“Berderai Air Mata Aku Bila Tengok Betis Anak Hampir Koyak Kena Rotan Dengan Cikgu Disiplin…”

Share

Allahu… kesalahan apa yang anak ini buat dirotan sampai berbekas teruk macam ni? Adakah ini kesalahan berulang atau yang pertama kali? Hanya pihak sekolah dan anak ini yang ada jawapannya.

Kes ini tular di laman media sosial apabila bapa kepada anak ini, saudara Lebai Kay Khairil Sharwane memuatnaikkan gambar kesan anaknya yang dirotan oleh cikgu disiplin di sekolah rendah. Ikuti luahan ayah ini…

Anak Tak Puasa Sebab Kena Rotan

Luah mati mak telan mati bapak, itu lah pepatah melayu telah berkata. Aku tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita yang terjadi dalam diri ini. Hari ini 22hb 05 2018. dalam jam 1.30pm anak aku balik dari sekolah, dan telah memberi tahu yang dia telah di rotan oleh guru disiplin, membuat kan anak aku tidak larat hendak berpuasa. Papa Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu dan cikgu cakap: “Tolong beritahu papa yang cikgu rotan Isaac”. Kalau tidak beritahu papa, nanti esok cikgu rotan lagi.

Itulah perkataan pertama bila anak aku sampai di rumah. Aku angap itu mungkin denda sebagai kenakalan nya. Masa tu aku tidak perasan lagi apa yang telah terjadi. Tiba-tiba anak aku datang menunjukan bekas atau kawasan yang di rotan. Itu pun anak aku telah sapu sendiri dengan minyak gamat.

Luluh hati ini berderai air mata aku bila melihat betis anak aku hampir koyak di rotan oleh cikgu disiplin. Anak aku mungkin nakal tetapi umurnya baru 7 tahun. Sungguh kejam cikgu perlakukan sebegini. Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah anda sanggup anak anda di perlakukan sebegini?

Pihak sekolah tidak membantu atau memberi kerjasama. Bila pihak kita telefon pelbagai alasan untuk mengelak. Anak aku baru 7 tahun bukan 17 tahun.

Aku telah membuat report polis, biar lah pihak polis yang menguruskan. Dan report perubatan dari hospital Ampang juga telah buat.

“Aku tidak berdendam. Geram tetap geram.”

Tetapi aku pun ada perasaan. Aku tahu cikgu pun ada keluarga, aku tidak kejam untuk mempenjarakan cikgu. Cikgu bila buat kerja biar guna otak jangan ikut nafsu. Tetapi ini adalah permulaan… Cikgu Sean Isaac Sharwane anak aku.

Majoriti Netizen ‘Panas’

Biasalah bila dah tahu umur anak ini masih kecil dan tengok pula kesan pada betisnya berbirat, ramai netizen memberikan komen yang rasa kejadian ini tak patut berlaku. Pendek kata, nak mendidik kena ada caranya.

Namun walau apa pun punca dan masalah, si ayah dah buat laporan kepada pihak polis. Doakan moga kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Andai betul anak itu buat salah, mungkin cikgu itu boleh jelaskan semula agar semuanya jelas kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Published by
Nadia