.Angkat dan lenyekkan sampai hancur masa panas-panas.)
Segenggam lobak merah yang dicincang
Segenggam bawang goreng
Segenggam daun bawang & daun sup yang dihiris
Sebiji telur ayam
Sebiji bawang besar dicincang
5 batang sosej dicincang
Sedikit garam
Sesudu kecil lada sulah
Cara Membuat:
1.Gaul rata semua bahan-bahan tersebut.
2.Saja buat bentuk bunga. Acuan tu sapu sedikit minyak sikit.Isi adunan dalam acuan, tekan-tekan padat-padatkan, baru senang untuk dikeluarkan.Susun dalam loyang.Nak buat bentuk bulat-bulat pun boleh suka hati.
3.Celup bergedil dengan sebiji telur pun dah cukup untuk sekilo adunan tadi.
4.Goreng sampai sedikit kekuningan dan nampak garing sikit.
5.Dah nampak garing sikit bolehlaa diangkat dan toskan minyaknya.
Anggaran boleh dapat 25 biji. Sedap dicicah dengan sambal kicap.
Siap selamat mencuba!
Sumber: Leesa Alif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Cuba Sepahkan, Rumah Tetap Kemas Semula’ Misi Menyepah Tiga Bulus Gagal
Gelagat tiga bulus, Garfield (Oyen), Maya (Abu0abu) dan Kora (muka gelap badan putih) ini ternyata menghiburkan. Kisahnya, macam-macam usaha tiga bulus ni buat nak bagi sepahkan rumah owner kesayangan, Zuraita Mohd Anua.
Sudahnya, usaha mereka semua gagal.
Mencuit hati betul setiap jalan cerita yang dikongsikan pemiliknya pada setiap gambar yang dikongsi. Apa pun, pelihara kucing ini kalau hati ikhlas memang mengundang bahagia di hati. Murah rezeki pun iya.
Kongsi Zuraita tentang anak-anak bulusnya dalam grup Kucing Sepah Apa Hari Ini?. “Kami cuba untuk sepahkan rumah tapi rumah tetap kemas semula seperti sediakala. Mungkin ada pari-pari yang telah mengemaskannya kembali!”
Misi Sepahkan Rumah Bermula
Kami cuba untuk makan bersepah tapi tetap tak berjaya. Makanan tak tumpah-tumpah. Elok je dalam bekas.
Saya sengaja gugurkan bulu tapi si bulat putih itu telah membersihkannya sepantas kilat. Saya gagal lagi menyepahkan rumah.
Kami berdua cuba untuk bergaduh supaya keadaan rumah huru hara tapi ternyata kami sukar memulakan permusuhan.
Kami main aucak sambil cuba merosakkan bunga di atas meja tapi bunga itu kelihatan kebal dan tak goyah walau apapun.
Selagi Belum Berjaya..
Saya cuba minum gaya orang mabuk supaya tumpah tapi rupanya saya pun tak tahu orang mabuk itu bagaimana. Kesudahannya, saya minum dengan tertib sekali.
Saya cuba untuk cakar tetapi seakan ada mata ibu peri yang melirik. Saya jadi takut dan cuma duduk sopan di atas kerusi ini.
Saya ingin jatuhkan bunga itu tapi bunga itu baik, tidak pernah sekali cuba menjatuhkan saya.
Saya cuba untuk tinggalkan sedikit benang carik di atas sofa ini tetapi kuku saya tidak mahu melakukannya.
Kami berdua cuba untuk menyepahkan katil yang sudah kemas ini namun ternyata gagal kerana katil itu terlalu empuk untuk kami landing.
Saya melihat jam lagi 0.02 saat menunjukkan masa untuk saya membuat sepah. Tapi ya, saya sekadar terdiam kerana saya merasa cantik dalam posisi ini. Saya berhasrat untuk maintain cantik sahaja.
Ya kami bertiga rupanya tak pernah membuat sepah. Kami begitu behave. Yang suka membuat sepah itu rupa-rupanya anak manusia ini!!! Lihat saja mejanya. Belum lagi dalam lemarinya. Ya ampun!
