Bercinta Setiap Hari Sudah Cukup Buat Isteri Hargai

Share

Ketahuilah, pasangan kita adalah yang terbaik dianugerahkan oleh Allah SWT, walaupun ada masanya timbul pasang surut dan itu adalah normal kehidupan dalam berumah tangga. Tidak susah untuk semarakkan kembali rasa cinta. Cara ini pun dah cukup untuk kita hargai pasangan seperti yang disarankan oleh Dr Ben Fadzil, Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat

Beri Penghargaan

Pukau kembali bukanlah bermaksud jampi mentera untuk menundukkan pasangan. Sebaliknya ia adalah perbuatan dan layanan kita pada pasangan Yang perlu dijaga adalah kata-kata, suara, nada, intonasi, kelakuan, perbuatan, penghormatan, kerja sama dan kesefahaman, memberi kasih sayang, perhatian dan layanan. Jauhkan diri dari gangguan dan penglibatan orang ketiga serta mempercayai pasangan masing- masing

Bagi pasangan baru atau lama, cara untuk menunjukkan penghargaan bukanlah dengan membeli emas, menghantar bunga, membeli coklat, membawa makan malan angin atau membawa bersiar siar dan mengembara. Ini semua ada lah sampingan yang hanya hadiah diberi melalui keikhlasan hati dan kemampuan, bukan paksaan atau ugutan.

Penghargaan yang dmaksudkan yang sangat berguna pada setiap pasangan adalah perhatian keseluruhan, memberi kasih sayang dan manja, membantu meringankan beban kerja, memberi kata-kata motivasi yang membina, sama-sama menyelesaikan permasalahan rumah tangga dan tidak menambahkan stres sesama sendiri.

Selain daripada itu, kata-kata yang digunakan pada setiap pasangan juga penting. Gunalah nada suara yang lembut, tidak menengking atau mengherdik atau memalukan pasangan. Ini adalah penting untuk membina dan memberi semangat.

Elakkan daripada kata-kata yang boleh menyebabkan pergaduhan, memalukan keluarga, menggugut, mengungkit atau apa sahaja yang menimbulkan syak wasangka dan tidak senang hati.

Tunjukkan Penghargaan

Penghargaan di antara suami isteri adalah sangat penting. Namun, ia bukan dilakukan secara paksaan atau kerana agama. Di dalam perhubungan, suami isteri hendaklah banyak berkomunikasi dalam apa bentuk sekali pun, membuat semua keputusan dan kerja bersama, beraktiviti bersama dan tidak boleh mengambil segala pemasalahan itu sebagai terlampau serius.

Suami isteri hendaklah banyak bertolak ansur dan jangan sesekalii menyakitkan hati pasangan dengan sengaja atau tidak sengaja. Tidak kira siapa yang salah, isteri hendaklah berani meminta maaf walau pun tiada melakukan kesalahan.

Adakalanya kita melakukan kesalahan dan mengguris hati pasangan tanpa kita sedari dan jika ia sering dilakukan tanpa meminta maaf, ini akan merenggangkan silaturahim dan kasih sayang suami isteri.

Setiap pasangan jangan memberi ruang kepada pasangan kita untuk berlaku curang. Kecurangan boleh berlaku tanpa di duga, Sekiranya ia sudah berlaku maka sukarlah untuk kita memperbaikinya. Ia mungkin boleh dimaafkan tetapi susah untuk dilupakan. Jika berlaku buat kali kedua dan lebih, maka pasangan tersebut mengundang masalah yang lebih besar.

Keadaan bermesra bersama akan mengurangkan stres di antara satu sama lain. Stres boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak memerlukan sebab, setiap pasangan harus menjauhkan stres itu dari keluarga mereka sebaik mungkin sebelum ia menjadi lebih besar.

Tak Perlu Bodek

Ada ketikanya, pasangan merasakan penghargaan itu sebagai satu bodekan. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh membodek dengan sedar atau tanpa sedari.

Setiap apa yang kita lakukan walau daripada hati atau tidak, ia dilihat sebagai satu bodekan daripada orang sekeliling. Sekiranya ia dilakukan, semua itu hanya meminta dan menarik perhatian daripada orang yang tertentu sahaja. Membodek tidak salah, ia untuk kesenangan keluarga pasangan.

Jenis Penghargaan

  • Bertanya khabar setiap hari.
  • Mengucapkan “I love you” tanpa sebab.
  • ‘Saya rindu gelak ketawa awak’.

Ini adalah kata-kata penghargaan yang amat penting. Ia boleh dibuat melalui ucapan, perasaan emosi atau perlakuan seperti memasak lauk kegemaran. Ini adalah amalan yang baik untuk dilakukan. Namun begitu, kekekangan berlaku disebabkan berbagai faktor seperti anak anak dan sebagainya.

Tip Suami Isteri

  • Salah satu kesilapan pasangan adalah apabila mereka malu dengan pasangan mereka sendiri atau mengambil sambil lewa layanan pada suami atau isteri sendiri.
  • Setiap hari suami dan isteri harus bercinta dan memperbaharui cinta mereka. Membara cinta mereka dan jangan membenarkan cinta itu jadi abu. Jika perasaan cinta itu berlaku semua penghargaan akan berlaku secara automatik dan tidak perlu bantuan orang lain.
  • Tidak menyakitkan hati masing-masing dengan kelakuan atau perbuatan. Mengayat dengan kata-kata yang manis serta memahami satu sama lain serta bertolak ansur.
  • Jangan membuat satu permasalahan itu tergantung begitu lama dan perlulah diselesaikan secepat mungkin.
  • Kurangkan pergaduhan atau perselisihan faham. Tidak kira sesiapa yang mulakan dahulu dan mintalah maaf adalah jalan terbaik.
  • Sekiranya bahagia, ceritakanlah pada kawan-kawan dan sembunyikan sengketa dari pengetahuan orang ramai. Tunjukkan kasih sayang bersama di khalayak ramai.
Published by
Nora