Setiap anak adalah rezeki tak kiralah lelaki atau perempuan.Kadangkala ada keluarga yang berderet dikurniakan anak lelaki, mahupun bersusun anak perempuannya.Semuanya atas ketentuan takdir daripadaNya.Siapa sangka selepas mempunyai 10 anak lelaki, penantian keluarga dan hasrat mak ayah ini menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan.
Alexis Brett tidak menyangka memperoleh zuriat perempuan setelah yakin dia akan mendapat seorang bayi lelaki untuk kandungannya yang ke-11 itu. Dia dan suaminya sungguh tak sangka apabila mengetahui mereka bakal mendapat anak perempuan pertama yang akan melengkapkan keluarga besar mereka.
“Semua sayang kepadanya. Setiap kali melahirkan bayi baru, seluruh keluarga berasa gembira namun berbeza pada kali ini, mereka semua berasa sangat teruja,” kata wanita berusia 39 tahun itu.
Menurut Alexis, sudah semestinya sepuluh orang anak lelaki yang berusia dua hingga 17 tahun itu akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada adik perempuan mereka.
“Mereka berebut-rebut untuk membantu dan melakukan apa sahaja untuk adik perempuan mereka.Setiap orang mahu membantu memakaikan pakaian yang cantik dan abang-abangnya juga sangat menjaga dan melindungi adik bongsunya ini,” ujar Alexis.
Alexis dan Davie merupakan ibu dan ayah kepada Campbell 17, Harrison, 16, Corey,14, Lachlan, 11, Brodie,9, Brahn,8, Hunter,6, Mack,5, Blake, 3, dan Rothagaidh,2.
Pasangan ini telah menamakan dan memilih nama anak bongsu perempuan mereka, Cameron sejak usia kandungan 17 minggu.
Tambah Alexis yang juga merupakan bekas jururawat dan kini bekerja sebagai Jurulatih Kecergasan berkata, dia dan suaminya Davie tidak pernah terfikir akan memiliki anak perempuan.
“Sebelum ini kami tak rasa mengetahui jantina bayi sesuatu yang mengujakan, kerana setiap kali hamil, keputusannya sama sahaja,”
“Kami membuat keputusan untuk mengadakan ‘gender reveal’ untuk keluarga. Anak-anak lelaki kami sangat teruja dan gembira bila mengetahui bakal dapat adik perempuan. Hingga ada yang menyangka kami tersilap.”
“Memang teruja untuk dapat anak lelaki, sebab saya suka anak lelaki tetapi saya tak ‘terasing’ lagi di rumah sendiri,”
ujar AlexisKeluarga ini, mengalami perubahan dalam menjaga dan memelihara Cameron berbanding telah menjaga anak-anak lelaki selama 17 tahun.
MW: Seronok ada anak ramai.Walaupun berderet anak lelaki, kita tak tahu anak yang seterusnya mungkin ditakdirkan perempuan. Yang penting tidak putus berusaha dan perlu ingat setiap anak yang dilahirkan adalah rezeki, serta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sumber: Metro Uk