Bercerai namun Nora & Nedim besarkan anak-anak dengan kasih sayang. Seperti yang diketahui ramai, Nora Danish dan Nedim Nazri telahpun bercerai talak satu semalam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Ketika ditemubual wartawan Nora menafikan dakwaan kewangan menjadi punca perpisahan. Malah Nora juga berharap tidak akan timbul sebarang teori berkenaan perpisahan mereka.
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.
“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.
“Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil,” kongsi Nora seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Tambah Nora lagi dirinya dan bekas suami sangat mementingkan keharmonian dalam keluarga mereka.
“Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya.
“Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik,” sambung Nora.
Walau sudah berpisah namun mereka mahu besarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
“Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.
“Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami.
“Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik,” katanya lagi.
Sumber : Berita Harian
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.