Bercita-cita Jadi ‘Pilot’ WAJIB Dapat 5 Kredit Dalam SPM, Juruterbang Dedah Kriteria Utama. Mengambil jurusan penerbangan, beroleh lesen dan menjadi juruterbang antara impian ramai pelajar lepasan SPM. Kerjaya ini sering dipandang tinggi, mempunyai pendapatan lumayan dan berpengalaman ‘terbang’ di awan biru.
Bagi pelajar lepasan SPM yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang baca perkongsian daripada Kapten Mohd Ezairol Rezan Zainol yang merupakan bekas Kapten kapalterbang Polis DiRaja Malaysia dan juga bekas Jurulatih juruterbang PDRM ini. Kini beliau merupakan Juruterbang Boeing 757 & 767 berkhidmat di syarikat penerbangan swasta.
Sempena keputusan SPM yang baru keluar. Memandangkan ramai yang PM dan bertanya denganku macam mana nak jadi seorang “pilot”, maka di sini Aku tuliskan bagaimana untuk bermula.
Ada beberapa “Flying School” di M’sia yang menawarkan lesen penerbangan awam kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.
Antaranya adalah M’sia Flying Academy (MFA) Melaka, International Aero Training Academy Melaka, HM Aerospace di Langkawi dan beberapa lagi flying school di Johor, Subang dan Ipoh.
1. Kelayakan Akademik (SPM) : Wajib dapat 5 kredit dalam SPM (Subjek English,Math,Fizik dan 2 subjek lain).
2. Kesihatan: Wajib sihat, tinggi yang mencukupi, jantung dan pendengaran baik, tidak buta warna dan BMI di bawah 35. Medical Certificate Class 1 atau 2.
3. Kemampuan Kewangan : Mampu membayar yuran lesen penerbangan sebanyak RM400K ke RM450K bagi lesen kapal terbang atau RM900K bagi lesen helikopter. Jangan tanya kenapa kos helikopter ni lagi mahal sebab bukan Aku yang tetapkan harga tu.
Jika kita tidak mampu untuk bayar dengan duit sendiri, bolehlah cuba memohon menyertai Tentera Udara TUDM, Pasukan Gerakan Udara PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM, kadet Bomba atau kadet pilot airlines seperti MAS dan AirAsia.
Tapi perlulah diingat, peluang adalah sangat terhad. “Only the best among the best” saja yang akan dipilih dan terpilih.
Agensi seperti Mara dan Yayasan negeri juga ada menyediakan pinjaman. Berdoalah, jika rezeki Allah dah tertulis, Insyallah pasti ada rezeki kita.
#MoralOfTheStory
Apabila mendapat peluang, buatlah yang terbaik, “Do your best”. Kadangkala peluang hanya terhidang sekali sahaja untuk kita mencapai cita-cita kita.
Alhamdulillah, nama Aku telah tercatat antara yang terbaik dikalangan yang terbaik… Satu sejarah dalam kisah hidupku. Syukur, alhamdulillah.
Di saat kita merasa ingin berhenti, fikirkan tentang mengapa kita memulakannya. Think about your “dream” and your “Big Why”. Never give up.
Kejayaan memburu cita-cita tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa tawakal.
Semoga coretan ini memberikan pencerahan kepada yang berminat. Selamat memburu cita-cita.
#Merz
Mesti Baca:Take Off & Landing, Juruterbang Hanya Ada MASA 4 MINIT Kendali Pesawat. Selamat Atau Terhempas
Baca Lagi Di Sini:Juruterbang Penuhi Impian Ibu Ke Makkah, Nota Digantung Di Dada Ketika Kecil Jadi Inspirasi
Artikel Menarik:Pilot Ini Kongsi Tip Elak Naik ‘Flight’ Lewat Petang Jika Takut Melambung Dalam Pesawat Akibat ‘Turbulence’
Mingguan Wanita: Jadi buat mak ayah yang anak-anak selepas SPM berminat untuk menjadi juruterbang, jadikan perkongsian ini sebagai panduan.
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.