“Berehatlah Mak…Allah Lebih Menyayangimu” Ibu DJ Lin Meninggal Pagi Jumaat

Share

Di pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari dikhabarkan berita duka buat penyampai radio Suria FM, DJ Lin, apabila ke ibunda tersayang, Puteh Jantan, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, jam 4.50 pagi ini.

Berita pemergian arwah ibunya turut dikongsi dalam laman Instagram.

Allah Lebih Menyayangi Arwah

DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur apabila mendapat berita pemergian arwah.

“Saya hampir tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Bagaimanapun, saya mendapat panggilan memaklumkan arwah mak sudah tiada.

“Jadi, saya terpaksa berpatah semula pulang ke Johor Bahru. Sekarang sudah berada di Nilai, Negeri Sembilan.

“Saya akui, berita ini paling saya takut untuk diterima, namun, Allah lebih menyayangi arwah,” katanya.

Penyakit Buah Pinggang

Terdahulu, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.

DJ Lin berkata, jenazah arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga selepas solat Jumaat

“Mohon sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah mak. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan jasa untuk anak. Berehatlah mak.

“Mak sudah puas menanggung sakit. Kami sudah berusaha membantu menyembuhkan sakit. Namun, Allah lebih menyayangi mak.

“Mak akan sentiasa di hati dan kenangan bersama takkan pernah sekali dilupakan,” tulisnya.

Arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.

 Di samping itu, rakan artis dan para peminat turut mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan roh ibu DJ Lin.

Mesti Baca:DJ Lin Kongsi Pengalaman Pinjamkan Duit, Namun Liat Nak Bayar Hutang “Moga Allah Gerakkan Hati Dia Untuk Bayar Balik”

Artikel Menarik:DJ Lin Berkongsi Rezeki Dengan Saudara Mara, Mahu Anak Teruskan Amalan Bersedekah

Lagi Di Sini:Ibu Tunggal Jangan Ikutkan Hati Yang Sunyi, Mahu ‘Dating’ Eloklah Beritahu Anak Dulu

Mingguan Wanita: Salam takziah buat Dj Lin seisi keluarga atas pemergian ibu tersayang. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah

Sumber: Bharian, Instagram DJ Lin Suria Cinta

Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita


FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Published by
Suhaidah Abd Wahab