MW : Hahaha.. rupanya bukan kucing-kucing comel ini yang sukan buat sepah ya..
Baca sini : Penuh kucing jaga jenazah mama sebelum dikebumikan – Serina Redzuawan
Sumber/Foto : Zuraita Mohd Anua
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cuti Panjang 2 Minggu, Tunaikan Keinginan Anak Isteri,” Petanda Suami Sebelum Dijemput PULANG
Petanda suami. Mungkin tanpa kita sedar, kelakuan pasangan itu seperti ‘buang tabiat’ sebab sebelum ini idak pernah berkelakuan demikian. Berubah sikap untuk lebih baik atau sebaliknya.
Begitulah bila orang yang kita sayang ingin pergi selamanya, Ada perkara yang kita rasa pelik, tak pernah berkelakuan begitu, sebelum ini tidak suka makan itu ini. Rupnya itulah petanda yang ditunjukkan bahawa dia akan akan pergi tinggalkan orang tersayang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ibu Kongsi Lukisan Terakhir Anak Syurga, Aydan Gembira “Dibedung” Rupanya Petanda Tubuhnya Dikapan
“Teringatkan Suami Di Kampung Jadi Petanda.” Sedih Hilang Dua Orang Tersayang Dalam 48 Jam
Petanda Suami, Dapat Sambut Beraya & Cuti Panjang 2 Minggu
Kisah yang cukup merobek hati, tidak lagi tempat mengadu dan yang ada sekarang hanyalah kenangan yang terlipat rapi apabila dapat sambut raya selama dua minggu bersama adalah petanda suami akan pergi selamanya.
Rentetan kisah seorang isteri yang kehilangan suami tersayang. Tinggalkan 5 orang anak yang masih kecil.
22 April 2023
1 Syawal 1444
Sabtu
Raya terakhir kita bersama
Tahun ke 11 usia perkahwinan + 6 anak (1 di syurga)
Kronologi:
17 April 2023 @ 9pm dapat call dari arwah.
Arwah bagitahu dia kemalangan di Gua Musang. Iaitu dalam perjalanan balik dari PD ke Kota Bharu. Arwah terbabas dan kereta berpusing & terbalik.
Hanya kereta Myvi yang masuk bengkel, arwah elok takde sebarang cedera.
Gigih usaha nak balik juga sebab tahu saya sedang menanti di rumah dengan hidangan yang direquest suami. (Terima kasih Black susah payah pergi ambil Mat dan bawak balik rumah dengan selamat).
Sampai kat rumah walaupun dah pukul 4 pagi (18 April) tetap sangat berselera makan bertambah-tambah rasa puas hati masak dan tunggu sampai.
2 minggu ambil cuti untuk bersama keluarga adalah pertama kali satu cuti panjang pernah arwah ambil selama kami berPJJ sejak mula kawin. (Alhamdulillah rezeki dapat berlama lama dengan suami)
Selama 2 minggu cuti raya, arwah sebenarnya dah ada perubahan/tanda nak tinggalkan kami.
Segala yang bukan kebiasaan dia, dia buat dan berusaha sehabis baik nak sempurnakan segala keinginan saya dan anak-anak. Nak bg saya dan anak-anak gembira dan bahagia (rupanya yang terakhir)
Selama ni dia dah baik tapi kali ni الله bagi dia lagi baik.
Baik menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga seorang ayah. Atau sebab lama tak balik jumpa kami kan jadi mesti rindu dan nak buat yang
terbaik. Bagi tahun 2023 ni pertama kali dia ambil cuti untuk balik jumpa kami anak beranak. Dan rupanya kali terakhir juga..
Tak Mampu Habiskan Nasi
1 Mei – Arwah bertolak semula utk mula kerja setelah lama bercuti. Breakfast pagi sebelum bertolak arwah dh tak habis pun nasi 1 bungkus dia minta saya habiskan sisa nasi dia. Selalunya dia makan banyak..
