Berderet 14 Anak Lelaki, Yang Ke-15 Baru Dapat Anak Perempuan!

Share

Sebenarnya tak kiralah anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah amanah dan anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga. Siapa sangka, setelah berderet melahirkan anak lelaki, penantian untuk mendapat anak perempuan diperkenankan.

Tiada yang lebih membahagiakan bagi pasangan suami isteri Schwandts yang akhirnya menerima cahaya mata perempuan selepas 14 kali melahirkan anak lelaki.

Selepas 14 Orang Anak Lelaki

Menurut laporan, ibu yang berusia 45 tahun dikenali sebagai Kateri Schwandt, akhirnya berjaya melahirkan anak perempuan bernama Maggie Jayne, selepas mempunyai 14 orang cahaya mata lelaki.

“Kami sangat gembira dan terlalu teruja dengan kehadiran Maggie Jayne dalam keluarga,”

“Tahun ini sangat banyak perkara untuk dikenang, tetapi kelahiran Maggie adalah ‘hadiah yang paling berharga’ yang tak pernah kami bayangkan,” ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada 1993 dan mempunyai tiga orang anak lelaki sebelum mereka tamat pengajian di kolej.Ketika ini, anak sulung mereka sudahpun berusia 28 tahun dan anak lelaki bongsu dilahirkan pada April 2018.

Mereka amat menantikan cahaya mata perempuan, dan kelahiran ke-15 ini ternyata sangat menggembirakan keluarga besar itu.

“Kedua ibu dan ayah saya bersyukur akhirnya mendapat anak perempuan yang mereka sendiri tak sangka,” ujar Tyler Schwandt, 28,anak sulung pasangan ini.

Anak-anak lelaki lain pasangan ini iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco, dan Finley.

Baca Lagi di sini:
Ayah Namakan Anak Ke-19 Baru Lahir, ‘Cukuplah’

Wanita Cekal Ini Lahirkan 44 Orang Anak, Besarkan Sendirian Tanpa Bantuan Suami!

MW: Tahniah buat pasangan ini, berakhirnya satu penantian untuk dapat anak perempuan.Pastinya sangat gembira dengan kelahiran tersebut.Namun sebenarnya tak kiralah dapat anak perempuan mahupun anak lelaki kedua-keduanya adalah anugerah yang tidak ternilai dalam keluarga.

Sumber: India Times

Published by
Suhaidah Abd Wahab