Perasan tak, tiap kali lepas solat, kita jarang nak berdoa. Kadang-kadang, angkat tangan tapi dalam 20 saat , terus aminkan. Terfikir jugak apa yang didoakan itu, cepat sangat. Malah, ada juga yang terus lipat sejadah selepas habis memberi salam.
Memanglah, orang cakap, berdoa tak semestinya selepas solat, kita boleh berdoa bila-bila masa sahaja. Betul. Tapi, berdoa selepas solat dengan keadaan masih berwuduk, rasanya adalah terbaik.
Walau bagaimanapun, berdoalah bila-bila sahaja kita berkeinginan kerana kita tidak tahu, doa yang mana satu Allah makbulkan. Paling penting, cepat atau lambat sahaja. Jangan berputus harapan.
Begitu juga dengan perkongsian daripada Norli Malek, ada benarnya.
Saya terdiam.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bacalah DOA Ini, Kalau Pokok Lambat Berbuah Dan Nak Hidup Subur
Daripada Marah Baik Doakan Anak, Mak Bertenang Akan Tarik Energi Bahagia
Info Lebih Menarik DI SINI
Berhari-hari saya termenung memikirkan teguran lembut itu. Meresap masuk ke dalam fikiran dan hati saya. Jadi saya ambil keputusan drastik.
Saya capai buku nota kosong. Khas untuk saya tuliskan point-point penting untuk ‘isi kandungan’ doa saya. Agar tidak ada impian dan hasrat saya terlepas pandang untuk diselitkan ketika berdoa.
Saya bahagikan kepada empat bahagian. Kesihatan, Kewangan, Dunia dan Akhirat.
Macam-macam lagi lah impian dan hasrat yang menggunung tu.
Selepas itu, saya bahagikan.
Solat Subuh : saya doakan khas untuk Dunia.
Zohor : Kesihatan
Asar : Kewangan
Maghrib : Akhirat
Isya’ : Himpunan ke empat-empat di atas.
Semakin hari, keinginan, impian dan hasrat sentiasa bertambah. Dan doa menjadi semakin panjang.
Ingat sahaja, tulis.
Teringin sesuatu, tulis.
Ada masa banyak, doa semua.
Doa adalah cara perhubungan kita dengan Tuhan. Satu-satunya talian hayat. Makin banyak kita doa dan meminta, makin dekat kita dengan Allah.
Semoga Allah ‘pandang’ kita di dunia dan di akhirat.
Berdoalah. Jangan kita sombong dengan Allah.
Norzi Malek
Nasihat ini khasnya untuk saya yang ditegur.
MW: Lambat atau cepat termakbulnya doa, jangan putus harapan. Insya Allah, Dia yang lebih tahu segalanya.
Sumber: Norzi Malek