Rupanya adalah kali terakhir saya dan anak 5 bersama arwah…Ya الله…
2 & 3 Mei – Arwah hanya buat 1x sahaja buat video call dan tak ada masing-masing macam biasa seperti sebelum ni.
4 Mei – Saya tak dapat berhubung dengan dia. Call tak jawab.
Mungkin sibuk kerja. Selalunya mcm mana sibuk pun dia mesti akan call balik. Tapi masa tu dia tak call balik.
5 Mei 2023 | 14 Syawal 1444H | Jumaat | 930am:
Pagi tu saya tengah ondafon dengan Shazwani Aika bff saya. Kami memangsembang setiap hari. Sbb sorang di KL sorang di Kelantan. Saling menemani satu sama lain.
Tiba-tiba dapat call di no hp 1 lagi yang tertera nama Inspector Azmin. Saya pelik kenapa polis call saya. Hati saya dah tak keruan tapi saya angkat juga telefon.
Dialog polis tu sebijik macam drama.
Mati-mati ingat kena prank.
Polis: Hello, boleh saya tahu saya cakap dengan siapa? Ini isteri encik Mohd Selamat ke? Saya dapat no hp Puan dari emergency contact pada hp En Mohd Selamat.
Saya: Ya saya. Kenapa ye? Ada hal apa ye?
Polis: Macam ni puan. Puan sabar dengar dengan tenang apa yang saya nak sampaikan. Suami puan kemalangan jalan raya di Lebuhraya plus di Melaka.
Saya: Allah…habis tu suami saya macam mana ye encik?
Polis: Puan kat mana? Kat rumah ke? Puan tengah berdiri ke? Puan duduk dlu. Tarik nafas.
(Saya dah gelabah)
Saya: الله kenapa ni encik suami saya macam mana? Dia ok ke Encik ?
Polis: Maaf puan..suami puan meninggal dunia.
Saya: Betul ke ni encik?!!! Kalau betul suami saya naik kereta apa?
Polis: Estima
Saya: Bukan kereta dia tu encik!
Polis: Maaf2 Mitsubishi Lancer kemalangan dengan Estima. Saya nak minta puan datang ke Hospital Alor Gajah untuk pengecaman mayat..
Saya dah meraung raung dekat Wanie..Wanie dah menangis sekali sebab masih tak percaya lagi semua ni tengah berlaku..
Saya dah tak tahu nak buat apa time ni.
Wanie la yang call adik saya, adik suami yang tinggal di KB ni untuk teman saya ke Melaka.
Terus Adik ipar saya datang kami ke airport tanpa fikir apa2 selain nak sampai cepat ke Hosp Alor Gajah.
Tinggal 5 anak parents jagakan macam tu je sebab kepala dah blank tak boleh berfikir apa2.
Peluang Sambut Raya Bersama
Allah bagi dia balik dengan selamat masa kemalangan nak balik sambut raya haritu sebab Allah nak bagi peluang arwah sambut raya & spend time dengan kami setelah lama berjauhan..
Allah bagi arwah kesempatan untuk layan kami baik-baik & tunaikan tanggungjawab bahagiakan kami anak beranak buat kali terakhir.
Terima kasih الله..
Sampai airport KB 1130am terus beli tiket di kaunter dan check in. Flight 1.45pm. Tq byk2 Kak Nonie & Abe hantar kami ke airport. Semasa dalam flight fikiran saya melayang..saya teringat balik rupanya ini kemalangan kedua dalam selang masa 18 hari. Perjalanan 1 jam yang paling panjang saya rasa…sebab hati dah meronta ronta tak sabar nak jumpa dan pastikan mayat tu bukan suami saya..
Pukul 3pm tiba di Klia2 Wanie dan suami dah bersedia pickup di sana.
Suami dia amek half day nk bawak kami berdua ke Hospital Alor Gajah Melaka.
Tiba di Forensik saya dimaklumkan mayat masih tengah proses postmortem.
