Berdebar, Anak Istimewa Pernah Hilang 3 Jam, Ibunya Hamil 7 Bulan

Share

Ibu ini mengambil masa setahun untuk mengumpul kekuatan dan berkongsi kisah anak istimewa nya, Muhammad Firas Uzma yang pernah hilang dalam masa 3 jam. Dalam tempoh kehilangan, ibu ceritakan usaha yang mereka lakukan sewaktu mencari anaknya yang disahkan mild autisme with speech delayed.

Semakin menambah kerisauan apabila ketika itu, ibu ini Nurul Suaidah Othman sedang hamil 7 bulan. Rupanya anaknya itu meredah lebuhraya sejauh 15km dari kediamannya. Pengalaman yang ibunya kongsikan dalam grup Autisme Malaysia, ini juga menjadikan ibu ini lebih berwaspada, malah lebih bersiap sedia berdepan situasi yang tidak disangka.

Anak Istimewa Tiba-tiba Hilang

Assalammualaikum.. saya nak share pengalaman saya hadapi situasi, anak tiba-tiba hilang. Anak saya ni setiap petang akan main basikal di depan rumah atok dia. Kebetulan rumah atok di hujung jalan, so boleh buat 1 circle merentasi 1 lorong. So memang rutin dia lah main basikal setiap petang bersama adik- beradik & cousins yang lain. Adik-beradik suami memang ada untuk pantau anak masing-masing, memang rutin biasa dan nothing to worry about.

Until one day, anak saya tiba-tiba hilang. Tak nampak ke mana, tak pusing balik 1 round ke rumah atok dia. Tanya semua cousins yang lain, semua tak perasan mana Firas. Firas ni pulak memang selalunya tak lari dari rutin kan. Memang tak sangka pulak apesal tiba-tiba hilang ni.

So bermulalah episod cari merata taman. Saya tinggal di seksyen 17, Shah Alam. Cari merata-rata, Seksyen 18, Seksyen 16, Padang Jawa, dalam suasana gelap sebab dah maghrib (hilang pukul 6pm). Tak jumpa.

Ada Yang Nampak Anak Masuk 7E

Resah gelisah.. saya tanya beberapa orang tengah lepak, ada sorang perasan Firas. Katanya, anak akak yang naik basikal ada side mirror tu ke? Saya nampak dia masuk 7E, lepas tu keluar balik.

Saya lagi hairan.. kenapa dia masuk 7E ni. Dia nak apa? Air ke? Roti ke? Lepas tu dia pergi mana pulak?Firas ni tak bercakap.. dia cakap dengan certain people je. So, bayangkan lah macam mana perasaan saya. Tengah pregnant 7 bulan lagi masa tu. Nak rebah jugak fikir mana dia.

Husband & semua family keluar cari dia meanwhile saya & 2 lagi anak stay kat rumah. Berdoa.. walaupun hati ni tak sedap langsung. Runsing.. Saya blast pasal kehilangan anak saya kat semua group yang saya ada dengan harapan ada yang ternampak.

Antara respons yang saya dapat, “tadi nampak budak ni tepi jalan, dalam hati mak ayah mana lah yang biar anak naik basikal tepi jalan besar ni”…tak sangka diorang rupanya anak syurga saya.

3 Jam Hilang, Bersyukur Firas Ditemui Keluarga Baik

Dalam pukul 9pm, cari merata still tak jumpa, atok Firas terus pergi ke balai polis. Sampai di sana, polis cakap ada report dari Balai Polis Klang, jumpa sorang budak. Pakcik jangan berharap sangat tu cucu pakcik sebab jauh jugak tu Klang – Seksyen 17, Shah Alam.
So ayah mertua saya pergi ke balai sana.

Surprisingly, memang anak saya. Firas Uzma.. dia boleh gelak je bila tengok ayah & atok dia kat sana.

Suami dan ayah mertua berjumpa dengan keluarga baik hati yang bawak Firas ke balai polis. Allahuakbar, Alhamdulillah.. orang baik-baik yang jumpa Firas.

Firas ni naik basikal di tepi jalan highway (jalan 5 lane, takde lampu jalan), rider J&T berhenti sebab pelik malam-malam kenapa ada budak dengan basikal. Bila dia tanya, Firas tak bercakap. Dia runsing macam mana nak buat, tiba-tiba sekeluarga ni berhenti tepi jalan dan tanya.

Keluarga baik ni cakap, takpe diorang akan bawa Firas ke balai, so angkut basikal Firas dalam bonet & bawa Firas.. lepas buat report, keluarga ni mintak izin polis untuk bawa makan dulu sebab kesian pulak nak biar tunggu di balai.

Kata keluarga baik ni, di kedai makan, Firas pergi amik sendiri air kosong (maybe ada self service air kosong ni, banyak dia minum) Nasi ayam, nasi tak makan, ayam je dia makan. Lepas makan, dalam kereta, tiba-tiba Firas menyanyi. Baru lah diorang tau, budak ni tak bisu.

Ibu Ambil Masa Setahun Untuk Kongsi Cerita Anak Hilang

Dasyat kan.. saya syukur sangat. Memang di setiap doa saya mintak semoga anak-anak saya bertemu orang baik-baik di sepanjang kehidupan mereka.

Perasaan saya selama 3 jam hilang tu, unexplainable.. saya memang tak tau nak rasa apa. Mother instinct saya hilang terus. Tak boleh pikir. Firas kena culik ke? Jatuh longkang ke? Pergi mana malam-malam ni? Tak pernah dia buat macam ni. Autism ni kan sangat susah nak faham apa dalam kepala dia.

Saya amik masa setahun jugak nak bercerita pasal ni. Memang trauma, memang ujian paling hebat, worst feeling in my life. Perasaan anak hilang, fuhh jangan diminta.. memang perit sangat perasaan tu.

Ibu ini kongsi tip macam mana nak cari pengasuh yang baik untuk anak.

Agar Tak Terjadi Lagi, Ibu Ambil Langkah Sebegini

So sejak hilang tu, family kami memang lebih berhati-hati setiap petang.

Macam-macam alat/ gadget jugak kami beli untuk Firas.
GPS watch (jauh sikit je alarm bunyi), bangle ada tulis nama & fon nombor (banyak jenis & harga). Beli baju t-shirt nak printing nama Firas – Autism Kid supaya kalau hilang lagi at least orang tau nama dia, tau yang dia autism.

Setahun berlalu.. Alhamdulillah Firas takde buat lagi perangai pelik ni tiba-tiba off route. Still then, kami masih berjaga-jaga. Dia tak boleh hilang lama sikit dari pandangan.

Itulah cerita anak saya Muhammad Firas Uzma, 8 years old, Mild autism with speech delayed.

Naik basikal off radar sejauh 15km. Sorang-sorang meredahi jalan jammed orang balik kerja hari Jumaat.. hmm Allah betul-betul jaga Firas, tak accident. Safe n happy balik rumah.. tak menangis langsung, cuma gelak dan tidur macam biasa.

Alhamdulillah.

MW : Berdebar membaca kisah anak istimewa hilang 3 jam ini.. syukur Allah pelihara Firas di bawah jagaanNya. Dan anak ini selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Sumber/Foto : Nurul Suaidah Othman

Published by
Netty Ah Hiyer