Berdoa Dari Zaman Bujang Mahu Jadi Juara Dunia, Sofizah Dinobatkan Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022

Share

Berdoa dari zaman bujang mahu jadi juara dunia, Sofizah dinobatkan Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022. Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)].

Semalam merupakan detik paling indah dalam hidup Sofizah Mousin apabila dinobatkan sebagai johan tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62. Guru Geografi ini memperoleh markah 89.99. Manakala bahagian Qari dimenangi oleh peserta dari Bahrain iaitu Mohamed Sameer Mohamed Magahed. Markah diperolehnya ialah 93.33.

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ini di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berlangsung selama enam hari bermula Rabu lalu, membabitkan 36 peserta dari 28 negara. MTHQA62 adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ini Doa Diajarkan Rasulullah Agar Kita Mudah Hafal Al-Quran, Baca Tak Merangkak-Rangkak

Cara Nak Kenal Si Dia Adalah JODOH Kita Yang Tertulis Di Luh Mahfuz, Ini Diajarkan Al-Quran

Di sebalik kejayaan merangkumi Johan Qariah, ada kisah menarik mengenai Sofizah Mousin dikongsikan oleh kakak iparnya, Nani Yaacob di fbnya mengenai sisi baik guru ini. Bukan mudah menempa nama seperti hari ini tapi ia adalah usaha selama 20 tahun lamanya sebelum bergelar juara.

Ini adalah 8 Formula Kejayaan Johan Qariah Antarabangsa – Sofizah Mousin.

Begini kisahnya nak jadi juara dunia.

Hmmm..tetiba femes!

Macam tu lah jadinya bila dah jadi Juara Qariah Majlis Tilawah Antarabangsa yang ke 62.

Mungkin ramai yang tanya, macam mana persiapan adik ipar cik kak – Sofizah Mousin ni nak jadi juara dunia?

Ni cik kak nak share sikit. Sofizah ni atau kami panggil Lily atau anak-anak buah dia panggil Auntiy Lily. Memang ada bakat dalam menyanyi dan mengaji dari kecik-kecik lagi.

Dulu-dulu, time raya mesti kami suruh dia karoks. Hehe. Lagu Siti Nurhaliza jadi pilihan dia.

Sebenarnya, dari umur dia 13 tahun dia dah mula serius dengan tilawah. Dia join kelas tarranum, kelas tajwid dan join macam-macam competition. Peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan. Banyak air mata, banyak gelak tawa juga.

So ni cik kak nak share sikit, dari pemerhatian cik kak selama 23 tahun bergelar kakak ipar Juara Qariah Peringkat Antarabangsa- macam mana nak jadi Juara Peringkat dunia.

1) Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambik masa untuk jadi Juara Antarabangsa.

2) Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.

3) Jangan takut nak berguru. Cari guru terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan. Walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.

4) Sanggup korban apa saja. Tengok dia korbankan masa untuk prektis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk family- tu memang champion punya level.

5) Passion terhadap impian – dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak dua dia tak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa..”

6) Support. Dapatkan support dari yang rapat. Sofizah dapat support dari family. Doa mama yang tak pernah putus dan abang kakak serta ipar duai dari Sabah, Selangor, Kelantan..dari cikgu-cikgu juga rakan-rakan.

7) Apa pun jadi..jalan terus!
Nak cakap pasal dugaan..banyak sangat. Sakit pening, anak-anak tak sihat, kereta rosak, itu ini…haish..Kalau tak kuat hati memang boleh give up! Tapi dia tetap jalan terus.

8.) Sanggup hijrah.
Ni yang paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. In Shaa Allah.

Semoga kejayaan ni jadi inspirasi untuk semua.

Dengan Izin Allah semuanya..
Dan..percayalah, kita tak perlu lahir-lahir terus hebat untuk jadi juara dunia..Tahniah Lily!

Published by
almaswa Haji Che Ros