Ramai saudara mara dan kawan-kawan kerja arwah dah menunggu di situ.
5pm postmortem siap dan kena tunggu IO datang bawak saya ke balai polis untuk buat report.
Dr Asyraf forensik disitu mengambarkan keadaan fizikal suami akibat kemalangan.
Bg hint dan clue supaya bersedia bila masuk utk pengecaman.
Wajah Tenang
Masuk bilik cam mayat dgn Kak Nor kakak arwah tanpa rasa apa dlm hati. Mungkin sbb terkejut dan tetap rasa mcm mimpi tak percaya walaupun dh tengok depan mata atau Allah betul2 bagi tenang je waktu tu.
Dan bila tengok muka suami masa tu belum mandikan lagi sebab baru selesai postmortem tapi wajah arwah cantik, elok macam tidur je.
Muka arwah tak de terusik kecuali sedikit calar sahaja di pipi & dahi. الله jaga wajah yang selalu senyum ni..
Di kepala ada kesan jahitan rupanya akibat kejadian IO tersebut ke unit forensik bawak otak suami dlm plastik.
Ye otak dikutip atas jalan raya dan diletakkan dalam plastik ke unit forensik.
Tapi bila saya buat pengecaman mayat, kuasa Allah elok cantik je bentuk muka dan kepala arwah takde beza langsung! Tak nampak mcm exciden yg dikatakan.
Selesai pengecaman saya kena ke balai polis utk buat report dan ambil brg2 dlm kereta yg suami guna semasa kejadian.
Kereta kedua kami iaitu kereta milik suami sendiri yg dia beli dan beri saya guna sepenuhnya selama ini dan itu kali pertama dia guna selama umur sudah 7 tahun kereta tersebut sebab kereta Myvi masuk bengkel. Kereta mmg total lost.
Hanya Mayat Suami Seorang
Yg agak hairan ialah hanya mayat arwah sahaja di unit forensik sepanjang hari tersebut.
Dan Allahu, rupanya pakar forensik bukan available sokmo tp ada yg kadang sebenarnya nak postmortem mayat kena simpan 24 jam baru dpt lakukan prosedur tersebut.
Tapi utk kes arwah ni boleh terus dapat ondaspot Dr. pakar forensik tersbut. Dari awal mudahkan urusan arwah ni..Alhamdulillah
Selesai semua pukul 830pm.
Gerak balik ke Kelantan naik van jenazah dgn Siti ipar saya yg tadi kami bersama.
3.30am tiba di kediaman kami Pasir Tumboh.
Penuh adik bradik saya dari Pahang Fazlyn Ain, Izza Ra dan dari Johor Faten Azreen, sudah sedia berkumpul menyambut jenazah. Thanks family!
Allah bagi arwah berehat sekejap di rumah kami untuk jumpa anak-anak. Bagi peluang kepada anak-anak, ahli keluarga dan saya sendiri untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir..
Solat jenazah penuh rumah padat. Alhamdulillah rezeki abg ramai orang solatkan jenazah abg…
Dan arwah selamat disemadikan pada pukul 930 am.
Semua berjalan lancar. Dan mudah. Terima kasih juga buat jiran2 byk tolong saya dan family semua. Smoga Allah beri ganjaran baik utk smuanya
Sudah Bermaafan Pada Hari Raya
Ralat? Tak. Mungkin dah redha. Sebab kami dh heart to heart minta maaf time raya.
Saya sygkan arwah dgn sepenuh hati kerana Allah.
Saya juga telah sehabis baik usahakan tanggungjwb saya. Begitu juga arwah.
Cuma terkilan. Sebab tak dapat tangkap begitu byk sign dia beri tanda dia nak pergi selamanya..
Damailah Di Sana
Buat suamiku Mohd Selamat Besar..
12.10.2012-5.5.2023 kita cipta memori dan kenangan hidup bersama dari berdua hingga bertujuh dan akhirnya abg yg pergi dulu tinggalkan syg besarkan anak5 sendiri..
Selalu kita berteka teki siapa yg pergi dulu antara kita. Dan dalam tempoh abg balik kali ni pun ada kte sembang pasal ni. Syg ckp biarlah syg yg pergi dlu sbb syg tak snggup lalu kehilangan abg..Tapi aturan Allah sebaliknya. Abg yg pergi dulu..Siapa sangka
Jenazah arwah mcm tidur sahaja dan dia senyum.
Allah..apa kebaikan abg yg hanya Allah je tahu.
Meninggal dunia di hari Jumaat di bulan Syawal dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan asbab kemalangan jalan raya
Semoga syurga buatmu syg..amin
Takde lagi senda gurau, gaduh perang syg..Syg pasti rindukan abg..
Mungkin asbab abg sehabis baik buat tanggungjawab abg & ini pengakhiran abg.
Berakhir sebuah ikatan perkahwinan dengan kembalinya kpd Sang Pencipta.
Sejak kawin saya tak pernah keje, sekarang ketua keluarga kami dh tak ada. Anak5, kita lalu je tengok apa aturan Allah seterusnya.
Rezeki pasti datang dari banyak cabang lain utk kami teruskan kehidupan 6 beranak.
Syg akan jaga 5 anak kita sampai berjaya.
Abg berehatlah..
Terima Kasih utk 11 tahun ini Abg. Minggu depan birthday Syg..tak sempat abg wish sygg..
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.” Aaamiiin
1981-2023
Mingguan Wanita : Salam takziah. Moga terus kuat demi anak-anak.
Sumber: Farah Matt
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Puas Hati Dapat Berbakti Terhadapnya Sepanjang 48 Tahun Perkahwinan Kami”
Ajal dan jodoh ketentuan tuhan,berpuluh tahun hidup bersama peluang berbakti pada pasangan sehingga ke akhir hayat ternyata beri kepuasan yang tersendiri.
“Saya puas hati dapat berbakti terhadapnya sepanjang 48 tahun perkahwinan kami.”
“Dia (Mek Habsah) ada cakap umurnya dah tak lama. Saya pun faham dan reda sebab terlalu lama dia sakit.
Demikian kata Rahamis Hamid, 72, suami kepada penyanyi dan pelakon, Habshah Bakar yang meninggal dunia pagi ini.
Masalah Paru-Paru Kronik
Habsah, 67, atau lebih sinonim dengan panggilan Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat masalah paru-paru kronik pada jam 2.45 pagi.
Rahamis berkata, isterinya kritikal sejak Jumaat lalu apabila keadaan kesihatannya menurun.
“Hari-hari saya tak pernah tertinggal datang melawatnya di wad. Dia dah hilang selera makan sejak Jumaat sehingga Ahad.
“Dia tanya saya pada Jumaat itu boleh tak balik rumah? Saya kata nak balik macam mana kerana paras oksigennya menurun 30 peratus dan dia perlukan oksigen. Sabtu lalu saya datang melawatnya dan doktor beritahu suruh tunggu.
“Katanya Mek Habsah akan pergi bila-bila masa. Harapan untuk pulih dah tiada. Dia dalam keadaan tak sedar kerana doktor bagi ubat morfin untuk bagi dia tenang,” katanya yang ditemui di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini, hari ini.
Menurutnya, anak-anak dan cucu juga sudah dibawa menziarahi Mek Habsah semasa akhir hayatnya.
“Saya akan kenang saat-saat indah sepanjang kami bersama. Kali terakhir kami keluar berdua ialah semasa hadir ke majlis perkahwinan Datuk Siti Fairuz pada 24 Jun lalu.
Allahyarham Mek Habsah meninggalkan dua anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Mesti Baca:Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi
Baca Lagi Di Sini:“Sempat Ajar Isteri Mengucap.” Sehidup Semati! Selang Sejam Setengah Suami Pula Pergi Selamanya
Artikel Menarik:“Terima Kasih Jadi Suami Saya Walaupun Hanya Untuk 2 Minggu, Tuhan Lebih Sayangkan Awak”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI